Resepi Daging Bakar Danok Dengan Sos Pencicah Ala Danok | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila banyak masa duduk rumah, asyik pusing resepi berasaskan ayam jadi marilah kita tukar resepi daging pula. Hari ini Sha masak apa yang Sha rancangkan semalam kerana Sha perlu perap daging semalaman. Agak lama Sha tak makan daging bakar, jadi kali ini Sha mencuba satu resepi daging bakar danok yang viral di facebook.. Pada Sha resepi ini memang sedap dan terbaik setakat ini, selepas ini memang ulang resepi ini sahajalah untuk daging bakar sedap nanti. Sha memang suka jenis resepi berasaskan dari thailand ini kerana memang kena dengan tekak Sha. Paling puas hati bila dapat buat dengan warna yang sama dengan resepi yang Sha dapat. Bahan-bahan untuk resepi kali ini tak adalah banyak sangat, tetapi banyak menumbuk dengan lesung.
Selain daging bakar Sha lampirkan bersama dengan resepi sos pencicah ala thai yang memang terbaik rasanya cukup dengan rasa masam, manis dan pedasnya. Sebelum ini ada juga cuba pelbagai resepi perapan daging, tapi kali ini kita cuba resepi daging bakar danok sama ada sedap ke tidak korang kena cubalah dulu. Jom kita tengok resepi Daging Bakar Danok Viral
RESEPI DAGING BAKAR DANOK VIRAL
Bahan perapan daging :
- 1 kilo Daging (potong tebal 2 atau 3cm)
- 1sk sos ikan
- 2 sb Sos tiram
- 2@3 sb Brown sugar
- Sekeping gula melaka
- 1 sk lada hitam
- Sedikit minyak
- Garam secukup rasa
Supaya daging lembut dan rasa lebih sedap cukup rasa, kita perlu perap daging dengan bahan-bahan perap semalaman. Contohnya Sha rancang nak makan daging bakar ini untuk tengahari esok, jadi Sha perap daging dari waktu malam.
Sha bakar daging menggunakan pemanggang ajaib sahaja dalam tempoh 20 hingga 30
minit dan bergantung pada kekeringan daging, pendek kata sampai air perapan kering. Bila siap bakar, kita hiris daging nipis mengikut kesukaan sendiri. Memang bahan-bahan perapan semalam meresap ke setiap inci daging korang! Memang meletop ! Orang Kelantan kata nyakut sengoti !
Resepi Sos Pencicah Daging Bakar Ala Danok
Bahan sos :
- Akar daun ketumbar
- Daun ketumbar
- 1sb Beras (sangai & tumbuk)
- 2 ulas bawang putih
- 2 sb Sos ikan(ikut tahap masin masing-masing)
- 2 biji limau nipis (diperah)
- 1 sk brown sugar
- 1/2 keping gula melaka (tumbuk hingga hancur dan campur sedikit air)
- Chili flakes ( Sha tak ada stok jadi tukar guna cili padi )
- 1 sb sos cili
- 1 sb sos tiram
- 1 biji bawang besar (hiris nipis)
Cara-cara membuat Sos Pencicah Ala Thai
- Tumbuk akar daun ketumbar & bawang putih hingga lumat
- Masukkan sos ikan, gula melaka, brown sugar, beras yang disangai & ditumbuk tadi, perahan limau nipis
- Kemudian masukkan sos cili,sos tiram.
- Masukkan daun ketumbar yg dipotong
- Masukkan chili flakes( Sha letak 1 biji cili padi)
- Masukkan hirisan bawang besar.
- Akhir sekali gaul bahan-bahan tadi sehingga sebati. Rasa dan cukupkan rasa jika perlu.
Jika korang nak resepi ayam, korang boleh cuba resepi ayam rebus dengan sos halia bawang pun sedap.
Alhamdulillah suami suka dengan resepi ini dan suruh simpan betul-betul nanti nak buat balik senang, jadi rasa pun sama. Sha pun ada buat ayam bakar simple untuk anak-anak sebabnya anak-anak Sha tak makan daging. Jadi kalau korang nak merasa daging bakar danok viral dengan sos pencicahnya yang sedap ini boleh cuba sendiri resepi ini.
8 Comments
Allahu menggoda mata memandang 🤤
ReplyDeletewah..sedapnya..:)
ReplyDeletesedapnya cikma...rasa nak buat jugak nanti nii
ReplyDeletealahai sedapnya. Habis PKP ni kena cari lah.
ReplyDeleteSedapnyaaaa...nanti nak beli la daging batang pinang..lembut skit kan..nanti nak bakar dalam oven je...
ReplyDeletenow susah aida nak carik daging :(
ReplyDeletekena tunggu nan covid ni dah selesai.
baru la aman nak gi pasar beli daging, tulang, tetel.
rinduuuuu...
sedap naw nampak menu ni.
Uuu dap ennnnggg,,, mai antaq rumah ckitttt,,,
ReplyDeleteohooohoi hok ni kalo makan x prasan da orang lalu tepi.
ReplyDeletenikmaaatttnye. spanjang MCO ni xde dapat bekalan daging sbb kedai daging jauh..
ade daging kisar je ehhe..
Terima Kasih Daun Keladi