Lagu Jalan Pulang Nyanyian Ameng Spring Mempunyai Maksud Mendalam

Lagu Jalan Pulang Nyanyian Ameng Spring Mempunyai Maksud Mendalam | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Sha sempat menonton sebuah rancangan RTM, macam biasa memang jenis tukar-tukar rancangan sampai jumpa yang berkenan dihati. Jadi Sha pun tersangkut pada sebuah rancangan tv tentang perngorbanan sempena Hari Raya Aidil Adha yang baru sahaja berlalu. Di dalam rancangan muzikal terbabit ada 3 orang artis sebagai jemputan iaitu Ameng Spring, Ziana Zain dan Siti Nordiana.

Artis yang paling menarik perhatian Sha pastinya Ameng Spring walaupun ada disitu penyanyi kesukaan Sha iaitu Ziana Zain. Tapi mungkin kisah hidup Ameng lebih menarik untuk Sha ikuti. Di dalam rancangan itu lagu-lagu terbaik daripada Ameng dipaparkan. Sebuah lagu yang bertajuk "Jalan Pulang" sangat menyentuh hati. Seperti yang kita sedia maklum Ameng pernah berada dijatuhkan hukuman penjara pada April 2011 akibat najis dadah.

Kenangan Ketika Perasmian PUSPEN Seri Iskandar pada 24 September 2020

Ameng telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun dan 10 sebatan. Walaubagaimanapun Ameng mendapat pembebasan awal pada tahun 2016 atas kelakuan dan disiplin cemerlang sepanjang berada di penjara. Lagu Jalan Pulang ini letak ditulis liriknya oleh Habsah Hassan dan merupakan hak cipta Jabatan Penjara Kluang Johor dan Orange Music Zone (M) Sdn Bhd.


Lirik Lagu Jalan Pulang - Ameng


Saat-saat bersendirian
Ku dihambat sejarah hitam
Dalam nikmat melimpah ruah
Ku tersesat jatuh ke lembah
Bukan salah persekitaran
Bukan salah rakan dan taulan
Bukan jiwa seniku ini
Penyebab ku tersungkur begini
Silapnya hati dan diri (dan diri)
Yang tak tahu menghargai
Tak pernah mensyukuri
Rahmat anugerah Illahi
Sekian lama aku menjauhimu
Selama itu juga ku teralpa
Tika diragut tuah diganti musibah
Sakitku dan perihku hanya Tuhan yang tahu
Pada-Nya ku bersujud dan mengadu
Bukan salah persekitaran
Bukan salah rakan dan taulan
Bukan jiwa seniku ini
Penyebab ku tersungkur begini
Sekian lama aku menjauhimu
Selama itu juga ku teralpa
Tika diragut tuah diganti musibah
Sakitku dan perihku hanya Tuhan yang tahu
Pada-Nya ku bersujud dan mengadu
Dalam nikmat melimpah ruah
Ku tersesat jatuh ke lembah
Namun Tuhan maha penyayang
Memanduku ke jalan pulang
Memanduku ke jalan pulang
Memanduku ke jalan pulang

Maksud Lagu Jalan Pulang


Lagu Jalan Pulang bagi Sha amat mendalam bagi seorang insan yang pernah terbabas daripada landasan kehidupan. Tambah pula Ameng mempunyai pengalaman yang lama di dalam penjara, yang mana bukan hanya tempat menjalani hukuman tetapi tempat untuk memperbaiki diri. Lagu ini juga suka Sha kongsi bersama klien-klien Sha yang juga terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Melalui lirik lagu Jalan Pulang ini juga menyingkap realiti bahawa, kesalahan diri tidak boleh diletakkan pada orang sekitar juga rakan-rakan. Semuanya terletak pada diri sendiri untuk mengatakan tidak pada bahan terlarang. Begitu juga dalam pemulihan dadah, semuanya perlu datang daripada diri sendiri dan orang sekeliling juga keluarga pemberi sokongan sahaja.

Kepulihan Sepanjang Hayat


Untuk pengetahuan korang, seseorang yang pernah terlibat dengan dadah dan telah pulih sangat memerlukan sokongan orang tersayang. Kenapa? Ini sangat penting kerana mereka akan menjalani kepulihan sepanjang hidup mereka, jadi jangan biarkan mereka terjebak kembali. Dalam proses kepulihan, bekas penagih dadah perlu mengelak trigger juga relaps bagi menjaga step kepulihan mereka.

Post a Comment

0 Comments