RESEPI KOREAN BBQ BEEF (BULGOGI) - SHALIMAR YUSOF


Monday, March 26, 2018

RESEPI KOREAN BBQ BEEF (BULGOGI)

RESEPI KOREAN BBQ BEEF | BULGOGI | Kalau resepi melibatkan daging memang Sha cepat terpengaruh seperti mana Sha jatuh hati pada Pizza SamYeang Domino's . Kalau kat kampung dulu hari-hari dapat makan lauk daging terutama daging goreng pun tak apalah. Jadi malam ini Sha cubalah resepi Korean Bbq Beef ni nampak macam sedap kan, tambah ramai pula yang kongsi di media sosial facebook. Tapi ini versi derhaka sikitlah sebab kurang satu bahan yang diperlukan.


Resepi Korean BBQ Beef

1/2 kg daging lembu dipotong nipis.

Bahan Kisar
 
1/2 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
3 helai daun bawang
Kicap
Lada hitam
Minyak Bijan
Gula Perang

Hiris nipis 1/2 lagi bawang holland

Cara-Cara memasak Korean BBQ Beef

Masukkan bahan kisar kedalam bekas daging lembu kemudian masukkan juga hirisan bawang holland. Perapkan 1 jam ke atas, tapi disebabkan Sha bajet balik kerja nak masak terus Sha perap pagi sebelum pergi kerja jadi balik kerja terus keluarkan daripada peti sejuk kemudian terus masak. Balik kerja terus panaskan non stick pan dengan sedikit minyak dan masukkan perapan, bolak balik daging sehingga masak.

Selepas masak hidangkan dengan hiasan potongan daun bawang dan biji bijan.

Makan Koren Bbq Beef ini bersama nasi putih panas-panas memang terbaik. Korang yang tak pernah cuba lagi tu bolehlah cuba yeaa, sesekali tukar menu kan pasti menjilat jari.

8 comments:

  1. Ughhh sedapnya. Saya peminat tegar daging ni. Nnt ada ms nak try masak. Eh haii awak, sala perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita,,,memang kalah ayam ikan...hi slm kenalll...tq singgah sini

      Delete
  2. macam daging masak kicap je eh, hehe
    btw follow sini :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya kena g beli daging nok buat etek la

    ReplyDelete
  4. mesti sedap ni, nk buat pun mudah pulak tuh

    ReplyDelete
  5. Mudah je ye nak buatnya.. Bahan pun tak banyak.. thanks for sharing..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi