Idea Hadiah Untuk Ibu Tersayang Di Hari Istimewa | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tidak lama lagi akan tiba hari lahir ibu Sha yang tersayang. Jadi kebetulan kalau ada rezeki dapatlah meraikan hari lahir mak pada minggu hadapan jika jadi balik kampung. Terima Kasih kepada Perdana Menteri kerana mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini 10 Jun 2020. Walaubagaimanapun SOP perlu dipatuhi dalam kegembiraan dapat merentas negeri. Sebenarnya berita ini sangat dinanti-nanti kerana 1 Syawal tidak dapat disambut bersama-sama jadi bila dapat merentas negeri dapatlah pulang ke kampung bersua muka. Setelah berbincang dengan suami dan menguruskan jadual kerja masing-masing kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dalam masa 4 hari lagi bermula hari ini. Alhamdulillah dapatlah Sha merancang sesuatu atau hadiah untuk ibu tersayang sempena hari lahirnya.
Sebenarnya hadiah yang Sha sedang fikirkan ini adalah sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah hari jadi ibu , hari ibu atau lain-lain hari untuk meraikan seorang ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Walaubagaimanapun semuanya mengikut bajet sendiri. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari lahir ibu? Pastinya korang pernah memberi bermacam hadia untuk ibu korang kan? Jom Sha kongsikan apa hadiah yang sedang bermain difikiran Sha sekarang ini.
18 Idea Hadiah Yang Sesuai Untuk Ibu
1. Kesukaan ibu
Sebelum memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk ibu, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah kesukaan ibu kita. Hal ini kerana hadiah kesukaan ibu pastinya akan menjadi ibu kita lebih gembira bukan? Cuba ingat balik, pernah tak bersembang dengan ibu dan ibu kita ada menyebut sesuatu yang beliau inginkan selama ini. Inilah waktu yang sesuatu untuk merealisasikan impian hadiah hari ibu kita.
2. Telekung
Doa seroang ibu terhadap anak-anaknya sangatlah penting. Allah SWT juga menyebut ibu perlu diutamakan daripada orang lain terutamanya anak lelaki. Tetapi tidak kisahlah anak lelaki atau anak perempuan kita memerlukan doa dan keberkatan daripada seorang ibu. Apa kata kita hadiahkan ibu kita pakaian yang baru untuk beliau bawa ketika mendoakan kita ditikar sejadah? Mudah-mudahan dengan hadiah ini pahala juga mengalir kepada kita yang menghadiahkannya. InsyaAllah.
3. Tudung
Jika ibu seorang yang bertudung, apa kata kita masuk butik dan pilih tudung yang cantik untuk dihadiahkan kepada ibu. Ibu kita yang sedia cantik pastikan akan bertambah cantik dengan tudung baru yang cantik. Bayangkan ibu kita senyum panjang lagilah cantik, hati kita pun pastinya puas hati. Kalau nak beli tudung kena pastikan juga apa warna kegemaran atau warna yang sesuai untuk warna kulit ibu kita. Tudung sesuai sangat untuk hadiah birthday ibu.
4. Baju
Kalau dah ada tudung yang cantik, apa kata belikan baju baru? Hadiah paling simple untuk hari lahir ibu mungkin baju, tapi pastikan kita tahu saiz baju mak kita. Kalau tidak sia-sia sahaja kita beli baju tapi tak muat atau salah saiz. Kalau korang nak hadiahkan kain batik pun boleh, sekarang ini banyak pilihan kain batik dengan corak cantik dan murah.
5. Handbag
Antara hadiah birthday untuk ibu yang Sha paling suka adalah handbag. Tapi sejak mak tak sihat ni tak pasti pula mak masih suka handbag atau tidak maklumlah jarang keluar ke mana-mana seperti dahulu. Apa yang pasti Sha rasa mak masih sukakan handbag, maklumlah orang perempuan tetap orang perempuan kan.
Boleh baca sini untuk idea hadiah beg tangan yang sesuai untuk ibu atau isteri korang.
6. Belanja makan
Kalau berpeluang untuk menyambut hari lahir bersama-sama ibu kita apa kata selain memberi hadiah sesuai untuk ibu berupa barang, kita bawa ibu kita keluar makan di tempat istimewa? Kalau tak dapat bawa ibu ke restoran atau tempat lain kita boleh berpakat dengan adik-beradik yang untuk masak istimewa untuk hari lahir ibu kita. Jangan lupa beli kek untuk makan sama-sama nanti ya !
7. Minyak kesihatan
Bila usia ibu menjengah senja pastinya ada sahaja sakit di mana-mana. Yang punya ibu masih sihat bersyukurlah. Kalau ibu yang tak larat dan kadang-kadang waktu malam menghadapi sengal-sengal badan seperti mak Sha, memang minyak ubat perlu ada disebelah. Jadi apa kata belikan set minyak atau suplemen kesihatan untuk ibu kita.
8. Kanvas gambar
Orang tua biasanya suka juga mengimbau nostalgia. Kita boleh hadiahkan kanvas gambar keluarga untuk ibu kita. Buat besar sikit untuk lekatkan ke dinding rumah. Lekatkan di bahagian yang selalu ibu kita duduk nanti senang ibu kita nak tengok nanti. Ada gambar kita kat rumah mak, nanti mak boleh tengok kita selalu tak gitu? Nanti nak pilih gambar dulu, lepas itu bolehlah tempah kanvas gambar kat mana-mana yang sedia perkhidmatan cetak kanvas ni. Memang hadiah sesuai untuk mak.
9. Set Minyak Wangi
Mungkin ada ibu yang sukakan minyak wangi. Apa kata kita ambil masa untuk pusing-pusing pusat beli belah untuk belikan minyak wangi yang mampu milik untuk ibu kita berwangi-wangi. Kalau ada ayah lagi, boleh jadi ayah jatuh cinta lagi pada ibu kita. Beli minyak wangi ni senang sebabnya biasa dah siap dengan kotak yang cantik, silap hari bulan dapat free gift comel lagi.
10. Set memasak
Masakan ibu dikatakan masakan tersedap di dunia. Kita jangan pandai minta mak masak sedap-sedap sahaja. Cuba kita cuba tengok di dapur mak kita, masihkah lengkap alatan memasak beliau? Apa salahnya kalau kita tambah koleksi baru di dapur mak kita kan? Pasti ibu kita seronok dapat set memasak baru.
11. Set Pinggan Mangkuk
Bila sebut ibu atau orang perempuan. Set pinggan mangkuk adalah antara kegemaran mereka. Tak percaya cuba tanya diri sendiri, kalau Sha memang suka cuma sebelum beli kena fikir dulu nak letak mana maklumlah ruang rumah tak banyak.. ehehehe. Kalau rumah mak Sha, satu kabinet memang khas untuk koleksi pinggan mangkuk walaupun semuanya dikeluarga setahun sekali iaitu pada hari raya atau jika ada makan-makan. Tapi tak apalah kan, kita mungkin menjadi anak kesayangan kerana pinggan mangkuk ini.
12. Percutian
Antara kesukaan Sha sekarang adalah membawa mak bercuti walaupu dekat-dekat sahaja. Maklumlah Sha bergantung pada kesihatan mak sekarang. Nak bawa mak bercuti kena fikir kemudahan kerusi roda barulah senang hati. Percutian tak semestinya kena jauh, walaupun sewa hotel atau chalet di daerah lain pun dah mencukupi asalkan boleh bagi angin segar pada mak ibu kita.
13. Telefon
Bila kita tidak lagi sebumbung dengan ibu kita, kita perlukan teknologi untuk terus berhubung dan mengambil berat. Kini dengan pelbagai pilihan telefon pintar di pasaran kita boleh hadiahkan ibu kita dengan sebuah telefon bimbit dengan harga mampu milik.
14. Barang kemas
Sekarang meletup-letup di media sosial dengan pilihan barang kemas dengan pelbagai nama panggilan seperti pulut dakap, gila-gila, pintal, tulang belut dan lain-lain. Sha pun baru tahu nama-nama tersebut. Kalau ada bajet lebih kita boleh cuba cari rantai, gelang tangan atau cincin yang harga mampu milik sebagai hadiah untuk mak kita tersayang.
15. Bawa mak jalan rumah adik beradik
Nampaknya agak lama ibu kita tidak berkumpul atau berjumpa dengan adik-beradik beliau. Jika kita berada di tempat ibu kita, pastinya merindui adik-beradik kita bukan? Begitulah ibu kita juga pasti ada perasaan ingin berjumpa adik beradik walaupun beliau tak pernah menyuarakannya tambah kalau ibu kita dah tak larat nak ke mana-mana sendiri dan mengharapkan anak-anak sahaja. Beli jiwa pun adalah salah satu hadiah untuk ibu yang sudah tua pasti dihargai.
16. Luangkan masa dengan ibu
Jika kita tak mampu menghadiahi ibu kita dengan barangan yang mahal, ingati dan ucapkanlah selamat hari lahir untuk ibu kita tanda kita menghargai beliau. Paling best jika kita dapat luangkan masa bersama-sama ibu kita. Sha pun tak sabar nak balik kampung dan luangkan masa dengan mak kat kampung ni, harap mak seronoklah anak, menantu dan cucu-cucu balik rumah dia.
17. Radio Al-Quran
Baru dapat idea semalam hadiah yang sesuai untuk ibu atau sesiapa sahaja yang tersayang. Belikan mereka sebuah radio yang dilengkapi ayat-ayat Al-Quran dan ceramah agama. Dalam duduk cuci mata melihat barangan di shopee semalam terpandanglah radio ini jadi timbullah idea ini. Sebuah hadiah yang sesuai untuk menemani mak yang tak boleh bergerak ke mana-mana untuk isi masa lapang beliau. Ini adalah antara hadiah untuk ibu murah tetapi bermakna untuk ibu.
18. Kerusi Urut
Baru-baru ini Sha terlihat posting seorang rakan facebok dimana beliau menghadiahkan suaminya sebuah kerusi urut. Sha sangat terkagum dengan hadiah berkenaan kerana harganya juga bukan calang-calang. Tapi kalau mampu apa salahnya jika kita belikan untuk ibu tersayang. Untuk dapatkan kerusi urut ini korang boleh beli dimana-mana outlet dipercayai atau kedai dalam talian seperti di sini - Shopee Mall Gintell MY
18 cadangan hadiah untuk ibu ini adalah mengikut kemampuan dan bajet masing-masing. Kadang orang tua tak perlukan hadiah pun, cukuplah depan mata ada anak-anak dia. Tapi apa salahnya sebagai anak-anak kita sediakan sesuatu atau hadiah hari lahir untuk ibu yang selalu mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Harap ini membantu anda mendapat cadangan hadiah untuk ibu di ulang tahun kelahiran ibu untuk tahun ini.
7 Comments
Tengah pk nak bagi present telekung.
ReplyDeleteterima kasih sharing, banyak jugak idea baru ni ^_^
ReplyDeleteSet pinggan mangkuk belum lagi Eza hadiahkan ngan mama. Yang lain alhamdulillah sudah. Menarik perkongsian. Eza follow sini tau #814
ReplyDeleteSaya selalu belanja makan je sebab mak jarang makan luar, selalu masak. Tahun ni dah plan nak bawak ke restoran chinese muslim, harap time tu covid dah reda la kan..
ReplyDeleteKalau mak saya suka kalau bawak jalan-jalan. Lagi2 kalau semua dapat pergi. Lagi dia hepi
ReplyDeletebanyak idea sebenarnya nk belanja mak ni... erm.. nice sharing tp kdg2 buntu... hehe
ReplyDeleteJom join akak tag Cik Ma
GA https://www.sheilainspire.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html
Telefon tu paling bagus
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi