McDonald’s Malaysia Rai 65,000 Penghantar Makanan Dengan Inisiatif #LekLuMcDBelanja | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setiap hari Sha melihat angka kes covid-19 masih belum menunjukkan perubahan yang banyak. Rakyat makin terkesan dengan keadaan sama ada dari segi mental, kewangan, kerjaya dan kehidupan. Setiap hari kita dapat melihat insan-insan yang bertungkus-lumus menangani kes yang tidak menunjukkan tanda-tanda ke penghujung. Walaupun penat, ramai yang harus berkorban sehingga kita menang.
Selepas hampir 2 tahun kita menghadapi masalah pandemik covid-19, kehidupan juga berubah dengan norma baru sehingga ada yang berubah 360 darjah. Pernahkah terfikir kenapa semua ini berlaku? Ramai makin lemah sifat perlindungan kendiri. Walaubagaimanapun disebalik musibah ini sebenarnya banyak hikmah yang ada sama ada kita sendiri sedar ataupun tidak. Apa yang penting sekarang kita perlu percaya bahawa covid-19 benar-benar wujud dan boleh meragut nyawa sesiapa sahaja. Dengan itu, kita perlu memberi kerjasama kepada semua pekerja barisan hadapan kita.
Pasukan McDonald di Kuala Terengganu bergabung dengan program di seluruh negara dalam mengedarkan Quarter Pounder dengan Keju percuma dengan kepada penunggang penghantaran sebagai tanda penghargaan. |
McDonald’s Malaysia Rai 65,000 Penghantar Makanan Dengan Inisiatif #LekLuMcDBelanja
Penunggang McDelivery menerima Quarter Pounder percuma dengan keju, menandakan bermulanya kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu pada 12 Julai 2021. |
Usaha yang dilakukan adalah
sebahagian daripada kempen #LekLuMcDBelanja #RiderKu yang dilaksanakan oleh
restoran khidmat segera tersebut untuk mengajak rakyat Malaysia turut serta
menzahirkan penghargaan kepada semua penghantar makanan yang bertungkus lumus
memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan selamat dan sampai
tepat pada masanya. Alhamdulillah Sha pun punya pengalaman yang baik sepanjang
menggunakan khidmat penghantaran makanan ini. Sebab itulah Sha sangat setuju
apabila McDonald's Malaysia belanja penghantar makanan sebagai
penghargaan.
Penunggang berbaris di McDonald's Kuala Terengganu untuk menuntut Quarter Pounder dengan keju percuma mereka. |
Penunggang GrabFood, FoodPanda dan McDelivery dengan wakil dari McDonald's Sunway City Tambun. |
McDonald's Belanja Penghantar Makanan Seluruh Malaysia
Bersempena dengan inisiatif #LekLuMcDBelanja ini, penghantar makanan daripada FoodPanda, GrabFood, DeliverEat dan perkhidmatan McDelivery (MDS) layak mendapatkan set hidangan percuma Quarter Pounder dengan Keju antara jam 2 petang hingga 5 petang pada 12 Julai, di restoran McDonald’s seluruh negara.
Di samping petugas-petugas lain yang masih membanting tulang sepanjang pandemik ini, penghantar makanan adalah frontliner yang patut dihargai. Sebagai tanda terima kasih kepada semua penghantar makanan, kongsikan gambar atau video anda bersama #RiderKu di media sosial anda dan hashtag #LekLuMcDBelanja #TerimaKasihRider #MekdiBelanjaRider.
Wakil dari McDonald's Malaysia menunjukkan penghargaan mereka terhadap penunggang McDelivery. |
“Penghantar makanan seringkali menjadi orang terakhir untuk makan, lebih-lebih lagi ketika sibuk memenuhi permintaan penghantaran pada waktu makan dan waktu puncak. Mereka terpaksa melepaskan waktu makan dan hanya makan selepas semua pesanan telah dihantar.
Sesungguhnya, penghantar makanan memainkan peranan penting dalam menghubungkan kedai makanan dan minuman dengan orang ramai bagi memastikan perniagaan mereka terus berjalan lancar. Terima kasih kepada mereka, rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan kegemaran mereka di rumah masing-masing dalam keadaan selesa dan selamat.”
“Kami memahami sikap prihatin mereka, sehingga kadang kala terlupa untuk memberi perhatian kepada diri mereka sendiri. McDonald’s ingin mengingatkan semua penghantar makanan bahawa kami menghargai mereka, dan jangan lupa berehat untuk makan.” - Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia
Perkongsian Pengalaman Rider Penghantar Makanan
Ibu kepada lima anak, Roslina Talhad perlu bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan suaminya tidak lagi dapat bekerja sepenuh masa disebabkan pandemik.
“Pelanggan selalunya terkejut melihat penghantar makanan wanita. Saya bertuah kerana pelanggan saya kebanyakannya sangat bertimbang rasa dan baik hati dengan memberikan tip kepada saya. Selalunya, sebelum saya pergi, mereka akan memberi kata-kata sokongan dan berpesan agar saya sentiasa menjaga diri.” - Roslina Talhad, Penghantar Makanan
William Quah merupakan penghantar makanan McDonald’s selama dua tahun.
“Menjadi seorang penghantar makanan sangat mencabar kerana permintaan untuk penghantaran makanan kini semakin meningkat. Dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa untuk menghantar makanan menjadi lebih singkat. Tetapi, saya tetap berpuas hati dapat menggembirakan pelanggan setiap kali menghantar makanan kepada mereka.”
“Pernah sekali, ada keluarga yang membuat pesanan yang banyak semasa bulan Ramadan, dan mereka memberi satu set burger mereka kepada saya. Apabila ada yang menghargai penghantar makanan seperti saya, ia membuatkan saya bersemangat untuk terus bekerja.” - William Quah, Penghantar Makanan McDelivery
Mohamad Azyhan Musa, seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti swasta yang menggunakan pendapatannya sebagai penghantar makanan untuk membiayai pengajian.
“Saya gembira dan berterima kasih kepada McDonald’s kerana menghargai kami, lebih-lebih lagi saya juga seorang pelajar separuh masa. Kadangkala semasa bekerja, kami terlupa untuk makan atau terpaksa tahan makan semata-mata untuk memenuhi pesanan pelanggan. Dengan inisiatif ini, saya teruja untuk mendapatkan hidangan yang diberikan kepada kami.” Mohamad Azyhan Musa, Penghantar Makanan
Tahniah diucapkan kepada McDonald's Malaysia yang berjaya meneruskan inisiatif mereka untuk mengurangkan beban dan menggembirakan frontliners sehingga hari ini. Semoga inisiatif ini dapat diteruskan kepada petugas-petugas lain. LekLuMcDBelanja adalah salah satu usaha yang harus dicontohi.
Kepada penghantar makan seluruh Malaysia, korang adalah antara frontliners kami. Jadi sentiasalah berhati-hati ketika bertugas. Terima kasih kerana memenuhi pesanan kami tidak kira hujan atau panas. Maklumlah saat ini kita masih belum menang menentang covid-19. Patuhilah SOP sehingga kita betul-betul dapat keluar dan menikmati kehidupan normal yang dulu.
8 Comments
wow bestnya dapat free Quarter Pounder T_T
ReplyDeleteinisiatif yang sangat menghargai para foodpanda , diorang pun forntliner juga berkorban untuk hantar makanan yg customer tempah sampai ke depan pintu rumah
ReplyDeleteInisiatif yang sangat dihargai oleh semua terumata buat rider penghantar makanan yang bertungkus lumus hantar tempahan makanan pelanggan sehingga depan pintu. Thank you Mekdi
ReplyDeleteSemoga rezeki utk semua rider2 melimpah ruah..
ReplyDeleteSeronok tengok penghantar makanan gembira. Beri semangat utk mereka bekerja mencari rezeki.. hebat McD!!!
ReplyDeleteSeronok rider2.. rsa dihargai dan tambah semangat lagi dorg nk bekerja. Tahniah mcd..
ReplyDeleteHargailah jasa dan pengorbanan para rider. Sometime kesian tengok bawa motor waktu tengah hujan lebat, berpanas terik. Dengan adanya inisiatif McD ini mesti dorang rasa seronok sikit! TQ Mekdi!
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Bagusnya usaha McDonald ini..
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi