Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Oleh kerana Cuti Tahun Baru Cina jatuh pada hari selasa dan rabu, jadi Sha pun mengambil kesempatan untuk bercuti ke suatu tempat luar dari Perak. Untuk cuti lebih panjang Sha mengambil cuti rehat pada hari isnin. Cuti hari minggu sabtu dan ahad kami hanya meluangkan masa membawa adik bongsu Sha bersiar-siar di kawasan Ipoh sementara dia belum pulang ke Besut.
Percutian Santai 2 Hari 1 Malam Di Melaka
Hari Pertama Di Melaka
Sebenarnya kami sekeluarga tak ada perancangan tetap untuk ke mana-mana. Awalnya Sha ingat nak cari hotel berdekatan KLCC sahaja memandangkan Sha teringin lepak di kawasan KLCC. Apa yang menarik kat KLCC? Alaaaaa... saja laaa bukan selalu pergi Kuala Lumpur dan lepak-lepak tengok lampu cantik di sana. Yang dah biasa pergi tu lainlah.
Dalam mencari hotel sekitar KLCC, tiba-tiba suami tanya kita nak ke Melaka atau ke Johor?
Alamak...
Rupanya suami nak pergi jauh lagi.
Selepas membuat pertimbangan, Sha memilih untuk ke negeri Melaka. Kenapa pilih untuk bercuti ke Melaka ? Sebabnya Adik Nur belum sampai ke Melaka dan Abang Zaryth pun masa sama ke sana masih kecil lagi. Maka selepas memilih tempat, kami pun tetapkan masa untuk bergerak.
Perjalanan Dari Perak Ke Melaka
Mengikut google maps jarak antara Perak ke Melaka adalah lebih kurang 5 jam tempoh perjalanan. Sha sekeluarga bertolak dari Perak pada pukul 4.00 pagi menuju ke lebuh raya. Macam biasalah bila awal pagi macam ni memang kena bersedialah untuk memandu secara bergilir. Bukan apa, kita kena saling menjaga keselamatan perjalanan.
Warung Bambam |
Lebih kurang 4 jam perjalanan kami berhenti di sebuah stesen minyak untuk membersihkan diri terlebih dahulu. Selepas itu barulah kami mencari tempat untuk bersarapan. Ketika itu kami berada di kawasan Rasah, jadi kami ambil keputusan untuk bersarapan dikawasan itu sahaja. Akhirnya kami memilih untuk makan di Warung Bambam di sekitar Rasah, Seremban Negeri Sembilan.
Berjalan Sekitar Bandar Hilir Melaka
Selepas sarapan kami terus bergerak menuju ke Bandar Hilir, Melaka. Bukan apa, kami gerak awal dan sampai awal jadi tak boleh check ini hotel terus. Tapi disebabkan semua dah segar, dah makan jadi kami ambil keputusan untuk terus berjalan-jalan sekitar Bandar Hilir.
Lebih kurang pukul 11.00 pagi kami dah sampai Bandar Hilir. Memandangkan orang dah mulai ramai, memang tak dapatlah parking depan Menara Taming Saring. Tapi Alhamdulillah rezeki dapat parking tak jauh sangat.
Sebelum parking Sha dah muat naik aplikasi parking Negeri Melaka. Bila dah masukkan kredit Rm5 dan dicas Rm1 barulah Sha tahu bahawasanya lot parking sekitar Melaka adalah percuma pada hari isnin dan selasa. Nak buat macam mana kan? Dah terkena..huhuhu.
Menarik Di Bandar Hilir Melaka
Menara Taming Sari
Sha rasa ini adalah aktiviti wajib bila ke Melaka. Memandangkan anak-anak tak pernah naik lagi, jadi kita bawa mereka menikmati pemandangan dari atas Menara Taming Sari. Jadi program pertama kami pada hari itu adalah layan view dari menara.
Menara Taming Sari, Melaka. |
Harga Tiket Menara Taming Sari
Warganegara
Dewasa - RM17.00
Kanak-Kanak - RM11.00
Warga Emas - RM9.00
Orang Kurang Upaya (OKU) - RM8.00
Warga Asing
Dewasa - RM23.00
Kanak-Kanak - RM15.00
Warga Emas - RM18.00
Orang Kurang Upaya (OKU) - RM8.00
Kos untuk kami naik Menara Taming Sari adalah berjumlah RM56.00 untuk lebih kurang dalam 7 minit berada di atas.
Muzium Samudera
Selepas turun dari Menara Taming Sari, Sha dan keluarga berjalan kaki menuju ke Muzium Samudera atau Muzium Maritim. Muzium ini merupakan replika kapal dengan reka bentuk asal kapal Portugis. Di bahagian dalam kapal mempunyai pelbagai pameran berkaitan sejarah Melaka.
Muzium Samudera |
Anak-anak Sha agak seronok masuk ke dalam muzium ini walau cuaca agak panas. Tapi jangan risau, bahagian dalam memang sejuk dengan penyaman udara. Masa ni suami Sha duduk rakam video apa pun tak tahu..huhuhu
Harga Tiket Muzium Samudera
Warganegara
Dewasa - RM5.00
Kanak-Kanak (7-12 tahun) - RM2.00
Warga Emas - RM3.00
Orang Kurang Upaya (OKU) - Percuma
Warga Asing
Dewasa - RM10.00
Kanak-Kanak - RM4.00
Warga Emas - RM10.00
Orang Kurang Upaya (OKU) - Percuma
Kalau korang nak tahu sebenarnya tiket ini boleh digunakan untuk memasuki 3 tempat iaitu Replika Kapal Flor De La Mar, Muzium Samudera dan juga Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia.
**Waktu operasi Muzium Samudera : 9.00 pagi hingga 4.30 petang sahaja.
Beli Cenderahati
Sha tak ada beli cenderahati pun tapi masuk jugalah untuk belikan Adik Nur topi. Kesian pulak tengok anak dara Sha sorang tu berjalan tengah panas. Satu macam Adik Nur pakai ni RM15.00, siap dengan tulisan pada topi. Macam biasalah, kita letak nama tuan topi je senang.
Adik Nur dapat topi siap tulis nama |
Kat sini syok kalau duit banyak, terutamanya orang perempuanlah. Bukan apa, kat sini banyak barang kraf diperbuat daripada rotan seperti tas tangan dan bakul. Sebelum ini Sha pernah beli bekas bawang bertingkat-tingkat 8 tahun lepas, tahan sampai sekarang. Tapi tulah kena sedia duit banyaklah, barang sekarang agak mahal terutama teutama tempat tumpuan pelancong.
Bergambar di Sekitar Bandar Hilir, Melaka
Selepas belikan Adik Nur sebuah topi, barulah sambung berjalan lagi. Bagi yang suka bergambar memang syoklah berposing di sini. Bagi yang teringin nak naik beca, korang boleh dapatkan beca yang pelbagai warna yang ada sekitar sini. Beca ini dihias dengan pelbagai tema bagi menarik pelancong seperti spiderman, pony, baby shark dan lain-lain lagi.
Bandar Hilir Melaka |
Selain itu, beca yang ada juga dimeriahkan lagi dengan dendangan muzik. Untuk beca yang Sha tanya adalah berharga RM25.00 bagi satu beca. Tapi Sha tak naik, kami memang jalan kaki sepenuhnya.
Aktiviti Lain Sekitar Bandar Hilir, Melaka
Tempat parking kereta kami sebenarnya tempat paling cun. Sebab apa? Sebab ngam-ngam habis pusing kawasan situ memang sampai ke kereta terus. Tapi sebelum ke kereta sempatlah Sha berhenti sekejap melepas lelah dan mengambil gambar lain. Gambar lain yang maksudkan adalah pameran kenderaan lama yang ada seperti kereta api, kapal terbang dan kenderaan bomba.
Gerabak kereta api lama |
Selepas berpanas, mungkin ada yang bawa anak kecil boleh tumpang teduh terlebih dahulu sambil melihat taman mini arnab dan lepak di Taman Bunga Merdeka Bandaraya Melaka.
Tiba Masa Untuk Check In Hotel
Kami habis pusing kawasan Bandar Hilir dalam pukul 2.00 petang. Semua pun dah mula penat berjalan tengah panas, jadi kami gerak untuk check in hotel pula. Kali ini untuk penginapan Sha yang cari dan booking. Macam biasa rate harga hotel mampu bayar adalah RM200 dan ke bawah tapi nak ada kolam mandi.
Amari Villa - Bayou Lagoon Park Resort |
Alhamdulillah bila belek-belek booking.com dapatlah satu hotel, lebih tepat homestay dengan harga Rm181. Tapi korang tahu tak, bukan setakat dapat kolam mandi tapi Sha dapat resort yang ada lagun. Bila dah ada lagun lagilah seronok anak-anak dapat main air. Sha menginap di Bayou Lagoon park Resort Melaka yang terletak lebih kurang 11km dari Bandar Hilir, Melaka.
Pantai Klebang, Melaka
Lebih kurang pukul 4.00 petang, selepas masing-masing dah mandi dan tukar baju kami ke Pantai Klebang pula. Sha sekeluarga memang tak pernah sampai Pantai Klebang, jadi nak jalan-jalan cuci matalah. Kat sini Sha lepak sekejap sahaja, hanya beli Kuih Keria Gula Melaka dan Air Coconut Shake saiz besar dan kongsi-kongsi makan minum.
Pantai Klebang, Melaka |
Pantai Klebang ni sebenarnya meriah dengan gerai tepi jalan, jadi kalau korang nak makan kudap-kudap petang memang banyaklah. Di sini juga kita boleh layan ATV atas pasir pantai.
Masjid Selat Melaka
Sebenarnya tak ada dalam list pun nak ke sini, tetapi memandangkan masa terlalu awal untuk makan malam kami ke Masjid Selat Melaka terlebih dahulu. Kami ambil angin kat tepi-tepi tu jee.. memang cantik senibina Majlis Selat ni ya. Tak lama duduk situ kami gerak ke Perkampungan Ikan Bakar Umbai.
Masjid Selat Melaka |
Perkampung Ikan Bakar Umbai
Lama tak datang sini, banyak juga yang dah berubah. Malangnya kedai yang kami pernah makan dulu tutup pada hari isnin rupanya. Tambah malang banyak-banyak deretan kedai makan kat situ semua tak ada stok sayur. Agak kecewa kami malam itu, dahla sekarang tempat letak kereta pun kena bayar RM2.00. Kami pula tak tahu nak tuju ke mana, jadi kami makan di kedai luar dari medan ikan bakar tu, itupun sebab ada sayur kangkung.huhuhu...
Medan Ikan Bakar Pernu |
Ehhh kejap, sebenarnya betul ke ni Medan Ikan Bakar Umbai sebab kat pintu gerbang tulis Pernu. Kita jenis ikut taip kemudian ikut sahaja google maps..huhuhuh
Tamat Hari Pertama Di Melaka
Selepas makan malam kami terus balik ke hotel untuk berehat dan santai-santai dalam bilik pula. Dalam bilik kami just melepak, suami Sha pula layan pelanggan kedai shopee dia. Tunggu esok baru sambung balik aktiviti di Melaka ini. Sha sambung ke cerita seterusnya di cerita hari kedua di Melaka.
12 Comments
Bestnya jalan-jalan bercuti.
ReplyDeleteRindunya jalan2 melaka. Masjid selat Melaka tu x pernah lak g..kena g ni nanti
ReplyDeleteAlhamdulillah masjid jer lum pegi .. time kasih share
ReplyDeleteOm baru je balik dri melaka cny baru2 ni
ReplyDeletebestnya jalan2 n shoping kat melaka..lama tak p melaka jejalan ni.
ReplyDeleteMelaka pun best nak jalan jalan bercuti. All within walking distance dekat muzium kapal tu. Makan2 pun sedap n senang nak dapat.
ReplyDeleteRindu nya nak pi Melaka lagi.
hamper 3 tahun tak jejak ke Melaka, selepas pendemik melanda… rindu sungguh tempat yang dilawati memang jadi focus nak pergi lepas ni… happy holiday
ReplyDeleteBestnya cikma, lama betul tak ke Melaka. Moga2 lepas ni boleh turun Melaka pulak
ReplyDeleteseronok jalan2!! sis dh lama x jejak melaka cikma. kalau x silap last pergi masa sekolah menengah dulu. ada gak panning nk bawa anak2 tapi x tau la bila hehe
ReplyDeletebest oiii ..banyak port nak melancong! yong pun kalau ke bangi time cuti,selalu lajak ke melaka-ns-johor
ReplyDeleteKebanyakan yang makan di warung bambam mesti akan order Set Roti Jala dan Kuah Kari. Kuah Kari ada dua pilihan sama ada Kari Ayam atau Kari Kambing.
ReplyDeleteSerius cakap kuah karinya memang sedap. Pekat dan pedas. Isi ayam pun banyak. Puas hati tau.
ye, banyak tempat menarik di Melaka..
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi