Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Spaghetti Oglio Olio Mudah Dan Cepat

Resepi Spaghetti Oglio Olio Mudah Dan Cepat | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alahaii Shalimar, asyik nak resepi yang mudah dan cepat sahaja yea, malas masak ke? Aahhaahaa... Nak buat macam mana, tak nak masak lagi teruk kan? Lapar pulak suami dan anak-anak. Sebenarnya Sha sekarang cuba nak jaga waktu makan yang betul, jadi kena masak awal dan cepat laa itu yang perlukan menu yang ringkas sahaja. Target Sha setiap hari untuk makan malam adalah makan pada atau sebelum pukul 7.00 petang atau paling lambat jam 7.30 petang. Balik kerja sampai rumah pun paling tidak dalam pukul 5.30 petang, sampai-sampai rumah terus keluarkan lauk untuk nyah beku. Sambil lauk cair dan boleh di masak, Sha ambil masa untuk rehat dan tanya khabar suami dan anak-anak terlebih dahulu, kemudian Sha cuba curi masa untuk berbasikal lebih kurang 50 minit jadi dalam masa 2 jam selepas balik kerja Sha sepatutnya sudah siap menjamu selera untuk makan malam. Kali ini suami buat permintaan untuk masakan Spaghetti Oglio Olio, tetapi di rumah hanya ada Angle Hair kira jadi jugalah gantikan spaghetti. Tamat waktu kerja terus Sha singgah tesco untuk beli udang.

RESEPI SPAGHETTI OGLIO OLIO


1 paket spaghetti [ Sha guna jenama kimball sebab murah.. ehehee]
2 ulas bawang putih
15 ekor udang
3 stick isi ketam
10 biji tomato ceri
1/2 biji lada benggala
1 kiub pati ayam
Lada hitam
Daun parsley
2 sudu keju parmesan
Minyak Zaitun
2 keping cili kering

CARA-CARA MEMASAK SPAGHETTI OGLIO OLIO


1. Sementara menyediakan bahan-bahan untuk memasak kita rebus terlebih dahulu spaghetti dengan air, sedikit garam dan minyak masak.

2. Sha asingkan kepala udang daripada badannya, tetapi bukan untuk dibuang ya.

3. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih yang telah dicincang halus bersama cili kering yang telah digunting kecil-kecil. Jangan lupa masukkan kepala udang yang kita telah asingkan tadi tumis bersama.

4. Masukkan spaghetti yang telah siap direbus tadi,gaul kemudian masukkan semua bahan lain iaitu udang, isi ketam , lada benggala, tomato ceri, kiub ayam, lada hitam, daun parsley dan keju.

5. gaul sehingga semuanya masak dan sekata. Jika tidak cukup rasa boleh perasakan dengan garam dan juga gula.

Sha siap masak lebih kurang pukul 7.00 petang, jadi sempatlah bersiap mandi semua dan Abang Zaryth pun dah balik sekolah agama. Bila pukul 7.00 petang semua dah ada dalam rumah, jadi boleh makan seperti yang dijadualkan.

Ada satu cerita, bila ceduk-ceduk spaghetti oglio olio kita suami Sha datang tanya kenapa lain? bukan ke sepatutnya ada kuah putih? Rupa-rupanya suami Sha salah buat permintaan, dalam kepala dia teringin nak makan spaghetti karbonara bukannya oglio olio. Nampaknya kena tunggu permintaan lain kalilah untuk Spaghetti Karbonara ya sayang. Yang ini kita makan dulu sampai habis, nasib baik bertambah juga keluarga Sha makan. Alhamdulillah.

Post a Comment

5 Comments

  1. Sedap ni sha😋😋😋😋

    ReplyDelete
  2. wah meriah dengan seafood. confirm sedap ^_^

    ReplyDelete
  3. Nampak senang untuk masak ni... nak cuba dah

    ReplyDelete
  4. sedap akak pun suka tapi aiyan lak tak minat sebab agak kosong je kan

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi