Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Syarat-Syarat Pengawasan AADK

Syarat-syarat Pengawasan AADK | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkongsian kali adalah dengan niat mahu keluarga yang mempunyai ahli keluarga terlibat dengan penyalahgunaan dadah mengetahui dan memahami kekangan yang akan dihadapi apabila perlu menjalani hukuman perintah pengawasan selepas keputusan dikeluarkan oleh mahkamah. Perintah pengawasan adalah antara 2 tahun atau 3 tahun.


Borang 4
Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983
(Perenggan 6(1)(b) dan subseksyen 6(2))


Perintah menjalani pengawasan ini adalah syor daripada Pegawai Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan dan setelah memberi orang tersebut untuk membuat representasi. Bagi yang nak tahu apakah yang Orang Kena Pengawasan (OKP) kena lalui sepanjang di bawah 2 tahun atau 3 tahun pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Maksud OKP adalah ialah ;

i) mana-mana individu yang telah mendapat perintah mahkamah atau secara sukarela menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan dan selepas tamat tempoh yang tetapkan individu tersebut perlu menjalani pengawasan di AADK Daerah. 

ii)  mana-mana individu yang telah diperintahkan oleh mahkamah atau secara sukarela menjalani pengawasan di AADK Daerah.

Seksyen 6(1)(b) - mana-mana individu yang telah diperintahkan oleh majistret untuk diletakkan dibawah pengawasan seorang pegawai ditempat yang ditetapkan selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak lebih daripada 3 tahun.

Syarat - Syarat Pengawasan


a) Orang tersebut hendaklah tinggal di kawasan ................. ( kawasan tempat tinggal OKP)

b) orang tersebut hendaklah sentiasa memberitahu pegawai tempat kediamannya dan tidak boleh menukar tempat kediamannya atau meninggalkan kawasan tempat kediamannya tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah ;

*OKP perlu membuat permohonan untuk pindah kawasan sama ada pindah sementara atau pindah kekal. Pindah sementara bermaksud mendapatkan kebenaran keluar kawasan dalam masa tempoh tertentu dengan mengisi dokumen yang berkaitan terlebih dahulu.

c) orang tersebut hendaklah melaporkan diri di ........................ (sebagaimana yang ditetapkan oleh majistret) tidak lewat dari 72 jam dari tarikh perintah ini dan pada ....................... hari bulan tiap-tiap bulan kalendar antara 6.00 pagi dan 6.00 petang;

d) orang tersebut tidak boleh mengambil, menggunakan atau memiliki apa-apa dadah berbahaya;

e) orang tersebut hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang diperintahkan oleh pegawai ; dan

*Saringan ujian urin akan diadakan secara berkala, di dalam operasi atau ditangkap polis didapati positif urin diperingkat makmal akan didakwa.

f) orang tersebut hendaklah menjalani apa-apa program bagi pemulihan penagih dadah yang diadakan oleh Kerajaan.

*Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan menjalankan program pemulihan bersama penagih dadah yang akan dikendalikan oleh Pegawai Pemulihan. Jika didapati gagal Unit Rawatan, Perubatan dan Pemulihan akan menjalankan tindakan bagi memastikan OKP hadir mengikuti program. Seterusnya jika masih gagal Unit Penguatkuasaan akan mengambil tindakan lanjut.

Boleh Baca --- > Fungsi AADK & Unit Dalam AADK Daerah

Perkongsian ini adalah kerana tidak semua keluarga memahami dan mengetahuinya disebabkan tidak semua ahli keluarga hadir ke mahkamah atau berjumpa dengan pegawai untuk penerangan yang lebih jelas. Pematuhan kepada syarat-syarat pengawasan ini adalah penting untuk menjaga atau mengelakkan sebarang tindakan atas langgar syarat yang bakal dikenakan jika tidak dipatuhi tambah pula hukumannya adalah penjara dan sebatan.

Nota - 24 januari 2020 : 2 OKP #AADKPT telah dihadapkan ke mahkamah, masing-masing dijatuhi hukuman 14 bulan dan 16 bulan dan 2 sebatan.

Post a Comment

11 Comments

  1. banyak rupanya syarat-syarat... kiranya ahli keluarga OKP kene ambil tahu dan support lah kalau tak susah jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak.. sebab diaorang tak boleh ke mana2 sesuka hati... nak keluar daerah pun kena ada surat kebenaran dulu...tugas ahli keluarga nasihatkan dan ingatkan mereka ni .. jadi apa2 mereka juga yg menangis nanti

      Delete
  2. bagaimana kedudukan okp yang lari dan tidak dapat dikesan lebih dari 10 tahun?

    ReplyDelete
  3. Nk tanya masa ujian saringan (urine) pegawai akan ambil gambar botol urine berlebel nama empuya badan 2 kan..kalau botol tidak berlebel nama macam mana ya

    ReplyDelete
  4. askum.. contoh jika kali pertama di tangkap Aadk... apakah peluang yg dia bgi... jika mohon ps boleh ke selain masok pusat pemulihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... boleh buat rayuan dari pihak keluarga.. tapi Peg. Pemulihan AADK hanya boleh syorkan... semua keputusan bergantung pada majistret.

      Delete
  5. Assalamualaikum nak tanya berapa kali sbnarnya kita kena pergi aadk utk sign ps ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... setiap bulan, mengikut tarikh yang Pegawai Pemulihan berikan. Sehinggalah tamat program yang diperintah mahkamah

      Delete
  6. salam , jika ditangkap buat kali kedua atas kes dadah , apakah tindakan yang selalu diberikan ya ?

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi