Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tebus Rm 150 E-wallet E-Belia Di Touch N Go Untuk Belia Yang Layak

E-Belia Pemerkasa - E-wallet Rm 150 Untuk Belia Yang Layak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini sebelum Lockdown PKP diadakan, Perdama Menteri Malaysia telah membentang beberapa bantuan untuk rakyat. Hari ini Sha nak kongsikan Cara Tebus E-wallet E-belia RM150 di aplikasi Touch N Go. Jadi wajiblah sebelum tebus, adik-adik perlu memuatnaik aplikasi Touch N Go di telefon pintar masing-masing. Sha ambil berat tentang hal ini kerana Sha mempunyai dua orang adik dalam golongan belia, jadi Sha nak kongsikan supaya mereka tidak ketinggalan mendapatkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan.



Tebus Rm 150 E-wallet E-Belia Di Touch N Go


eBelia merupakan inisiatif oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian & Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Inisiatif ini bertujuan mempromosikan pembayaran tanpa tunai, meringankan beban perbelanjaan para belia. Selain itu ia menggalakkan para peniaga dan usahawan ke arah digitalisasi dengan menerima bayaran tanpa tunai.

Sha sebagai pengguna aplikasi Touch N Go e-wallet amat menyarankan penggunaan e-wallet ini kerana ia amat memudahkan. Kita dalam musim pandemik covid-19 yang masih belum selesai di negara ini, segala kemudahan yang dapat mengurangkan risiko kebolehjangkitan virus. Sebagai e-wallet no 1 di Malaysia, Touch N Go menggesa para belia Malaysia untuk sama-sama menjayakan inisiatif digitalisasi ini untuk meningkatkan jumlah rakyat yang mengamalkan transaksi tanpa sentuh dan selamat melalui penggunaan kredit eBelia sebanyak RM 150.

Siapa Yang Layak Untuk Tebus eBelia RM 150?


  • Warganegara Malaysia, berumur antara 18 hingga 20 tahun pada tahun 2021. Pendek kata siapa yang lahir pada tahun 2001 - 2003 layak menebus eBelia.

  • Pelajar Malaysia sepenuh masa di peringkat diploma atau SKKM4 dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar.

  • Rakyat yang telah muat turun dan lengkapkan "Pengesahan Akaun" dengan Touch N Go e-wallet.

Cara Penebusan E-wallet Touch N Go Bagi Pengguna Baru


  • Muat turun Aplikasi Touch N Go di telefon pintar masing-masing

  • Daftar Akaun Anda

  • Buat Pengesahan Akaun

  • Cara Tebus Kredit eBelia



Kredit eBelia Boleh Digunakan Untuk Apa ?


✅Pembayaran Runcit Di Kedai
✅RFID & PayDirect Di Pintu Tol
✅Pembayaran Dalam Talian, Tidak Termasuk Untuk Peniaga Luar Negara Seperti Taobao
❌Penghantaran Keluar Dari akaun E-wallet TNG anda
❌Pembayaran Untuk Bil, Pascabayar, Prabayar dan Kredit Game


Jadi pada adik-adik yang layak mendapat bantuan eBelia ini diharap dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya. Belilah barangan yang dapat memberi manfaat supaya objektif kerajaan dapat di capai bersama.

Post a Comment

7 Comments

  1. tetiba kita nak mengaku muda belia boleh tak? kahkahkah..

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada sesiapa yang sudah berjaya tebus

    ReplyDelete
  3. Ok nnt nak share dgn adik2 sepupu yg bujang2 belia tu. Rezeki diorg ni

    ReplyDelete
  4. Ok nak apply jap. Hihihi. Sedih tau

    ReplyDelete
  5. yang layak tu, bolehlah tebus. rugi tak tebus kan. nilainya banyak juga ni.

    ReplyDelete
  6. bestnyaa alhamdulillah rezeki buat adik2 smeua

    ReplyDelete
  7. Nak appy juga laa..tapi dah tak muda belia pulak hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi