Powered by Blogger.

Tuesday, December 22, 2020

Cara Semak Nombor Akaun Atau Nombor Telefon Scammer Secara Online

2 comments
Elak Kena Tipu Dengan Semak Nombor Akaun Atau Nombor Telefon Scammer Secara Online | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sudah lama wujud isu scammer di negara kita tetapi ianya masih berleluasa hingga kini. Bukan hanya scammer semakin ramai, malah mangsa juga masih ramai yang terkena. Apakah yang perlu kita buat jika mendapat panggilan atau mesej daripada orang tidak dikenali? Pastikan diri kita tidak mengelabah terlebih dahulu dan berfikir dulu sama ada kita memang ada kes seperti yang pemanggil katakan.

Kita perlu sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak terlalu mempercayai orang luar. Jangan mendedahkan pengenalan diri kita pada umum, di media sosial misalnya. Perkara sebegini membuka peluang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sha banyak membaca perkongsian rakan-rakan di media sosial tentang pengalaman mereka mendapat panggilan daripada scammer dan menceritakan jalan cerita yang hampir sama. Dan paling mengejutkan mereka tak rasa bersalah walaupun mereka kantoi menipu.

Cara Semak Scammer Secara Online





Satu laman web telah disediakan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia. Laman web ini telah dibangunkan untuk membantu rakyat Malaysia mengesan scammer melalui nombor telefon atau melalui nombor akaun yang diberi.

Pertama sekali kita perlu melayari https://ccid.rmp.gov.my/ atau google semak mule pdrm. Di sini kita akan nampak ruangan untuk memasukkan nombor telefon atau nombor akaun yang korang rasa curiga.
 

Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM)

 
 

 
Jadilah pengguna yang bijak dengan menggunakan kemudahan yang pihak PDRM sediakan ini. Di dalam laman web ini korang boleh pilih sama ada ingin menyemak menggunakan akaun bank atau nombor telefon. Jangan lupa masukkan terlebih dahulu capcha yang keluar.

Tidak salah jika kita sentiasa beringat untuk mengelakkan kita di scam. Jika carian korang tidak mempunyai report, korang diingatkan supaya berhati-hati juga.

2 comments:

  1. jenayah plg menyampdah didunia. .scammer dan
    Pedophile

    ReplyDelete
  2. aduhai.
    semakin hari, semakin maju, semakin ramai diorang ni.
    aneka jenayah yg diorang buat!
    menakutkan!

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi