Amalan Doa Untuk Anak Sebelum Di Hantar Ke Sekolah | Assalamualaikum semua. Memandangkan sekarang sekolah sudah dibuka ramai yang memberi pelbagai respon. Bagi Sha sebagai ibu, Sha membenarkan sahaja anak-anak ke sekolah. Buat masa ini hanya Adik Nur yang bersekolah di Prasekolah sahaja yang telah memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka.
Sejujurnya agak risau bila anak-anak tidak ada di depan mata. Sampai bila kan kita nak anak-anak tidak ke sekolah sedangkan kita dah bawa anak-anak keluar bercuti ke mana-mana. Selain membekalkan anak-anak dengan vitamin dan juga kepercayaan kepada guru-guru untuk memastikan anak-anak mengikut SOP di sekolah.
Walaubagaimanapun sebagai umat Islam, kita mempunyai pelbagai doa yang boleh diamalkan sebagai permohonan kepada Allah SWT supaya anak-anak diperlihara. Doa juga tidak semestinya ketika berada ditikar sejadah, tetapi sepanjang perjalanan ke sekolah anak juga kita boleh berzikir dan berdoa.
Doa Sebelum Hantar Anak Ke Sekolah Dan Sebelum Anak Tidur
Kita sebagai seorang ibu bapa, pastinya inginkan yang terbaik untuk anak anak. Semuanya mahukan anak menjadi orang yang berguna untuk keluarga dan agama.
Macam mana cara untuk bacakan doa sebelum hantar anak ke sekolah atau cara bacakan doa untuk anak sebelum tidur? Caranya memang agak mudah kita nak buat.
Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat ini;
.
.
.
.
2. Baca Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia mencipta kan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara
(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
.
.
3. Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu
Bila kita baca makna ayat-ayat ni, memang agak mendalam maksudnya kan. Sebenarnya, secara tak langsung, kita turut berpesan pada diri sendiri.
Marilah kita sama-sama amalkan secara konsisten, InsyaAllah mudah-mudahan kita akan nampak hasilnya nanti. Jangan cepat berputus asa, semoga hasilnya manis kelak.
9 Comments
Terima kasih CikMar atas perkongsian
ReplyDeleteThank you share... peringata yang bagus
ReplyDeleteterima kasih doanya..
ReplyDeleteharini anak sulung ammi nak ke asrama...sedih tak dapat hantar sebab very short notice sangat sekolahnya bagi..dengan ammi ada meeting.
semoga Allah jagakan anak kita di sekolah & asrama
tq atas pekongsian ni akak..
ReplyDeleteSelamat bersekolah untuk anak-anak Sha. Semoga dijauhkan dari virus covid dan penyakit lain
ReplyDeleteAnak saya pun baru minggu ni start sekolah. Semoga Allah lindungi anak-anak kita dalam perjalanan mencari ilmu..aamiin
ReplyDeleteterima kasih atas prkongsian ni akak
ReplyDeleteAmalan yang sangat baik untuk diamalkan.
ReplyDeleteE2446
ReplyDeleteücretli show
Terima Kasih Daun Keladi