Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jadual Peperiksaan SPM Tahun 2020

Jadual Peperiksaan Tahun 2020 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadualkan semuala peperiksaan bawah kendalian KPM. Penjadualan semula telah dibuat setelah meneliti keadaan semasa dan memastikan semua kurikulum mata pelajaran tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Memandangkan Sha mempunyai seorang adik iaitu adik bongsu yang akan menghadapi peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ini Sha juga perlu sensitive dengan keperluan dia terutamanya dalam keadaan PKP ini. Sepanjang PKP ini banyak kurikulum dijalankan secara atas talian sama ada menggunakan aplikasi whatapps dan telegram. Oleh itu, keperluan yang wajib ada di kampung adalah internet bagi memudahkan adik Sha mendapatkan segala maklumat daripada pihak sekolah. Berikut adalah tarikh peperiksaan SPM 2020 dan tarikh-Tarikh peperiksaan dibawah KPM.


Jadual Peperiksaan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)



Peperiksaan ini adalah melibatkan Peperiksaan Semester bagi Kolej Matrikulasi dan STPM 2020, SPMU 2020, UPSR 2020, PT3 2020, STAM 2020, SPM 2020, SVM 2020 dan program diploma dan ijazah perguruan Malasia.

Walaubagaimanapun sebarang pindaan jadual akan dimaklumkan kembali oleh KPM. Semua pelajar perlu sentiasa mengetahui perkembangan semasa. Kuatkan semangat dan gunakan medium atas talian anda sebaik mungkin sepanjang PKP ini. Perbanyakkan doa semoga covid-19 ini cepat berlalu pergi dan adik-adik dapatlah kembali ke sekolah untuk menuntut ilmu bersama rakan-rakan dan guru-guru tersayang. Selamat Menjalani Peperiksaan SPM 2020 buat Shafaezza.

Post a Comment

3 Comments

  1. Kesian pelajar2 yang nak menghadapi pereksa.
    Sekolah tutup manjang

    ReplyDelete
  2. Sekolah dekat sebulan tutup sebabkan PKP, banyak yg diorang kena catch up..

    Singgah blogwalking dari Biters :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi