Resepi Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baru-baru ini teringin betul nak makan masak lemak ketam. Lama benar rasanya tidak makan ketam. Kenapa lama? Sebab dalam rumah ni Sha sorang sahaja yang makan ketam, maklumlah nak makan ketam sedikit rumit berbanding lauk lain. Jadi Sha akan beli ketika teringin sangat.
Suami Belanja Beli Ketam
Jadi apa lagi, kita pujuklah suami untuk belikan ketam. Tapi itulah, suami Sha kalau minta benda yang dia tak makan lambat sikitlah dapat kecuali kalau mintak McDonald's memang laju dia keluar beli..ehehehe.. Hari sebelum PKP diumumkan Sha sempatlah keluar beli barang dapur sebelum orang lain menyerbu supermarket yang ada. Sebelum keluar rumah suami hulur kad bank, untuk beli barang rumah. Memandangkan suami dah bagi belanja, Sha pun belilah ketam 3 ekor. 3 ekor je? Cukuplah untuk Sha sorang makan, kalau ada pun suami ambil sebelah ekor.
Beli Sayur Paku Rawan
Apa itu paku rawan? Sebenarnya Sha mula makan paku rawan ini dalam 3 tahun lepas di sebuah kedai makan popular di Lenggong, Perak. Sejak dari itu, barulah Sha berani nak beli sayur ini. Maklumlah selama membesar tak pernah jumpa sayur ini di kampung, bila dah pindah Perak adalah beberapa sayur baru yang Sha kenal.
Selepas membeli paku rawan, Sha teringin nak masak cara lain selain hanya rebus dan buat cicah budu. Oleh kerana suami dah belanja ketam, Sha ambil keputusan untuk masak lemak paku rawan sekali dengan ketam yang ada.
Resepi Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan
Akhirnya bersatulah Masak Lemak Ketam Dengan Masak Lemak Paku Rawan di dalam periuk. Alhamdulillah, ketam dan paku rawan dapat berkawan baik dan menghasilkan lauk makan tengahari Sha yang menyelerakan. Memandangkan anak-anak tak makan ketam, Sha masakkan sardin untuk mereka.
Bahan-Bahan Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan
- 3 ekor ketam
- Seikat Paku Rawan
- 2 cawan santan pekat
- 2 biji bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1 inci kunyit hidup*
- 6 biji cili hijau*
Cara-cara memasak Masak Lemak Ketam Dengan Paku Rawan
6 Comments
Oh begitu rupanya paku rawan .
ReplyDeleteDi Perak ni orang panggil sayur itek. Di Kelantan, especially di kampung saya, kami panggil keladi senduk.
ReplyDeletePaku rawan tu kalau di Sabah dipanggil genjer.
ReplyDeleteFirst time kita tau pasal paku rawan ni.. N first time tgk rupa sayur ni
ReplyDeletepaku rawan, 1st time dgr tu, timm pun dpt mkn ketam minggu lepas, mkn mmg sedap, tapi nk kupas tu adoi malasnya..hihi..
ReplyDeletesalam singgah
ReplyDeletepaku rawan kalau arwah mak celur dan suka cicah dgn air garam@ samabal
ingat dulu2 suka petik ni dkt bendang, nak ke kebun tu mesti cari paku ni dulu
tp sis tak mkn he hee petik utk mak
Terima Kasih Daun Keladi