Jom Majukan Diri Dengan Menyerati Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Waktu rehat petang tadi Sha sempat bersembang dengan rakan sekerja tentang perniagaan kecil masing-masing. Kami berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu didada. Masing-masing memasang azam untuk lebih maju pada tahun 2021 berbanding sekarang. Tahun baru 2021 bakal menjelma tidak lama lagi. Sejujurnya Sha tidak menetapkan sebarang target untuk perniaagan yang baru Sha mulakan sebulan yang lalu. Sedar untuk berniaga kita perlukan ilmu perniagaan, strategi yang baik, sistem sokongan, ilmu marketing dan macam-macam lagi.
Melihat kejayaan rakan-rakan bergelar usahawan sangat memberi kesedaran kepada Sha bahawa masa tidak akan menunggu kita. Banyak contoh yang bermula dari bawah kini menjadi pembimbing orang lain untuk berjaya. Cemburu! Tetapi kita ambil apa yang mereka positif dan belajar. Apa yang mereka buat menjadi persoalan. Jadi untuk mencari persoalan bagaimana mahu mencapai kejayaan seperti orang berjaya lain marilah kita belajar meguasai marketing. Macam mana nak majukan diri? Jom tengok apa yang kita boleh buat.
Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing
Rakyat Malaysia rasanya sudah terbiasa dengan nama sebuah syarikat penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia. Syarikat ini dikenali
dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran iaitu RichWorks
International Sdn Bhd.
Sepanjang
12 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari
10,000 syarikat menerusi Master Coach Datuk Wira Dr Azizan Osman, yang
menarik lebih daripada 1.1 juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan
seminar. Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program
mentoring, mereka membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan
yang berjaya dalam tempoh 6 - 24 bulan.
Amat bersesuai dengan Visi
RichWorks iaitu menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta
pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan
results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian -
RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di
seluruh dunia.
Paling menarik sebanyak
777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS)
dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah
menjana jualan lebih RM2 bilion pada tahun ini.
Meskipun
dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS
tersebut yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466
usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan
keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu.
Percayalah, kejayaan tidak akan dicapai walaupun kita mempunyai modal yang banyak tetapi tidak bertindak. Selain sokongan daripada orang sekeliling, yang paling penting adalah diri kita sendiri sama ada memilih untuk berubah atau tidak. Kata-kata positif amat diperlukan untuk meningkatkan semangat dan membuang rasa takut juga ego dalam diri sendiri. Seterusnya percaya pada diri sendiri dan teruskan perjuangan.
Untuk membangkitkan semangat ingin berjaya dan inginkan perubahan kita perlulah berani mengambil langkah. Melihat daripada rekod RichWorks Sha percaya hasil latihan dan bimbingan
disediakan RichWorks terbukti dapat membantu usahawan-usahawan agar
bisnes terus berkembang dan menyaksikan peningkatan jualan walaupun
dalam apa jua keadaan.
Mentoring Spire selama
12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu
mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga
1 tahun. Apatah lagi, setakat hari ini saja seramai 207 usahawan yang menyertai Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka.
Bagi
Program Mentoring Titanium, ia juga selama 12 bulan yang mana mereka
bukan saja mendapat ilmu dan bimbingan daripada MenThor, Datuk Wira Dr.
Azizan Osman malah mendapatkan kepastian dalam membuat keputusan.
Sehubungan itu, RichWorks akan menganjurkan Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari untuk membantu usahawan atau bakal usahawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.
Sejak RichWorks beroperasi, mereka juga telah membantu lebih 1,100,000 (1.1 juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik. Perjuangan mereka selama 12 tahun dalam melatih dan membimbing PKS terbukti dalam membina usahawan daripada Zero to Million! Dan diteruskan perjuangan ini dengan Program Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing ini.
Pihak RichWorks percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan step-up untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes berkali-kali ganda.
Dengan ini, RichWorks International bersama Pengasas Datuk Wira Dr.Azizan Osman ingin bantu mereka yang bergelar usahawan atau bakal usahawan yang komited untuk Formula Gandakan Sales serta pendapatan mereka bermula dari ZERO sebab misi mereka adalah melahirkan lebih ramai Usahawan Jutawan bermula dari Zero ke Million untuk tahun 2021.
Sejak COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma.
Inisiatif ini untuk bantu mereka yang terkesan dengan krisis pandemik seperti COVID-19 serta sepanjang Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia tahun ini. Kami telah bantu ramai usahawan untuk mula berniaga dan usahawan-usahawan yang terkesan untuk selamatkan perniagaan mereka.
Nak Kuasai Marketing 2021?
- Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN?
- Ingat lagi sales pernah RM0?
- Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama?
- Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?
- Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?
- Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?
- Dah capai RM 1 juta yang pertama?
- What's Next?
Ilmu pemasaran berubah, pasaran berubah, dan di RichWorks, kami sentiasa percaya dengan RESULTS sebab Result Matters.
Berita baik! RichWorks nak taja 3,000 pendaftaran terawal 100% adalah PERCUMA!
Sebelum tahun 2021 berakhir, jomlah sama-sama kita rebut peluang kelas marketing percuma.
RichWorks nak bantu usahawan dan bakal usahawan yang KOMITED dan SERIUS, nak kan Formula GANDAKAN ZERO ‘0’ dalam Sales.
Korang boleh layari website www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut SEKARANG dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang lain.
MAKLUMAT PROGRAM
PROGRAM KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING
Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)
Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang
Tempat : Aplikasi Zoom Webinar
HUBUNGI RICHWORKS |
Richworks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton
13/29 Seksyen 13, 40100
Shah Alam Selangor,
MALAYSIA
Laman web : www.richworks.com
Mobile : 013-389 7990
Emel : inquiries@richworks.com.my
3 Comments
Bila diri termotivasi InsyaAllah masa depan akan cemerlang
ReplyDeleteSonok ni. Free je!
ReplyDeletedah ramai yang berjaya dengan join seminar azizan osman. terbaiklah richworks
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi