Wednesday, April 29, 2020

Cara Untuk Order Makanan Menggunakan Aplikasi FoodPanda

Sha, semalam aku nak makan kek nak order dengan FoodPanda tapi aku tak ada duit tunai jadi tak jadilah aku nak order.

Kenapa tak bayar pakai online terus?

Boleh ke?

Mestilah boleh, tambah musim PKP ni semua bayar online.

Yeke? Kalau macam tu cuba kau ajar aku macam mana nak bayar online


Begitulah antara sedikit perbualan antara Sha dengan seorang rakan sekerja. Sha pun semasa mula-mula kenal FoodPanda memang bayar tunai tetapi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih kerap bayar secara online jadi tak perlu berlama-lama dengan rider foodpanda. Jika bayar secara tunai mungkin ambil masa untuk tunggu rider bagi baki jika kita bagi bayaran tidak genap. Kalau kawan Sha tahu foodpanda boleh bayar online pasti keinginan dia untuk makanan kek sudah dapat ditunaikan pada hari itu.

cara download foodpanda

Cara Untuk Order Makanan Menggunakan Aplikasi FoodPanda | Sebenarnya Sha menggunakan perkhidmatan FoodPanda ini buat pertama kalinya pada minggu kedua PKP kerana kekeringan idea untuk makan tengahari dengan anak-anak. Bagi mengelakkan kebosanan memakan masakan sendiri Sha mengambil keputusan untuk membuat pesanan makanan melalui aplikasi FoodPanda. Tetapi sayangnya tak banyak kedai yang menggunakan perkhidmatan FoodPanda dikawasan perumahan kami. Bersyukur juga ada beberapa kedai yang menyediakan makanan yang sedap termasuk restoran makanan segera. Selepas PKP dilanjutkan nampaknya betambah pilihan kedai yang berdaftar dengan FoodPanda.

Cara Order Makanan Melalui FoodPanda


Sebelum kita belajar cara untuk membayar pesanan foodpanda secara online jom kita belajar cara untuk membuat pesanan melalui aplikasi FoodPanda terlebih dahulu. Memandangkan majoriti kita hari ini adalah pengguna telefon pintar sama ada android atau iOs lebih mudah jika kita memuat turun aplikasi FoodPanda pada telefon pintar kita. Selepas muat turun ianya mempercepatkan lagi proses kerana kita tidak perlu membuat tetapan setiap kali kita ingin membuat pesanan.

Selepas memuat naik aplikasi kita mendaftar masuk dan masukkan lokasi kita. Contoh Sha sendiri masukkan dua alamat iaitu satu untuk penghantaran ke rumah satu alamat penghantaran ke pejabat kerana itu lokasi yang kerap Sha membuat tempahan. Setiap lokasi Sha labelkan Home dan Work. Walaubagaimanapun sebenarnya kita tak perlu susah pun untuk tetapkan alamat kerana kita boleh klik mengesan lokasi terkini kita di aplikasi foodpanda.


1. Pertama sekali kita perlu klik pada butang Log In / Create Account dan pilih sama ada daftar menggunakan akaun facebook atau menggunakan alamat emel anda sendiri.



 2. Bila siap mendaftar kita akan nampak perubahan pada pilihan dimana kita boleh setting apa yang patut disana terutamanya alamat penghantaran.



3. Klik pada My Order akan keluar gambar diatas dan klik pada "BROWSE RESTAURANT IN YOUR AREA". Selepas itu anda akan nampak pilihan restoran yang menggunakan perkhidmatan FoodPanda di sekitar anda. Anda mungkin boleh nampak banyak kedai tetapi ianya bergantung kepada masa operasi sesebuah kedai dan di sana anda boleh nampak kedai mana yang telah beroperasi dan waktu kedai lain yang akan beroperasi. Contoh di tempat Sha waktu pagi tidak banyak pilihan, tetapi pada waktu petang pelbagai pilihan yang ada disediakan. Paling seronok jika ada restoran kegemaran kita turut menggunakan khidmat rider FoodPanda tambah pula musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan kita pergi merata-rata tanpa tujuan.




4. Setelah membuat pilihan restoran yang anda mahukan, anda boleh memilih makanan-makanan yang anda ingin pesan. Semasa membuat pilihan anda boleh membuat nota contohnya anda mahukan ayam bahagian mana. Boleh tetapkan berapa bilangan yang anda mahu kemudian klik "ADD TO CART"


5. Bila klik "ADD TO CART" anda akan nampak seperti diatas, jika tidak ada apa-apa lagi pesanan untuk ditambah anda boleh klik pada "VIEW YOUR CART" untuk melihat keseluruhan pesanan anda. Di sini anda boleh ubah jika ada perubahan. Jika anda ingin batalkan sesuatu menu anda hanya klik pada menu sehingga keluar butang "remove", jika anda mahu tambah tempahan anda klik pada menu sebanyak mana bilangan yang anda mahu.


6. Apabila selesai menentu menu pesanan, jangan lupa masuk sebarang kod baucer penjimatan pembelian terutamanya bagi pengguna baru.

Kod Voucher FoodPanda

i. [ JOMDINNER ]

Diskaun 25% untuk pengguna baru.Penebusan adalah terhad sehingga 15 Mei 2020 untuk jam 6.00 petang hingga 8.00 malam.

ii. [ JOMBREAKFAST ]

FoodPanda Promo Code sehingga 60% untuk pesanan waktu pagi antara pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

iii. [ FIVEFORYOU ]

Untuk pesanan pertama anda jangan lupa masukkan kod baucer ini jimat RM 5.00 dengan pembelian minimum RM 10.00.

Untuk kod baucer anda boleh dapatkan dari masa ke semasa. Diingatkan supaya anda tidak suka-suka keluar daripada proses pembelian kerana mungkin anda kehilangan peluang untuk menggunakan baucer tersebut.


7. Selepas itu anda perlu memilih cara pembayaran sama membayar secara tunai kepada rider FoodPanda, bayar menggunakan kad kredit atau debit dan bayar secara atas talian seperti cimbclicks, maybank2u dan lain-lain.

8. Akhir sekali barulah kita boleh klik " PLACE ORDER "

Kita boleh perkembangan penyediaan tempahan kita tadi jadi boleh anggarkan rider FoodPanda akan sampai di hadapan rumah kita. Setakat ini pengalaman Sha Bersama FoodPanda berjalan dengan baik dan jika ada kelewatan akan dimaklumkan. Jika anda mahu membuat tempahan melalui laman web anda boleh layari 

3 comments:

  1. kat area rumah saya food panda tak masuk...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Nice info.. tak pernah lagi cuba app ni.. nti leh la cuba..

    ReplyDelete
  3. Belum pernah order foodpanda. Bila nak order nanti boleh rujuk sini.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi