Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RESEPI KICAP PENCICAH IKAN BAKAR

RESEPI KICAP PENCICAH IKAN BAKAR | Baru-baru ini Sha teringin sangat nak makan nasi panas-panas dengan ikan bakar tapi tak nak cicah dengan air asam sebab rasanya lebih sedap makan dengan kicap. Ikan pun Sha bakar tawar sahaja sebab cicah kicap nanti dah kucup rasa. Korang tahulah Sha ni kalau kawan-kawan kat perak ni tengok cara Sha makan memang tak pelik, diaorang cakap orang Terengganu memang suka makan ikan katanya mereka. Korang tahu tak ikan ni sedap selepas daging? haaa...ayam jatuh no.3 tahuuu...


Bahan-bahan Pencicah Ikan Bakar.

✱ Kicap manis
✱ Bawang merah potong dadu
✱ Cili padi (tumbuk)
✱ Bawang Putih (tumbuk)
✱ Jus limau nipis
✱ Garam
✱ Gula


Campur semua bahan dan kacau sebati. Hidangkan dengan nasi panas, memang silap hari bulan boleh menambah-nambah. Hari itu kebetulan jiran sebelah rumah ada bagi mempelam, jadi Sha ambil seekor ikan bakar, tumbuk isi ikan dengan sedikit garam dan gula kemudian tumbuk juga mempelam yang dah disagat. Fuhh...memang simple tapi ummpp...

Nak masak Ikan singgang? Korang boleh tengok resepi ikan singgang di sini---> RESEPI IKAN TONGKOL SINGGANG. Sha bagi resepi simple dan sihat je okehh..

Post a Comment

9 Comments

  1. Sedapnya.. suka sangat kicap pencicah nie..

    ReplyDelete
  2. haa boleh geng dengan kak ana ni, makan ikan bakar memang suka dengan kicap je, sebab kak ana tak makan al belachannn laahhh haha :)

    ReplyDelete
  3. mudah, senang dan sedap nih ngences akak

    ReplyDelete
  4. uik sedap boleh cuba buat esok ni hahahha...

    ReplyDelete
  5. Memang sedap tu makan nasi panas-panas! Gerenti bertambah la

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak buat sampai lupa camna. Thanks for sharing...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi