Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Anak 2 Orang Je Ke? Tak Nak Tambah?

Anak 2 Orang Je Ke? Tak Nak Tambah? | Ini soalan yang selalu orang bangkitkan kepada pasangan yang telah ada anak tapi lepas tu tak tambah-tambah dah, betul tak? Tapi Alhamdulillah tak ramai yang bertanya soal tambah anak dengan Sha. Kalau ada pun ketika bersembang pasal anak, adalah suara nakal.. hah Fathia dah besar bolehlah jadi kakak! Ehehehe

 

Anak 2 Orang Je Ke? Tak Nak Tambah?


Maaflah, bukan tak nak tapi belum sedia lagi nak tambah. Setakat ini cukup dah dengan 2 orang yang ada. Tambah dah sepasang


Begitulah jawapan Sha kalau ada yang bertanya.


Soal tambah anak ini bagi Sha terpulang pada individu atau pasangan yang terbabit sahajalah yang mana lebih memahami keadaan diri mereka.

Antara Sebab Tak Nak Tambah Anak


" Heyyy... janganlah risau, kan setiap anak tu dijanjikan rezekinya "

dan bermacam lagi.

Tak nak tambah anak bukanlah soal tak percaya dengan rezeki Allah SWT nak bagi tapi lebih kepada beberapa sebab yang lebih berat. Maklumlah anak-anak merupakan amanah yang Allah SWT hadirkan dalam kehidupan suami-isteri. Bila sebut amanah tu bukan sesuatu yang ringan.


  • Diri sendiri sebagai ibu belum dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak sedia ada. Untuk ini Sha berpendapat sebagai seorang ibu yang bekerja di luar rumah. Jadi bila bekerja mengikut waktu pejabat memang tak ada banyak waktu untuk bersama anak-anak. Itu belum lagi jika ada kerja waktu luar pejabat yang mengambil masa beberapa hari. Suami pula ada masa perlu bekerja mengikut shif. Di sini agak payah untuk menjadualkan diri.

  • Demi menjaga kesihatan mental. Ya, pada zaman kini Sha percaya ramai ibu-bapa diluar sana mempunyai sebab yang sama. Cuma mungkin tak ramai yang meluahkan. Isu mental ini bagi Sha bukan isu ringan, kerana tak semua orang boleh mengawal pelbagai situasi yang menekan. Tak semua orang punya kesabaran tinggi !

  • Isu kewangan juga kadang-kadang memainkan peranan dalam kelangsungan hidup. Kadang terfikir apa guna bekerja jika separuh daripada gaji sendiri diperuntukan untuk membayar pengasuh setiap bulan. Maklumlah upah pengasuh sekarang bukan murah. Kos sara hidup lain juga makin bertambah. Baik berhenti kerja sahaja. Tapi nak berhenti kerja bukanlah sesuatu yang mudah! Banyak benda kena setel dulu.

  • Menjaga perhubungan suami isteri. Bukan kata bila ada ramai anak kita tak ada masa dengan pasangan tetapi inilah realitinya. Bila jadi ibu, kadang-kadang tak sedar rutin harian sibuk dengan pelbagai kerja dan masa berlalu begitu sahaja. Tambah pula suami-isteri masing-masing ada tugas sendiri. Selalu terfikir, macam manalah orang atasan membahagikan masa mereka dengan keluarga mereka. Apa yang pasti ada sesuatu yang perlu dikorbankan untuk mendapatkan sesuatu kan?

  • Faktor keselamatan. Setakat ini mampu pakai kereta sedan sahaja, jadi tempat duduk terhad. Alasan apakah ini? ahahahaha.. Tapi itulah realitinya. Contohnya suami Sha sendiri memang jenis tak suka bawa penumpang melebihi kapasiti sepatutnya. Jadi kalau ada rezeki beli kereta besar mungkin ada peluang tambah anak lagi ! hihihihi


  • Masih belajar berlaku adil pada anak-anak. Sha sendiri masih belajar menjadi ibu walaupun dah menyandang gelaran ibu hampir 10 tahun lamanya.

"Ibu ni asyik main dengan Abang, dengan Adik tak nak main "

" Sayang, semalam Abang mengadu dia dah lama tak tidur peluk Ibu.. "

"Abang jelaa hensem, Adik tak cantik"

Ya Allah.. kadang-kadang dah jaga sehabis baik pun macam tulah.. Antara dialog yang Sha terima walaupun Sha cuba berlaku adil. Memanglah kita takkan mampu berlaku adil 100% pada anak-anak, tapi kalau boleh kita tak nak dengar anak-anak merungut walaupun kadang-kadang diaorang bergurau je. Masing-masing masih nak berebut perhatian.

IBU TAK SIHAT? TIPS JAGA ANAK


Banyaknya Alasan, lemak! Ehhhh lemah!

Ahahaha.. masing-masing punya pendapatkan. Bukan setakat pendapat tetapi hasil setelah megukur badan sendiri. Sebenarnya ada banyak contoh keluarga keluarga besar yang berjaya. Sha sangat kagum dengan mereka. Tapi kebanyakan latar belakang yang bukan calang-calang. Sha yang biasa-biasa bercakap dari segi kehidupan biasa sahajalah.


Perancangan Keluarga Yang Jelas


Apa yang penting setiap ibu-bapa jelas dengan perancangan keluarga sendiri. Masing-masing jelas dengan tanggungjawab yang bakal dipikul sepanjang membesar dan membimbing anak-anak. Bila masing-masing jelas dan yakin InsyaAllah baik-baik sahaja. Kalau tak jelas, pandai-pandailah rancang keluarga sendiri mengikut kemampuan.


Cara Hidup Dari Kecil


Macam mana nak anak ramai? Adik beradik sendiri pun tiga orang sahaja. Tapi itulah adik-beradik sikit ni tak meriah sebenarnya.. ahahahaha... Dulu tak rasa sebab masa sekolah sibuk dengan sekolah, dapat main dan lepak dengan sepupu sepapat pun dah ok. Bila dah besar dan berkeluarga, setiap kali hari raya atau berkumpul terasa juga.

 

Ukur Baju Di Badan Sendiri

Bak pepatah di atas, membuatkan Sha dan suami masih dengan keputusan yang kami capai bersama. Walaupun !

Walaupun naluri Sha sebagai ibu untuk menimang bayi comel lagi memang ada. Baru-baru ini pun suami ada cakap bila dengar anak jiran menangis....

"Sayang..... ayah ada rasa teringin nak baby lagi, tapi bila dengar anak jiran kita menangis setiap hari... ayah cancel lahhhh...."

Ahahhahaha... umur dekat 40 tahun ni,,mampu lagi kah jaga baby?

Post a Comment

6 Comments

  1. mulut org mmg tkleh tutup dr bertanya...tk kawin tnya bila nk kawin..dh kawin tnya bila nk dpt ank..ada ank sorg tnya bila nak tmbh...dan seterusnya soklan2 tmbh anak hehe

    ReplyDelete
  2. Pedulikan mulut orang,kita yg uruskan hidup,saya pun sama pendapat dgn Sha,sekarang saya umur 44 thn,suami umur 49 thn,anak sulung lelaki umur 21 thn,no 2 perempuan umur 18 thn,husband pernah cakap nak anak lagi,saya kata dgn umur saya dan dia mcm tu mampu ka nak jaga baby,saya dah tak sanggup dah,dia diam ja��

    ReplyDelete
  3. soalan yang biasa dapat, akak lagi lah pedih anak sorang lagi lah sedara mara kalau jumpa mesti tanya bila nak tambah. Bila kata doktor tak bagi sebab sakit, eh dia tanya memacam lak, suh mkn ubat itu ini lah... udahnya kita diam n berlalu pergi... malas nak layan

    ReplyDelete
  4. Kita kalau boleh dah nak stop tapi laki request nak tambah anak laki sorang. Tengah gigih berusaha ni sebelum tutup kilang di usia 40-an :D

    ReplyDelete
  5. Umur sy baru awal 30 an. Anak kecik 2 org. Tapi sy pun berpendapat macam akak la. Rase nk stop beranak lagi. Bukan senang nk urus anak even sy full time housewife. Lagi2 bila semua sy kena uruskan sdri. Me time pon takdak. Huhu. Tengokla macam mana. Tapi so far. Cukup 2 org. :D

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi