Hot Posts

6/recent/ticker-posts

5 Tips Untuk Kawal Rasa Risau, Panik, Bimbang Dan Takut


5 Tips Untuk Kawal Rasa Risau, Panik, Bimbang Dan Takut | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sekarang ramai yang mengalami kebimbangan dan kegelisahan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebenarnya perkongsian ini adalah rentetan dari perkongsian Sha dengan klien yang sedang menjalani Program Pemulihan.  Ini adalah antara inisiatif Sha untuk terus memberi sesuatu kepada mereka dengan berkongsi apa yang bermanfaat kepada mereka sepanjang berada di rumah. Apa keresahan yang korang alami sekarang ini?

Hari ini saya nak kongsi dengan korang tips-tips untuk mengawal rasa risau, panik, bimbang atau takut. Supaya korang dapat kontrol diri masing-masing. Tambah pula sekarang kita kena duduk rumah, nak keluar suka hati untuk jalan-jalan hilangkan tekanan dah tak boleh.

Walaubagaimanapun korang tetap kena teruskan momentum kepulihan korang untuk berubah dan menjadi individu yang bebas daripada dadah.



Amal Dan Praktik 5 Tips Untuk Tenangkan Diri


1. Teknik Istighfar atau STOP


  • Ucap istighfar atau STOP secara tegas bila fikiran atau perasaan terganggu.

  • Bernafas dengan penuh, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.

  • Kendurkan bahu dan tangan

  • Kira mengundur 5,4,3,2,1 dengan tenang

  • Rehat sekejap, tenang

  • Ulang semula jika perlu



2. Teknik Relaksasi Untuk Kawal Pernafasan Dan Menenangkan Diri


  • Ambil kerusi dan duduk dengan selesa

  • Letakkan kakai anda secara mendatar di atas lantai

  • Kendurkan bahu ke bawah dan buka dada

  • Luruskan badan tanpa menyandar

  • Longgarkan pakaian di bahagian perut bagi memberi keselesaan

  • Tarik nafas menggunakan hidung, bukan mulut

  • Tarik nafas dalam kiraan dua, tahan sekejap dan hembus dalam kiraan 4 secara perlahan dan tenang

  • Ulang langkah di atas sebanyak 2 kali, kemudian rehat.


3. Menulis


  • Sediakan buku atau kertas

  • Tulis semua perkara yang merisaukan anda pada masa ini.

  • Pilih 3 perkara yang boleh lakukan sekarang untuk hilangkan risau

  • Bina pelan tindakan mudah setiap satunya

  • Tentukan siapa akan bantu anda lakukan perkara ini.

  • Lakukan perkara ini langkah demi langkah, 3 perkara ini.


4. Fokus


  • Menerusi teknik ini, anda perlu pilih satu atau dua aktiviti yang perlu dilakukan untuk membantu anda memberi perhatian penuh (fokus) kepada aktiviti ini dan melupakan atau alih tumpuan terhadap perasaan cemas, risau dan bimbang tadi.


5. Lakukan Solat Sunat

  • Ibadah solat merangkumi pelbagai aspek zikrullah seperti bacaaan ayat suci al-quran, doa, zikir, tasbih, takbir dan tahmid.

  • Berperanan mendidik jiwa ke arah kebaikan dan menjauhi kejahatan, memberi kepuasan dalam hati dan fikiran, membuang perasaan gelisah, melembutkan hati, memadam api kemarahan dan menanam sifat pemaaf.

Korang tengah rasa perasaan cemas, risau, panik atau bimbang tak sekarang? Biasanya keadaan ini boleh membuatkan rasa sesak di dada. Janganlah risau, ramai orang mengalaminya sekarang ini dengan keadaan negara sekarang.

Cubalah ikut 5 cara untuk menenangkan diri di atas. Manalah tahu dapat bantu korang buat masa ini. Semua ini penting untuk korang elakkan daripada terus teringat barang terlarang tu. Perasaan yang ada itu boleh menyebabkan korang RELAPSE, sebab itulah korang kena ada kemahiran untuk mengawal diri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Terima kasih.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bagua tips ni sha. Kebetutulan harini nak suntik vaksin ke 2. Memang jiwa perlu bertenang

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi