Senarai Indoor Games Untuk Keluarga Di Rumah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ke- 16 dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apa khabar semua? Mudah-mudahan semuanya masih berkeadaan baik setakat ini. Sha pun bekerja dari rumah sementara menunggu giliran untuk bertugas dalam 12 hari lagi, jadi memang banyak duduk rumah dari duduk pejabat. Bukan setakat tak masuk pejabat, barang keperluan pun banyak suami yang keluar beli maklumlah dia lebih kerap keluar kerja. Apa aktiviti yang korang sepanjang berada di rumah sekarang? Maklumlah anak-anak pun tak sekolah, semuanya ada di rumah. Setiap orang pasti cara berlainan untuk mengisi masa bersama keluarga, apa kata kita berkongsi mana tahu apa yang kita tak buat lagi lepas ini dapatlah memberi idea kepada rakan-rakan lain.
Permainan Indoor Untuk Kanak-Kanak Dan Ibu-Bapa
1. Dart
Permainan dart amat menarik untuk dilakukan bersama keluarga. Sha pun tidaklah pandai sangat, tetapi bila ada memang tak puas main.
2. Dam Ular
Permainan dam ular amat biasa dikalangan kanak-kanak. Bagi Sha permainan ini amat menyeronokkan kerana suasana pasti meriah apabila ada pemain yang terpaksa undur kembali. Dam ular di datangkan satu set dengan kepingan dam, buah dadu dan penanda pemain. Permainan dam ular ini sesuai dimain Bersama anak-anak pastinya riuh bila mereka faham permainan. Musim PKP ini amatlah sesuai untuk isi masa bersama keluarga.
3. Mini Snooker
Saiz ini sesuai untuk Bersama anak-anak.
Saiz ini mungkin sesuai untuk anak-anak.
4. Batu Seremban
Batu Seremban Asal |
Batu Seremban Moden |
Semasa kanak-kanak dulu batu Seremban adalah satu permainan yang biasa dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Jika dahulunya batu Seremban menggunakan batu yang dikutip di tepi jalan, kini setelah batu Seremban dipertandingkan secara meluas ianya diubah dengan ada balutan kain. Mungkin kain ini untuk keselamatan dan mudah dikenalpasti dan disimpan. Nak buat sendiri boleh, nak beli online pun boleh sebab banyak orang jual.
5. Congkak
Selain batu Seremban Sha juga suka bermain congkak. Pernah memiliki set congkak yang sekarang tidak tahu kedudukannya. Korang punya skill untuk bermain congkak? Apa kata korang perturunkan ilmu kepada anak-anak korang? Bermain congkak pun dapat memeriahkan suasana. Tetapi bila siap main, kenalah terus simpan gulinya kalua tidak memang tak cukup set lah.
6. Catur
Orang kata permainan catur ini baik untuk perkembangan otak. Sha pun tak pandai sangat main catur jadi kalau main mesti kalah. Musim PKP ini sempat lagi korang dapatkan set catur dan belajar cara bermain dengan betul. Permainan ini banyak menguji minda dan memerlukan focus padanya.
7. Teka Silang Kata
Bila Sha tengok teka silang kata pastinya Sha akan teringat kenangan dengan arwah ayah Sha kerana Sha semasa kanak-kanak memang suka bermain teka silang kata dengan ayah. Ayah suka beli surat khabar setiap hari untuk menjawab soalan walaupun ayah tak pernah hantar jawapan. Seronok layan teka silang ini kerana ia juga menguji minda.
8. Sukaneka Indoor
Cari aktiviti sukaneka yang sesuai dilakukan dirumah. Sebelum melakukan sukaneka pastikan kawasan rumah adalah sesuai dan selamat. Seperti gambar di atas salah satu idea yang boleh kita lakukan Bersama anak-anak iaitu membuat baju daripada surat khabar lama.
9. Mewarna
Tak salah jika sertai anak-anak mewarna sekali sekala. Cetak gambar yang sama dan buat pertandingan mewarna Bersama anak-anak, mungkin boleh sediakan hadiah untuk anak-anak. Jika dirumah yang biasa mewarna adalah suami Sha, dia suka kalau dapat pegang pensel warna manakala Sha pula lebih suka melukis.
10. Origami
Membuat origami adalah kesukaan Abang Zaryth berbanding dengan Adik Nur. Pelbagai origami yang kita boleh cari dan cuba Bersama anak-anak. Tugas kita sediakan kertas dan cari langkah-langlah membuat origami kemudian sama-sama buat dengan anak. Pasti seronok jika kita berjaya menyiapkan origami kan?
11. Main teka teki
Pelbagai corak teka-teki yang kita boleh reka dan buat. Jenis-jenis teka teki yang biasa kita teengok adalah dengan memberi soalan yang membuatkan kita berfikir. Selain itu kita boleh buat teka teki dengan mimik muka atau pergerakan mulut. Contoh soalan teka teki? Korang boleh cuba cari online sahaja, mesti banyak yang korang boleh ambil untuk cuba Bersama-sama keluarga.
12. Karom
Permainan karom adalah antara permainan kesukaan Sha dan arwah ayah. Walaupun tak pandai sangat main, tetapi nilai kenangan bersama orang tua kita akan diingati sampai mati. Suami Sha pun pandai main, nak main karom pun kena ada kemahiran dan teknik yang betul. Kalau main karom pasti macam-macam lagak kita dapat tengok dengan tepuk dahinya, perasaan tak puas hatilah semua ada.
Berdasarkan pengalaman sendiri, semua aktiviti yang menarik walaupun ringkas sahaja bersama mak dan ayah Sha semasa kecil dahulu kebanyakannya Sha ingat sampai sekarang. Hal ini adalah kerana ianya merupakan saat manis yang dicipta bersama orang tersayang. Perkara ini Sha selalu kongsikan bersama anak-anak apa aktiviti yang pernah ibu mereka ini lalui. Mudah-mudahan saat sebegini juga akan mereka ingat sampai besar dan menyayangi antara satu sama lain hingga akhir hayat.
4 Comments
stress laa Sha main ular dan tangga tu hehe :) kami kat rumah main saidina je sekatad ni
ReplyDeleteDam ular mmg aktiviti si aiyan, dia akan ajak semua lawan dia pastu kalau dia menang sekali je main, kalau org lain menang akan lawan sampai 3 kali hhahah
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian, semua orang boleh main 😁
ReplyDeletesuka cadangan origami tu.. mesti anak2 / kanak2 suka. sambil tu blh develop skills diorang juga imagine bentuk2 origami tu.
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi