HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Wednesday, April 04, 2018

# RESEPI

5 RESEPI MASAKAN DAGING

5 RESEPI MASAKAN DAGING | Daging lembu adalah salah satu makanan kegemaran Sha berbanding daging ayam jadi Sha nak kongsikan 5 resepi daging yang biasa Sha masak untuk keluarga walaupun anak-anak tak berapa suka lagi dengan daging manakala suami pula makan sahaja apa yang Sha masak. Tapi selera setiap orang adalah tidak sama, ada yang suka daging terlalu lembut dan ada yang suka liat-liat sikit dan Sha lah yang sukakan daging sedikit liat berbanding daging lembut.

1. DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahan

Daging
Serbuk kunyit
Minyak Masak
Perasa/Garam/Gula
Bawang holland
Cili merah.

Dalam kuali satukan daging dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan rebus sehingga daging empuk. Apabila air kering dan daging empuk masukkan minyak masak dan goreng sehingga sebati, akhir sekali masukkan hirisan bawang holland dan cili merah.

Selalu masak tapi gambar tak ada..hihihi

2. DAGING KOREAN STYLE  (BULGOGI)

 
1/2 kg daging lembu dipotong nipis.
Bahan Kisar
1/2 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
3 helai daun bawang
Kicap
Lada hitam
Minyak Bijan
Gula Perang

Hiris nipis 1/2 lagi bawang holland
Masukkan bahan kisar kedalam bekas daging lembu kemudian masukkan juga hirisan bawang holland. Perapkan 1 jam ke atas, tapi disebabkan Sha bajet balik kerja nak masak terus Sha perap pagi sebelum pergi kerja jadi balik kerja terus keluarkan daripada peti sejuk kemudian terus masak. Balik kerja terus panaskan non stick pan dengan sedikit minyak dan masukkan perapan, bolak balik daging sehingga masak.
Selepas masak hidangkan dengan hiasan potongan daun bawang dan biji bijan.

3. GULAI DAGING DAUN KADUK


 Bahan-bahan :

Daging diperap dengan garam untuk 1 malam
Bawang Merah *
Bawang Putih *
Halia *
Kunyit hidup *
Cili padi ( letak sebiji pun cukup..yang suka pedas boleh la lebih ) *
Asam keping ( 1 je cukup)
Garam + Gula
Santan
Daun Kaduk

( Bahan bertanda * dikisar bersama. )

Cara-Cara :

1. Panaskan periuk, tumiskan bahan kisar bersama daging perap, masak hingga air daging kering sedikit. Kemudian tambah secawan air lagi untuk pastikan daging lembut.

2. Pecah minyak, letak santan, tambah garam dan gula. ( Cuba rasa ok ke tak, bagi yang tidak suka masin sangat baik jangan tambah garam dulu...cuba rasa dulu yea..)

3. Kemudian baru letak daun kaduk yang dibersihkan. Masak dengan api perlahan.

4. Siap..!!! 


4. DAGING DENDENG

 

Bahan-bahan :

Daging
Bawang Merah ( Dimayam )
Halia ( Dimayam )
Bawang Putih ( Dimayam )
Cili Kering ( Direbus & Dikisar )
Garam
Kicap

Langkah 1 : Rebus daging sampai empuk
Langkah 2 : Sudah empuk..hiris nipis-nipis
Langkah 3 : Daging dihiris tadi diketuk @ ditumbuk dalam lesung
Langkah 4 : Perap dading dengan kicap manis
Langkah 5 : Goreng daging sekejap...
( Haaa baru bab daging ...okeh ketepikan )

Langkah 6 : Dengan minyak goring daging tadi...kita goring pulak bahan-bahan yang dimayam tadi..sampai bau Wangi....kemudian angkat..ketepikan...

Langkah 7 : Dengan minyak sama jugak...tumis cili kisar tadi....2 sudu je kita letak sebab takut pedas pulak....
Langkah 8 : Tambah kicap dalam kuali,,,
( Kacau-kacau )
Langkah 9 : Kita masukan daging yang digoreng tadi..jangan lupa bahan-bahan dimayam & digoreng tadi...masuk sekali...kacau sampai semua bahan sehati sejiwa.....

5. DAGING GORENG PAKRAPAU THAI

Isi ayam ( Cincang atau potong kecil)
Bawang merah (hiris nipis)
Cili Padi (tumbuk)
Kicap manis
Sos Cili Thai
Sos Tiram
Sos Ikan
garam
Gula
Bawang Holland (Hiris nipis)
Cili Padi

Perap isi ayam dengan pes tom yam dalam setengah jam. Tumis bawang besar dan cili padi tumbuk. Agak-agak garing masukkan daging yang diperap tadi kemudian masukkan kicap manis. Selepas itu masukkan sos cili thai, sos tiram dan sedikit sos ikan. Rasa dan jika rasa kurang boleh tambah garam dan gula. Akhir sekali masukkan bawang holland dan cili padi.

---------------------------------------------------------------------------------
Siap 5 resepi daging setakat ini. Faham sangat kalau ibu-ibu sebelum balik kerja mesti cari resepi apa nak masak di rumah kan. Tak kurang juga apabila tiba bulan ramadhan kaum ibu juga sibuk menyusun resepi untuk juadah berbuka puasa, jadi diharap ini dapat membantu rakan-rakan membuat keputusan apakah menu bakal dimasak setiap hari. pssssssssssss..kawan-kawan pun dah ada yang mula kongsi menu sebulan puasa tauuu

6 comments:

  1. dlm banyak2 nih, akak paling nk try yg msk lemak ngn daun kadok.... sjk2 penah rasa ulam daun kadok, mcm tersuka lak dpt msk daun ni

    ReplyDelete
  2. Rajin shalimar ni masak...ada resepi lagi...best! Nak cubalah

    ReplyDelete
  3. aduhhhh sedap wesss cik ma masak kena beli n cuba nanti

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi