Monday, August 11, 2014

GULAI DAGING MASIN DAUN KADUK

Assalamualaikum
Jom masak Gulai Daging Masin dengan daun kaduk.
Daun kaduk tu macam mana yea? Haaa...jangan pelik sebab ramai yang masih tidak kenal daun ini.
Memandangkan daging memang menjadi kegemaran NS, jadi memasak daging perlu dipelbagaikan.
Resepi ini memang menjadi pilihan NS , tambah lagi jika Emak NS yang masak. Jom tengok apa yang diperlukan :

Daun Kaduk : Bukan Daun Sireh yea... :D
 Bahan-bahan :

Daging diperap dengan garam untuk 1 malam
Bawang Merah *
Bawang Putih *
Halia *
Kunyit hidup *
Cili padi ( letak sebiji pun cukup..yang suka pedas boleh la lebih ) *
Asam keping ( 1 je cukup)
Garam + Gula
Santan
Daun Kaduk

( Bahan bertanda * dikisar bersama. )

Cara-Cara :

1. Panaskan periuk, tumiskan bahan kisar bersama daging perap, masak hingga air daging kering sedikit. Kemudian tambah secawan air lagi untuk pastikan daging lembut.


2. Pecah minyak, letak santan, tambah garam dan gula. ( Cuba rasa ok ke tak, bagi yang tidak suka masin sangat baik jangan tambah garam dulu...cuba rasa dulu yea..)

3. Kemudian baru letak daun kaduk yang dibersihkan. Masak dengan api perlahan.

4. Siap..!!!



Sumber : My Mak


10 comments:

  1. salam. wahhh nampak sedap ni..thanks share

    ReplyDelete
  2. nampak mcm daun sireh je. ade jugak yg tertukar nanti. kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah..jgn lupa bau dulu yeaa...bentuk je lbh kurg..

      Delete
  3. sedapnye..bagus amalkan mkn ulam2 ni. awet muda & badan bertenaga..

    ReplyDelete
  4. suka sangat dengan daun kaduk... best ni !! boleh tryyyyyyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa Sha...sedapkan..harum je bau dia..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...