Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan

Resepi Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baru-baru ini teringin betul nak makan masak lemak ketam. Lama benar rasanya tidak makan ketam. Kenapa lama? Sebab dalam rumah ni Sha sorang sahaja yang makan ketam, maklumlah nak makan ketam sedikit rumit berbanding lauk lain. Jadi Sha akan beli ketika teringin sangat.



Suami Belanja Beli Ketam

Jadi apa lagi, kita pujuklah suami untuk belikan ketam. Tapi itulah, suami Sha kalau minta benda yang dia tak makan lambat sikitlah dapat kecuali kalau mintak McDonald's memang laju dia keluar beli..ehehehe.. Hari sebelum PKP diumumkan Sha sempatlah keluar beli barang dapur sebelum orang lain menyerbu supermarket yang ada. Sebelum keluar rumah suami hulur kad bank, untuk beli barang rumah. Memandangkan suami dah bagi belanja, Sha pun belilah ketam 3 ekor. 3 ekor je? Cukuplah untuk Sha sorang makan, kalau ada pun suami ambil sebelah ekor.

Beli Sayur Paku Rawan

Apa itu paku rawan? Sebenarnya Sha mula makan paku rawan ini dalam 3 tahun lepas di sebuah kedai makan popular di Lenggong, Perak. Sejak dari itu, barulah Sha berani nak beli sayur ini. Maklumlah selama membesar tak pernah jumpa sayur ini di kampung, bila dah pindah Perak adalah beberapa sayur baru yang Sha kenal.



Rupanya paku rawan sebenarnya tumbuhan yang tumbuh meliar di tepi parit dan sawah padi. Ianya spesis tumbuhan yang cepat membiak. Walaubagaimanapun, Sha tertarik dengan khasiat paku rawan selain Sha suka rasanya. Paku rawan dikatakan baik untuk sistem pencernaan manusia kerana ianya tinggi serat. Paku rawan juga bersifat antioksidan yang mana baik untuk jantung kita.

Selepas membeli paku rawan, Sha teringin nak masak cara lain selain hanya rebus dan buat cicah budu. Oleh kerana suami dah belanja ketam, Sha ambil keputusan untuk masak lemak paku rawan sekali dengan ketam yang ada.

Resepi Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan

Akhirnya bersatulah Masak Lemak Ketam Dengan Masak Lemak Paku Rawan di dalam periuk. Alhamdulillah, ketam dan paku rawan dapat berkawan baik dan menghasilkan lauk makan tengahari Sha yang menyelerakan. Memandangkan anak-anak tak makan ketam, Sha masakkan sardin untuk mereka.




Bahan-Bahan Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan

  • 3 ekor ketam
  • Seikat Paku Rawan
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 6 biji cili hijau*

bahan-bahan bertanda * dikisar bersama

Cara-cara memasak Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan


1. Cuci paku rawan dan potong lebih kurang 2-3 inci.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar.

3. Masukkan sedikit air dan masukkan santan dan kacau,

4. Bila santan sudah panas, masukkan ketam dengan paku rawan.

5. Kacau hingga masak. Tidak perlu terlalu lama untuk pastikan paku rawan tidak terlalu lembik.

Boleh juga masak lemak kulat sisir ------> Resepi Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir Dengan Isi Kerang

Kalau masak lemak paku rawan macam ni nak lawan dengan ikan goreng garing mesti lagi best! Nanti nak beli lagilah tapi ganti ketam dengan udang pulak, sebab anak-anak suka makan udang. Hah! Korang masak apa tu? Kalau nak cuba masak macam Sha masak ini pun boleh sahaja.

Post a Comment

6 Comments

  1. Di Perak ni orang panggil sayur itek. Di Kelantan, especially di kampung saya, kami panggil keladi senduk.

    ReplyDelete
  2. Paku rawan tu kalau di Sabah dipanggil genjer.

    ReplyDelete
  3. First time kita tau pasal paku rawan ni.. N first time tgk rupa sayur ni

    ReplyDelete
  4. paku rawan, 1st time dgr tu, timm pun dpt mkn ketam minggu lepas, mkn mmg sedap, tapi nk kupas tu adoi malasnya..hihi..

    ReplyDelete
  5. salam singgah
    paku rawan kalau arwah mak celur dan suka cicah dgn air garam@ samabal
    ingat dulu2 suka petik ni dkt bendang, nak ke kebun tu mesti cari paku ni dulu
    tp sis tak mkn he hee petik utk mak

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi