Makan Tengahari Di Teringat Lenggong, Hulu Perak Satu Talam Hanya Rm 20.00 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 1 september 2019 yang lepas suami Sha ajak bertolak lambat sedikit daripada biasa iaitu jam 8.00 pagi baru kami bergerak dari kampung. Mungkin suami tahu sudah lama Sha berniat untuk makan di sebuah kedai makan yang rakan sepejabat Sha ceritakan sebelum ini tetapi setiap kali kami lalu di kawasan ini kedai ini belum beroperasi jadi tak dapatlah Sha merasa makan di sini. Kedai makan Teringat Lenggong diberi nama terletak di kawasan Lenggong, Hulu Perak tidak jauh dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Apa yang menarik Sha ke sini adalah kerana hidangannya dengan menggunakan talam, lauk-lauk kampung dan makan sambil menghirup udara segar Tasik Raban.
Merayap juga nak cari kedai makan ni sebabnya capaian internet Sha tak dapat diakses di kawasan ini. Rupa-rupanya senang sahaja nak cari, ianya terletak di Dataran Tasik Raban itupun Sha dah terlepas barulah tengok belakang jadi Sha terperasanlah sebuah kedai yang ada pondok-pondok tepi tasik seperti yang kawan Sha ceritakan. Kami pusing balik pun tak nampak sangat kedainya kerana ianya agak kebelakang.
Memandangkan pelanggan agak ramai dan memang tempat duduk hampir penuh jadi kami berbahagi tugas, suami beratur untuk dapatkan hidangan talam jadi Sha dan anak-anak cari tempat duduk. Lepas dapat meja Sha terus ambil apa yang patut sendiri, sebabnya kedai ini konsepnya layan diri. Sha ambil nasi letak dalam baldi nasi, air satu jag bersama gelas dan ambil ikan bakar di tempat bakar ikan.
Suami Sha sempat snap sementara menanti giliran dapatkan dulang lauk pauk. Tak putus-putus orang datang ke kedai ini, memang meja selalu ada orang. Memandangkan pekerja agak kurang, Sha kemas sendiri meja..ahahaha..
Inilah talam yang dinanti-nanti selepas sekian lama encik suami beratur. Apa yang ada dalam ini? Semuanya masakan kampung.
Set 1 Talam :
1 jug air sirap
1 Mangkuk Nasi Putih
Lauk - Masak lemak belimbing buluh (ikan sungai/ ikan laut)
Ikan pekasam
Ulam-ulaman
Sambal belacan
Sambal kicap
Sayur kerabu atau pecal
1 ekor Ikan bakar
Sha tambah seekor ikan bakar lagi jadi tambah Rm 5.00. Korang kiralah Sha makan nasi tambah 2 kali, kuah masak lemak tu berebut dengan Abang Zaryth sampai licin mangkuk. Patutlah nama kedai dia teringat, memang teringatlah selepas makan. Cukup rasa dan pekat!
Tak dapat makan tepi tasik tapi tetap dapat merasai udara segar Tasik Raban ini. Sejuk mata memandang tasiknya yang bersih dan tenang. Ada tempat makan bersila ada tempat yang ada kerusi dan ada tempat meja panjang yang sesuai untuk keluarga ramai, makan macam kenduri kendara dah.
Muka masing-masing bila kenyang, apa lagi kita wefie tepi Tasik Raban dulu sebelum balik. Korang nampak tak jambatan belakang kami ? Itulah Jambatan Sultan Nazrin Shah yang selalu kami lalu lalang bila balik kampung. Bila lagi yea nak ulang datang makan sini lagi? Biasanya bila kami perjalanan balik dari kampung akan singgah makan dalam kebun getah di Warung Selera Kampung Bendang Panjang Kuala Kangsar sebabnya kena dengan waktu kami lalu di situ kedai makan ni dah buka.
Teringat Lenggong ini dibuka jam 11.00 pagi hingga 3.30 petang. Tapi masa Sha makan hari tu pukul 4.00 petang masih ada yang datang dan kedai ini terus beroperasi. Mengikut pekerja Teringat Lenggong ini khabarnya mereka akan berpindah lokasi tak lama lagi jadi korang kena tengoklah perkembangan di facebook page Teringat Lenggong sebelum pergi ke sini.
Teringat Lenggong ini dibuka jam 11.00 pagi hingga 3.30 petang. Tapi masa Sha makan hari tu pukul 4.00 petang masih ada yang datang dan kedai ini terus beroperasi. Mengikut pekerja Teringat Lenggong ini khabarnya mereka akan berpindah lokasi tak lama lagi jadi korang kena tengoklah perkembangan di facebook page Teringat Lenggong sebelum pergi ke sini.
20 Comments
wow sedapnya
ReplyDeletememang sedap Anum..huhu
DeleteUish.. konsep yang menarik.. Boleh dijadikan destinasi terjahan ini..
ReplyDeletekalau ke lenggong ke..ke gerik ke..ke kuala kangsar ke bleh singgah tau
Deletewah menarik ni. dah la harga murah, pastu suasana lak indah permai. syok ja ^_^
ReplyDeletememang macam kenduri dah kami..
Deletebanyak tu cuma rm20, kira murah sangat lah tu... boleh makan sefamily...
ReplyDeletelauk kampung yg simple2 mcmni mmg lagi berselera makan... tempat makan pun cantik
sha amik nasi terlebih tapi boleh habis..power takk
Deletebyk juga lauknya tu...
ReplyDeletetgk suasana dia pun tenang je...
memang cukup..ngam2 makan sefamily
DeleteKedai ni dekat je dgn kampung saya. Owner dia pun kawan mak saya. Memang sedap hehe :)
ReplyDeleteyekee... bestlah makan sini..puas hati
DeleteAritu cari jugak nak p makan tapi dah tutup. Takpe lah lain kali memang nak cuba
ReplyDeletehaa..jgn lambat2 marsha..3.30 ptg dh tutup tapi orang masih berduyun2
DeleteIni Restoran Tasik Raban tu ke atau restoran lain. Saya selalu singgah di restoran Tasik Raban jika balik Kelantan ikut jalan tu.
ReplyDeletebukan Restoran Tasik Raban kalau dari kuala kangsar kedai ini belah kiri..
Deletesedapnya .. tapi jauhnya dari tempat kita
ReplyDeleteMurahnya, RM20 untuk satu family, tapi jauhnya.
ReplyDeleteTerus akak rasa teringin tapi kena lepaskan pantang dulu bulan 10 nanti...
ReplyDeleteOkay.. yang ni serius nampak menarik dan akan masuk dalam wishlist siap-siap.
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi