Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sedap Menggunakan Sos Kimball | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baru-baru ini Sha sempat menyediakan bekalan untuk keluarga Sha bersarapan sebelum keluar bekerja. Sha menyediakan masakan kegemaran Sha sekeluarga iaitu Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah. Untuk kali ini agak istimewa sedikit kerana bahan-bahan yang Sha gunakan berlainan dengan resepi ayam masak merah sebelum ini. Apa yang istimewa sangat tu? Kali ini di dalam resepi ayam masak merah Sha menggunakan Sos Spageti Kimball. Lain dari yang lain bukan?
Baru-baru ini Sha menerima satu kejutan daripada Kimball Malaysia dan Sha sangat teruja. Mana tak seronoknya, Sha memang pelanggan setia sos Kimball sejak masuk dapur. Kimball adalah jenama tempatan yang diperkenalkan pada tahun 1970-an. Pada Sha sos Kimball amat sesuai untuk digunakan untuk memasak lauk berbanding sos jenama lain dipasaran. Hal ini disebabkan oleh rasa dan teksturnya yang kena dengan masakan kita.
Patutlah Kimball menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia tak kira lapisan masyarakat. Sos Kimball dibuat dengan bahan berkualiti tinggi mengikut garis panduan pengeluaran yang ketat, produk Kimball adalah bertaraf antarabangsa dan terkenal dengan konsistensi rasa sejak diperkenalkan. Kalau korang nak tahu, Kimball kini mempunyai rangkaian produk yang lain seperti pasta kering, sos pasta, mayonis, kacang kuda dan kacang parang. Memang banyak pilihan sungguh sekarang. Yang paling penting produk Kimball mempunyai kelulusan HALAL.
Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sedap Dan Mudah Menggunakan Sos Kimball
Jika kita cari dan belajar resepi nasi tomato pastinya kita akan jumpa pelbagai jenis dan cara memasak. Jadi untuk kali ini Sha ingin berkongsi resepi nasi tomato dan resepi nasi ayam masak merah yang agak berlainan bagi Sha tapi sedap. Alhamdulillah semalam dapatlah berjimat sebabnya Sha bajet masak cukup untuk sarapan dan juga makan tengahari. Paling puas hati dapatlah makan nasi tomato dengan rasa macam makan di restoran walaupun kita masak sendiri.
Menggunakan
sos Kimball yang ada dapatlah Sha siapkan bekalan makanan ke pejabat
dan bekalan untuk anak-anak ke rumah pengasuh. Maklumlah semua sos yang
ada sangat membantu Sha menyediakan masakan dengan lebih sedap dan mudah
seperti di restoran. Ok, di sini Sha kongsikan resepi nasi tomato dan
resepi ayam masak merah versi Kimball Malaysia
Resepi Nasi Tomato
3 cawan beras
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak sapi/planta
2 sudu besar minyak masak
1 batang kayu manis
2 bunga cengkih
2 bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/2 susu cair
2 sudu besar tomato puri Kimball
3 helai daun pandan
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil gula
Cara-cara masak nasi tomato
Bersihkan beras di dalam periuk nasi.
Sementara itu di atas dapur, panaskan minyak masak dan minyak sapi. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
Di dalam periuk masukkan air, susu cair, tomato puri, garam, gula dan daun pandan.
Bila tumisan dah berbau wangi, tuangkan semuanya di dalam periuk nasi dan kacau.
Masak seperti biasa.
Resepi Ayam Masak Merah
Bahan-Bahan Ayam Masak Merah
500g kepingan ayam
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan Sos Spageti Tradisional Kimball
3 sudu besar Sos Kimball
3/4 -1 cawan air
3 sudu besar minyak, untuk menggoreng
Garam, gula seckupnya
Bahan-Bahan Kisar
2 cili merah, dibuang biji
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
3 buah keras
50 ml air
Cara-cara Memasak Ayam Masak Merah
Lumur ayam dengan serbuk kunyit dan garam
Panaskan minyak dalam pan
Gorengkan ayam hingga separuh masak dan ketepikan.
Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak
Masukkan Sos Spageti Tradisional, Sos Cili Kimball, ayam dan air.
Tutup dan masak hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
Perisakan dengan garam dan gula.
Macam mana? Sama tak dengan resepi ayam masak merah yang korang biasa masak kat rumah tu? Kalau tak sama, korang boleh cuba resepi nasi tomato istimewa menggunakan sos kimball yang sedap ini. Nanti masak nasi tomato jangan lupa untuk buatkan acar timun batang supaya hidangan korang lebih lengkap.
Kalau korang nak tahu, bukan setakat resepi ayam masak merah sahaja yang istimewa bersama Kimball tapi banyak lagi resepi lain. Untuk lebih banyak resepi yang menarik, korang boleh terus ke https://kimball.com.my/recipe.html . Kat sana kita boleh rujuk apa masakan yang boleh dimasak menggunakan sos kimball yang ada. Korang jangan risau, memasak di rumah dengan Kimball rasa sama seperti masakan di restoran. Dengan Kimball, Kompem Gaya Malaysia.
Untuk lebih lanjut tentang produk-produk Kimball yang lain korang boleh mengunjungi :
#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia
7 Comments
selalu mmg klu masak dekat ruma pakai kimball sbb sedap
ReplyDeleteSedaplah nasi tomato dengan Ayam Masak merah. Boleh la try resipi nanti..lama x masak nasi tomato.
ReplyDeletetak pernah lagi masak nasi tomato. Nampak macam menarik resepi yang Sha kongsikan. Ok nnt nak try masak nasi tomato ni.
ReplyDeleteYa Allah tengah malam ternampak nasi tomato....acaner nak tidur ni..nampak sedap tu Sha.
ReplyDeletesedap ka nasi tomato ni? sy belum pernah makan lagi apatah lagi masak hehe
ReplyDeletefuhh menu dia mcm menu raya yer.. lama nauuu tak makan nasi tomato & ayam masak merah.. kena ada mood rajin nak masak baru leh buat.. hehehe. produk kimball besttt
ReplyDeletewow. one of the ingredients for masak merah is sos bolonis?
ReplyDeletetak pernah lagi. satu kelainan ni.
normally aida just guna resepi tradisional jer, ciliboh :)
and, sos kimball memang sedap.
aida pengguna tegar jenama kimball ni.
Terima Kasih Daun Keladi