Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Cucuk Vaksin Sinovac Dos Pertama

Pengalaman Cucuk Vaksin Sinovac Dos Pertama | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini Sha cuma nak simpan kenangan semasa hari Sha dicucuk vaksin dos pertama. Hari sebelum Sha ada mengikut petua kawan-kawan untuk dapat vaksin cepat iaitu melalui helpdesk mysejahtera. Keesokkannya dalam waktu rehat tengahari rakan sepejabat Sha maklum dia dah dapat tarikh vaksin. Jadi Sha tak puas hati Sha pun semak mysejahtera Sha dan Sha pun dapat tarikh temujanji. Pada firasat Sha, admin mysejahtera belum sempat baca mesej Sha pun..huhuhuh... Sha dapat temujanji vaksin melalui jabatan Sha, yang mana ini batch kedua dan terakhir. Kalau korang nak tahu, bulan Mei kawan-kawan pejabat Sha ramai dah lengkap dos vaksin, jadi tinggallah baki Sha dan kawan-kawan yang belum.

Pengalaman Cucuk Vaksin Sinovac Dos Pertama

Waktu temujanji Vaksin

Bila korang semak mysejahtera, disana akan keluar tarikh, waktu dan tempat untuk korang ambil vaksin korang. Sha mengambil dos pertama vaksin Sha pada 07 Julai 2021 hari Rabu, dengan waktu temujanji adalah jam 12.00 tengah hari. Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan adalah mengikut kawasan Sha bekerja iaitu di Dewan Serbaguna Daerah Perak Tengah.



Sha ke PPV dalam 10 minit awal sebelum jam 12.00 tengah hari. Agak terkejut kerana khemah padat dengan orang dan lagi terkejut kerana rakan sepejabat yang waktu temujanjinya lebih awal daripada Sha masih belum masuk ke dewan. Pihak keselamatan yang bertugas pun agak sibuk kerana katanya hari ini ramai berbanding sebelumnya. Yang paling tak best bila yang ada hadir terlalu awal tidak mengikut waktu temujanji. Faham sahajalah bila jadi keadaan macam ini, maka adalah yang terlepas pandang seperti rakan Sha sebelumnya. Bayangkan dia datang awal sejam sebelum Sha, Sha yang mendapat nombor giliran terlebih dahulu.


Pada jam 1.00 petang Sha mendapat nombor giliran dan mula masuk ke perkarangan dewan. Ketika dihadapan dewan kami diminta untuk duduk dan mendengar sedikit taklimat dan mengisi borang. Kami dipanggil masuk ke dalam dewan selepas kerusi di dalam dewan ada tempat kosong. Bila masuk sini barulah lega, tak berhimpit dengan orang ramai.

Bila masuk ke dalam dewan, kami ditempatkan di bahagian saringan dengan sukarelawan bertugas. Di kaunter ini, diaorang tanya setuju atau tidak untuk ambil vaksin. Sha tak pasti dieorang update apa dalam sistem, cuma tanya kerja apa sahaja. Mungkin update mysejahtera, sebab sebelum datang ppv orang duk pesan supaya biar bateri telefon banyak sebab kita kena update mysejahtera. Tapi bila Sha datang, telefon hanya guna untuk scan check in mysejahtera sahaja.





Sesi Kaunseling Bersama Doktor


Selepas siap kaunter sukarelawan, Sha beralih ke bahagian kaunter untuk kaunseling bersama doktor bertugas pula. Kaunter kaunseling ini doktor akan tanya lebih tentang sejarah kesihatan kita, tanya sama ada kita hamil atau tidak. Siap tanya bila last period, risau takut kita tak tahu kita mengandung kan. Soalan biasa mestilah mereka nak tahu kita adalah alahan apa-apa tak terutama dengan ubat. Ketika dengan doktor inilah korang nak cerita apa pun pasal kesihatan supaya pihak mereka maklum. Masa doktor tanya Sha bila last period, salah pula bagi tarikh tapi nasib baik tak jauh beza..hihihi

Selepas kaunseling dengan doktor, terus hantar borang dengan kad pengenalan ke kaunter bilik suntikan. Alhamdulillah dekat PPV Seri Iskandar Perak ini mereka buat bentuk bilik-bilik jadi tak ada masalah nak jaga aurat dengan orang sekeliling, hanya ada kita dan jururawat sahaja. Bila sudah pada tahap ini lajulah sikit berbanding nak menunggu untuk masuk tadi.

Alhamdulillah, masa cucuk memang tak rasa apa jauh rasa sakit. Selepas cucuk, kita akan diminta untuk ke ruang pemantauan. Dalam 30 minit sahaja dipantau, Sha dipanggil untuk sedikit penerangan jika apa-apa kesan selepas balik nanti. Kesan cucuk vaksin pertama bagi Sha tak ada apa-apa, rasa lenguh pada bahu tu biasalah. Jadinya Sha cucuk vaksin pada hari tu adalah pada jam 3.00 petang.

Pesanan Untuk Bakal Divaksin


Pastikan sebelum korang pergi ke PPV dengan perut berisi. Kalau nasib siap cepat Alhamdulillah, kalau nasib macam Sha memang kelaparanlah sepanjang di dalam dewan. Selepas dapat kad temujanji dos kedua, Sha keluar dan bergambar sekeping dua sebagai kenagan terus ke kereta untuk gerak mencari makan.

Pakai pakaian yang mudah untuk kita disuntik. Zaman sekarang pun banyak blaus dicipta khas ada lubang di bahagian bahu. Tapi zaman ini juga zaman berjimat, jadi kita pakailah yang longgar-longgar. Macam Sha, Sha pakai baju t-shirt lengan pendek dengan handsock jadi mudahlah kita nak angkat lengan baju.

Pastikan bateri telefon banyak. Kalau rasa bateri telefon tak ok, cepat habis bateri boleh sediakan powerbank. Bukan apa, kalau cepat Alhamdulillah kalau terkena macam Sha 3 jam dekat PPV mestilah bosan kan, kurang-kurang dapat mesej kawan-kawan atau main game dan belek media sosial.

Bila ke PPV, jangan lupa bawak adab dan kesabaran. Bukan apa, baru sampai Sha dah mula dengar rungutan walhal dia baru sahaja sampai. Orang lain yang lebih awal sampai pun tak ada bising sangat. Fahamilah petugas dan sukarelawan yang ada, mereka pun penat ke sana ke sini nak layan kerenah masyarakat lagi. Sabar sahajalah.

Jangan Takut Vaksin


Korang yang belum daftar untuk vaksin, silalah daftar sekarang. Dengan vaksin kita bukan sekadar menjaga diri kita tetapi juga menjaga orang lain. Mudah-mudahan kita dilindungi daripada kemudaratan selalu.

Post a Comment

7 Comments

  1. tips tu bagus tu. Haha kalo tak boring ya amat menunggu.

    ReplyDelete
  2. Saya pulak, awal-awal lagi charge phone bagi penuh, sebab jenis tak suka nak bawak powerbank.. hihihi

    ReplyDelete
  3. tahniah !
    aida da pun complete 2 dos.
    sesama la kita cegah covid ni kan.
    akhirkan pandemik ni.
    kita bakal hidup normal semula :)

    sudi tak nak exchange bloglist #Biters:
    https://www.adianiez[dot]com/2021/07/link-exchange-creating-long-term-loyalty-friendships.html

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Tahniahhhhh
    Ain masih menunggu huhu

    ReplyDelete
  5. tahniah sha dah selesai vaksin ye. mama jumaat ni

    ReplyDelete
  6. Tahniah dan alhamdulillah dh dpt

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah tak ada kesan sampingan yang teruk.. Sha setuju dengan apa yang Sha kongsikan.. Adab dan kesabaran tu penting.. Petugas yang bertugas penat, kita yang datang perlulah bersabar dan jaga adab..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi