Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Peringatan! Tak Boleh Lakukan Senaman Berat Selepas Vaksin COVID-19, Ini Sebabnya!


 
Tidak boleh bersenam selepas vaksin Covid-19? | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini merupakan hari ke 6 Sha telah disuntik vaksin dose kedua. Hari ke-3 mengambil vaksin baru Sha rasa tidak sedap badan iaitu rasa nak muntah. Bila balik rumah, suami suruh rehat sahaja. Jika korang follow instagram Sha, korang boleh nampak Sha mula amalkan senaman fast walk. Tapi sejak Sha tak berapa sihat suami suruh berhenti dulu daripada bersenam, katanya orang lepas cucuk vaksin tak boleh terlalu aktif. Sha pun ikutkan sahajalah tambah pula memang tak larat nak bergerak banyak. Sampailah Sha terjumpa artikel dari Hellodoktor.
 
Tahukah anda, penerima vaksin COVID-19 tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat selepas suntikan? Ini kerana terdapatnya risiko untuk mengalami radang otot jantung atau miokarditis, salah satu kesan sampingan yang amat jarang berlaku kepada individu yang mengambil vaksin COVID-19 jenis MRNA.

Risiko ini juga lebih tinggi dalam kalangan orang muda yang berusia 30 tahun ke bawah. Golongan ini juga tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat seperti berenang, berbasikal, angkat berat dan sebagainya seminggu selepas menerima vaksinasi.

Tetapi, mengapa kita ditegah untuk melakukan senaman berat selepas mengambil vaksin? Mari ikuti kupasannya di bawah.

Mengapa tidak boleh bersenam selepas menerima suntikan?

 

Pada 3 Julai lalu, negara jiran kita, Singapura, digemparkan dengan berita kematian seorang remaja berusia 16 tahun hanya beberapa hari selepas menerima vaksin Pfizer-BioNTech.

Menurut laporan tersebut, jantung remaja berkenaan terhenti ketika sedang melakukan senaman mengangkat berat.

Kementerian Kesihatan Singapura masih menyiasat sama ada ia berlaku disebabkan miokarditis iaitu penyakit radang otot jantung. Namun, punca sebenar kejadian ini masih dalam siasatan.

Menurut CDC, sejak April 2021, banyak kesan sampingan vaksin yang telah dilaporkan.

Salah satunya ialah risiko untuk mengalami radang otot jantung (miokarditis dan perikarditis) setelah menerima vaksin COVID-19 seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Walau bagaimanapun, miokarditis dan perikarditis selepas suntikan COVID-19 amat jarang berlaku. Setakat 12 Julai 2021, sebanyak 1,047 laporan miokarditis atau perikarditis dalam kalangan orang dewasa berusia 30 tahun ke bawah telah diterima.

Kebanyakan kes ini dilaporkan selepas pesakit menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis mRNA.

Setakat ini, CDC dan FDA telah mengesahkan 633 laporan miokarditis dan perikarditis selepas suntikan vaksin. Namun, kaitan antara dua kondisi ini dengan vaksin COVID-19 masih berada dalam siasatan.

Kes radang otot jantung didapati lebih banyak berlaku kepada lelaki yang berusia 16 tahun ke atas. Selain itu, ia juga lebih kerap terjadi kepada mereka yang menerima dos kedua vaksin COVID-19.

Miokarditis atau perikarditis juga akan dikesan beberapa hari selepas pesakit menerima vaksin. Walau bagaimanapun, pesakit yang menerima rawatan akan sembuh dengan cepat selepas rehat yang mencukupi.

Malah, mereka juga boleh melakukan aktiviti harian dengan normal selepas simptom yang dialami berkurangan.

Apakah simptom radang otot jantung?

Jika anda risau mengenai miokarditis atau perikarditis, pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dengan simptom seperti:

  1. Sakit dada.
  2. Sesak nafas.
  3. Degupan jantung yang kuat.
  4. Rasa letih dan penat.
  5. Rasa hendak pitam.
  6. Bengkak pada kawasan tangan, kaki dan buku lali.
  7. Pengsan.

Jika anda mengalami simptom di atas, jumpa doktor dengan kadar yang segera.

Miokarditis atau perikarditis merupakan satu kondisi yang sukar untuk dikesan kerana ketiadaan simptom. Selalunya, simptom yang pesakit alami merupakan tanda penyakit lain seperti serangan jantung.

Di Malaysia, masih belum ada sebarang kes radang otot jantung selepas vaksinasi yang dicatatkan.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan tiada kes miokarditis dan perikarditis yang diterima oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan melakukan senaman berat selepas menerima vaksinasi. Jika boleh, berehatlah sehingga anda benar-benar sihat.

Vaksin COVID-19 telah disahkan selamat dan efektif. Malah, jutaan manusia di seluruh dunia telah menerima vaksin ini tanpa sebarang kesan sampingan. Pada waktu artikel ini ditulis, hampir 9,570,974 rakyat Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Adakah saya masih perlu mengambil vaksin?

Jawapannya adalah ya. Vaksinasi merupakan satu komponen yang penting untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan, hospitalisasi dan kematian disebabkan wabak COVID-19.

Jika anda telah menerima vaksin dos pertama, anda perlu mengambil dos kedua kecuali mendapat arahan khas daripada doktor.

Untuk pengetahuan anda, vaksin mempunyai kebaikan yang lebih besar berbanding risikonya, termasuklah risiko radang otot jantung.

Malah, kesan sampingan vaksin bukanlah perkara baharu. Vaksin AstraZeneca juga dikatakan boleh menyebabkan pembentukan darah beku. Namun, kesan sampingan ini juga amat jarang berlaku.

Ingatlah, jutaan vaksin yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia terbukti berkesan dan boleh menyelamatkan nyawa.

Oleh sebab itu, jangan sesekali memilih vaksin dan ambil imunisasi secepat mungkin mengikut jadual yang ditetapkan.

Ubah rutin senaman selepas vaksinasi



Jika anda suka bersenam, cuba ubah rutin anda kepada senaman yang lebih ringan. Tunggu sekurang-kurangnya seminggu sebelum menyambung rutin seperti sediakala.

Walau bagaimanapun, jika anda alami kesan sampingan vaksinasi seperti demam, batuk, selesema dan sebagainya, rehatlah sebentar dan beri masa untuk badan anda pulih sepenuhnya.

Mungkin anda akan rasa sedih kerana terlepas sesi senaman anda setiap hari, namun tidak ada gunanya untuk terus memaksa diri ketika sakit.

Seperti ubat-ubatan yang lain, vaksin juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak mengambil vaksin.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita haruslah mengambil vaksinasi untuk melawan virus COVID-19. Jika bukan kita, siapa lagi?

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Post a Comment

10 Comments

  1. Terima kasih diatas perkongsian..akak pun dah stop bersenam sementara waktu..bg peluang badan pulih dahulu

    ReplyDelete
  2. haishhhh.. risauuu.. tp alhamdulillah lps 2nd dose aritu sy berehat je.. just skipping skit2.. alhamdulillah ok.. =)

    ReplyDelete
  3. Lepas vaksin 1st dose aritu memang tak larat nak bangun pun, lenguh badan..memang taklah nak paksa senaman. Bagi badan rehat betul-betul dulu sebab terima benda baru kan :)

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Buat kerja ringan2 je 7 hari selepas terima vaksin ni. Santai2 je

    ReplyDelete
  5. ramai yang tak tau perkara ni, tq kongsi

    ReplyDelete
  6. Banyak rupanya kesan sampingan selepas vaksin ye. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  7. Mak Tang lepas dapat vaksin terus rasa macam makin kuat tido. Haha

    ReplyDelete
  8. Oh baru tau pasal ni. Thanks for the sharing!

    ReplyDelete
  9. Syu baru terbaca, hu3. Hari ni baru dapat dos pertama.Tapi badan jadi macam hyper pulak nak buat kerja.Takde rasa penat langsung.Cuma tangan jer rasa kebas😅

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini Sha..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi