Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Daging Masak Hitam Menggunakan Periuk Noxxa Model Lama

Resepi Daging Masak Hitam Noxxa | Jika sebelum ini periuk noxxa sentiasa dalam kotak, tetapi bermula bulan puasa dimusim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Sha cuba menggunakannya untuk membantu Sha di dapur. Sebelum ini bukannya apa, bila barang dalam kotak jadi malas nak keluarkan tambah pula bila balik kerja sudah terbiasa masak cara biasa dan fobia yang dulu pun masih menghantui jadi semuanya perlu ambil masa yang sesuai untuk belajar. Padahal fungsi periuk noxxa ini adalah untuk memudahkan dan memjimatkan masa untuk memasak sepatutnya jika faham tidak perlu risau masakan tidak menjadi. Selepas mencuba memasak Nasi Arab Noxxa baru-baru ini Sha memberanikan diri untuk memasak Daging Masak Hitam Noxxa pula.

Kini nak memasak menggunakan periuk noxxa agak yakin dengan bantuan grup pengguna noxxa di facebook yang tidak lokek untuk berkongsi resepi dan cara memasak. Mungkin selepas ini Sha nak mencuba untuk membuat kek atau kuih muih pula. Sementara itu jom kita tengok dulu bahan-bahan dan cara memasak daging masak hitam yang memang mudah tetapi sedap.

daging masak hitam noxxa

Resepi Mudah Daging Masak Hitam


Bahan-bahan memasak Daging Masak Hitam Sedap dan Mudah


1 kg daging dipotong dan dibersihkan
2 biji bawang besar (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 sudu besar cili boh
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar kerisik
1/2 cawan kicap ( Sha gunakan kicap cap mudim )
Garam

Cara-cara memasak Daging Masak Hitam


1. Setkan periuk noxxa pada ketetapan Stir Fry (SF), masukkan minyak masak tunggu minyak panas kita tumiskan bahan-bahan kisar diikuti kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis dan jintan putih sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan daging yang telah dipotong tadi dan kacau.


3. Masukkan kerisik dan kicap kemudian gaul semua bahan supaya sebati.

4. Tutup periuk Off SF kemudian tekan High Pressure (HP) untuk 25 minit dan tekan ON. 25 minit adalah untuk lembutkan daging.

5. Selepas siap 25 minit, tunggu sekejap dan set tombol ke STEAM untuk keluarkan wap di dalam periuk. Dalam 3 minit korang boleh boleh buka penutup periuk dan set periuk ke SF teruskan memasak hingga kuah Daging Masak Hitam kita sedikit pekat.

6. Dalam menunggu daging masak hitam menjadi sedikit pekat kita rasa sedikit kuahnya untuk memastikan semuanya dah cukup rasa. Garam boleh ditambah bila hampir masak untuk mengelakkan masakan kita terlebih masin.


Koleksi Resepi Masakan Daging




Sha masak daging masak hitam mudah ini selepas waktu isyak untuk juadah bersahur pada paginya. Tambah pula suami perlu bekerja malam dan musim PKP ini agak susah nak dapatkan makanan untuk bersahur disekitar pejabat jadi Sha perlulah sediakan juadah yang mudah untuk suami panaskan nanti. Paling best tujuan Sha masak guna periuk noxxa ini adalah untuk memastikan daging cepat empuk maklumlah kejar masa, biasanya rebus daging daging cara biasa agak memakan masa yang agak lama.

Post a Comment

0 Comments