Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ucapan Perpisahan Untuk Sahabat Perak Tengah

Ucapan Perpisahan Untuk Sahabat Perak Tengah | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Tarikh 9 Disember 2022 merupakan hari yang padat dengan majlis perpisahan. Untuk pengetahuan korang, lebih kurang 2 bulan Sha telah diarah tukar tempat kerja iaitu dari Perak Tengah ke Kinta. Pertukaran ini boleh dikatakan secara besar-besaran kerana hingga hujung tahun ini majoriti telah ditukar ke tempat baharu.

Setelah beberapa kali ditunda akhirnya hari ini majlis yang telah lama dirancang telah selamat dilaksanakan. Hari ini Sha bersama 10 orang lagi rakan yang bertukar dan ada juga yang bersara telah dirai dalam majlis penghargaan. Memandangkan Sha terlepas dari memberi ucapan perpisahan, jadi Sha ingin membuat ucapan secara bertulis di sini. 

majlis perpisahan


Ucapan Untuk Sahabat Seperjuangan Di Perak Tengah

Yang dihormati KD Perak Tengah, Ketua-ketua Unit dan rakan-rakan yang disayangi sekalian.

Mungkin ucapan sama sahaja dengan orang lain, tetapi yang nyata cerita kita berbeza.

Ucapan Terima Kasih

Pertama sekali Sha ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pada hari ini. Ini merupakan majlis perpisahan ketiga sepanjang 14 tahun perkhidmatan Sha bermakna sudah tiga kali Sha berpindah tempat kerja.

Mengimbas kembali 8 tahun dahulu, Sha hadir ke Perak Tengah tanpa kerelaan hati. Namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan Sha terpaksa memilih Perak Tengah sebagai tempat terbaik untuk Sha berkhidmat. Walaupun bermula dengan emosi yang agak tertekan, tetapi kerja yang diamanahkan wajib dilaksanakan.

Akhirnya masa jua mengubati emosi dan rasa sehingga tanpa sedar Sha berada di Perak Tengah sudah 8 tahun lamanya. 8 tahun merupakan jangka masa yang paling lama Sha berkhidmat di suatu tempat berbanding sebelum ini hanya 3 tahun sahaja.

Sebagai seorang yang bergelar perantau di negeri orang, selain suami dan anak-anak - rakan-rakan di pejabat adalah insan yang paling dekat dengan Sha. Maklumlah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, masa paling banyak kita habiskan masa kerja bersama berbanding masa dengan keluarga sendiri di rumah.

Ketua Dan Ketua Unit

Sha dahulukan ucapan terima kasih kepada Ketua dan Ketua-ketua Unit yang ada. Ada yang pernah jadi ketua unit dan ada yang tak sempat Sha kerjasama secara langsung.

------------------------------------------------------------------------------------

  • Di sini Sha ingin merakam ucapan Terima Kasih kepada Puan Huwaina, Ketua **** Perak Tengah yang banyak memudahkan urusan Sha sepanjang Sha berada di Perak Tengah. Puan Huwaina bukan sahaja berada dengan Sha untuk urusan kerja, tetapi banyak memberi bantuan dari pelbagai sudut peribadi.
Bersama Puan Nur Huwaina


Bukan tidak pernah kena marah, bukan tidak pernah kena tegur tetapi semuanya Sha terima dengan hati terbuka demi membaiki diri sendiri. Apa jua yang kita lalui bersama semuanya terpahat di hati.

----------------------------------------------------------------------------------------

  • Kepada Puan Intan, Ketua Unit yang sangat bertenaga dan positif. Terima kasih kerana banyak membimbing Sha dalam pekerjaan. Pernah bekerjasama dalam team pemulihan dan pencegahan. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati perjuangan Puan Intan dalam setiap pekerjaan.
ketua unit
Bersama Puan Intan Nafisah

Walaubagaimanapun, tidak kira unit mana Puan Intan ketuai Sha... Terima kasih kerana selalu menyokong idea dan hasil kerja Sha. Terima kasih selalu memudahkan kerja Sha dan memberi aura positif untuk Sha sehingga kini.

Paling terima kasih kerana selalu menjadi tukang makan nasi dagang Sha. huhuh...

--------------------------------------------------------------------------------------

  • Kepada Encik Adib pun sama, Terima kasih juga walaupun sempat satu unit sekejap sahaja tetapi selalu memudahkan urusan Sha dan selalu buat lawak hingga level Sha tak tahu nak gelak ke nak marah.. ahahahha..... 
Bersama Encik Adib & Puan Leani semasa bertugas sebagai LO

--------------------------------------------------------------------------------------
  • Kepada Puan Leani, walaupun kita tak pernah bekerjasama secara langsung dalam unit sama tetapi Sha tetap nak ucap terima kasih kerana sudi berkawan dengan Sha sepanjang kita bekerja dibawah satu bumbung. Terima kasih juga selalu berkongsi ilmu dan membantu Sha menjawab persoalan di Muka Buku.

Incaj Dan Rakan-rakan

Unit terakhir sebelum Sha bertukar

  • Tidak dilupa juga kepada incaj-incaj Encik Zeli, Encik Harmi, Encik Sharimi dan Encik Salimi. Terima kasih kerana menjadi incaj yang terbaik untuk Sha terutamanya yang kerja satu unit dengan Sha selama ini. Selalu ambil berat tentang kerja dan juga ada dengan Sha saat Sha memerlukan.
--------------------------------------------------------------------------------------

  • Seterusnya Sha nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang lain. Terutama yang bersama Sha sejak tahun 2015, terima kasih kerana selalu menghulurkan bantuan saat Sha memerlukan. Sama juga dengan rakan-rakan yang masuk ke Perak Tengah dalam tempoh 2 tahun ini.

  • Sebenarnya dalam ramai-ramai, yang Sha tak boleh say good bye kepada Hani Farina. Kita sama-sama masuk Perak Tengah, sekarang kita sama-sama keluar dari Perak Tengah. Sha harap sangat Hani dapat tukar tempat sama, tapi sayangnya ke lain pula. Terima kasih selalu layan perangai tak matang Sha..huhuhu..

Bersama Hani Farina

Maaf Sha tak dapat salam, peluk hang. Tak mampu rasanya tahan air mata ini daripada merembes keluar. Sha hanya mampu tumbuk manja, tolak hang .. Sungguh tak mampu walaupun Sha tahu kita boleh jumpa di Ipoh. Tapi belum tahu bila tahun dapat pillow talk dan lepak sama-sama.
--------------------------------------------------------------------------------------
  • Sebenarnya apa yang paling membuatkan Sha ingin ucapkan Terima Kasih kepada pegawai dan kakitangan Perak Tengah adalah di atas sokongan korang di saat Sha kehilangan kedua-dua orang tua Sha di kampung. Selain suami dan keluarga, Sha tak sangka ramai yang sudi mengambil berat - telefon dan mesej kata-kata semangat untuk Sha menjalani hari-hari dewasa Sha. Sha sangat menghargainya.

  • Syabas dan tahniah kepada yang mengambil tugas Sha iaitu Emma kerana meneruskan tugas dengan cemerlang. Sha percaya semua team baru dapat meneruskan perjuangan walaupun di mana kita berada.

Bersama rakan-rakan yang tukar masuk dan mengambil alih kerja-kerja

Mohon Ampun dan Maaf

Akhir sekali Sha ingin memohon ampun dan maaf atas kesilapan atau keterlanjuran kata dan sikap yang tidak menyenangkan sepanjang 8 tahun Sha berada di Perak Tengah. Kadang-kadang tak sedar sikap kebudakan-budakan masih ada, kadang-kadang baik kadang-kadang suka merajuk tak tentu pasal..huhuuhu

Jika Sha ada termakan tanpa izin makanan di pantry, mohon dihalalkan. Seterusnya jika ada hutang yang Sha tak sengaja lupa boleh hubungi Sha terus..huhuhu...


Penutup

Setakat ini sahaja coretan Sha untuk rakan-rakan sekerja Perak Tengah. Suka Sha ucapan semoga terus maju jaya walaupun dimana kita berkhidmat. Kerja kita bukan diukur dengan kuantiti tetapi kualiti yang ingin kita capai. Sentiasalah ingat bahawa kerja kita adalah ibadah yang akan membantu kita ke Syurga Allah nanti.

Serius Sha bersyukur kerana terlepas daripada membuat ucapan sebab Sha tak mampu pun buat ucapan pada semua. Nampak kuat tapi hati tisu sangat.


Hujan Turun Badan Pun Basah

Batang Galah Haluan Perahu

Niat Di Hati Tak Mahu Berpisah

Gelisah Pasrah Siapa Yang Tahu

-------------------------------------------------------------------

Memandu Kereta Waktu Pagi

Pergi Ke Kota Menghantar Longan

Harap Kita Bersua Lagi

Hilang Di Mata, Di Hati Jangan

Sekian, terima kasih pada semua.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi