Hot Posts

6/recent/ticker-posts

10 Alat Dapur Wajib Ada Yang Memudahkan Kerja

10 peralatan dapur yang menarik

Kita bakal meyambut tahun baru 2023 dan kita perlu membuat persediaan menyambut Bulan Ramadan yang bakal tiba pada bulan Apri nantil.

 

Bagi yang nak nak renovate rumah atau upgrade dapur, saya telah mengemaskinikan senarai 10 peralatan dapur yang menarik dan berguna.Semoga bermanfaat buat rakan-rakan sekalian.

 

10 peralatan dapur moden yang memudahkan kerja

 

#1 Air Fryer

 

Saya percaya bahawa air fryer tidak lagi asing bagi korang semua. Air fryer boleh menggoreng dan memanaskan makanan dengan menggunakan peredaran udara panas tanpa memerlukan minyak. Dengan itu, makanan lebih sihat dan berkhasiat.

Saiz air fryer yang kecil juga bagus untuk ruang dapur sempit kerana tak memakan ruang. Dan dapur kelihatan lebih kemas.

 

 

#2 Water Filter

water filter

Banyak orang yang menggunakan water filter brand Coway dan Cuckoo. Tetapi, kedua-dua brand ni perlu bayar tiap-tiap bulan. Pada pendapat saya, kita patut membeli water filter yang bayar sekali dan boleh menukar filter sendiri. Ia lebih murah dalam jangka panjang.

Menurut review water filter ini, antara brand yang berbaloi adalah Aquasana. Ia telah menerima pelbagai pengiktirafan dari NSF (US).

 

#3 Freezer


Apabila menjelang bulan puasa, kita menyimpan lebih banyak bahan-bahan masak extra di rumah. Jadi, dengan adanya freezer kita boleh menyimpan daging dan ikan frozen. Ia boleh menjamin makanan frozen anda disimpan dengan baik.

#4 Dishwasher

Dishwasher masih tidak biasa di Malaysia tetapi ia amat memudahkan kerja. Dengan adanya dishwasher, ibu-ibu tidak perlu lagi berpenat membasuh pinggan mangkuk selepas makan. Boleh masukkan semua tu dalam dishwasher dan layan TV.

#5 Pressure Cooker


Pressure cooker boleh memasak dengan cepat, terutamanya memasak sup atau manisan. Ia boleh memasak berkali ganda cepat daripada menggunakan dapur gas. Selain itu, vitamin dan mineral dalam makanan boleh dikekalkan dengan lebih baik kerana masa masak yang lebih singkat.

 

 

#6 Induction Cooker


Sekiranya anda masih memakai dapur gas, saya galakkan anda mula mencuba induction cooker. Sekarang induction cooker sudah amat murah, dan ia tiada risiko kebocoran gas ataupun letupan tong gas. Anda juga tidak perlu risau gas habis ataupun kena standby tong gas extra.

 

#7 Stand mixer


Ramai yang membuat kuih dan biskut apabila menjelang Hari Raya. Stand mixer adalah alat dapur yang wajib ada bagi orang yang suka baking. Ia boleh menjimatkan banyak masa dan tenaga. Dan ia lebih berkuasa dan bertahan dari handmixer.

 

#8 Coffee Machine


Coffee machine makin popular di Malaysia kerana ramai yang work from home. Sekiranya anda tidak pasti mana jenis coffee machine yang patut beli, boleh membaca artikel ini dulu. Anda boleh menikmati coffee yang asli dan kaw-kaw setiap pagi, tidak perlu lagi membeli Starbucks.

 

#9 Food Steamer


Pada zaman kini, ramai orang sudah menyedari kepentingan untuk menjaga kesihatan dari muda. Selain bersenam, sebenarnya diet yang betul adalah yang sangat-sangat penting. Dan antara cara memasak yang paling sihat adalah steam/mengukus. Anda boleh menggunakan food steamer untuk memasak nasi, ikan, ayam, daging, dan sayur-sayuran tanpa menggunakan minyak.

#10 Rice cooker moden


Rice cooker yang moden berbeza dengan rice cooker biasa. Ia boleh memasak nasi dengan sempurnac, berderai dan sedap. Anda tidak perlu risau nasi menjadi hangus di keliling.

 

 

 

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi