Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Sos Ala Korea Homemade

Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Sos Ala Korea Homemade | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hampir tiga bulan Sha cuti sakit, banyak juga kos habis sepanjang tempoh ini. Bukan banyak beli barang apa pun, cuma banyak beli makan kat luar terutamanya melalui foodpanda dan grab food. Terasa sangat bila nikmat berjalan ditarik sementara waktu ini. Tapi apa nak buat, nasi dah jadi bubur tunggu sahajalah tulang kaki bercantum kembali seperti sedia kala.


 

Resepi Ayam Goreng Korea Rangup

Untuk resepi ayam goreng korea simple yang Sha ambil daripada resepi ayam goreng korea CHe Nom ini memang bahan-bahannya simple sahaja. Walaubagaimana pun disebabkan pergerakan Sha agak terhad jadi Sha gunakan apa yang ada di dapur sahaja. Di bawah adalah bahan-bahan untuk masak sos homemade.
  • Sedikit minyak
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sudu besar kicap manis
  • ½-1 sudu besar serbuk cili/paprika
  • sedikit air
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • sedikit garam
  • 350g  ayam potong kecil yang sudah digoreng ( ada kepak atau drumstick)
  • bijan putih untuk taburan ( Sha tak ada jadi tak letak )

Buat pengetahuan korang, untuk goreng ayam Sha hanya menggunakan tepung serbaguna bestari sahaja. Untuk menggoreng ayam Sha gunakan teknik 2 kali goreng bagi mendapatkan ayam goreng yamg lebih rangup. Sebenarnya Sha baru je tahu pasal goreng 2 kali, maklumlah sebelum ini suami yang rajin goreng ayam.

Cara menggoreng ayam adalah dengan memerap ayam menggunakan tepung terlebih dahulu. Kemudian salut sekali lagi dengan tepung barulah digoreng dengan minyak yang panas. Apabila ayam sudah kekuningan kita angkat terlebih dahulu dan goreng ayam sehingga habis. Selepas angkat gorengan terakhir, goreng kembali ayam yang paling awal di goreng tadi sehingga warna keemasan.
 
 
 
Malam itu Sha cuma ratah ayam dengan sos ala korea ini sahaja dengan suami manakala anak-anak makan dengan nasi putih. Alhamdulillah, kena dengan tekak keluarga kecil Sha ni. Memandangkan Sha tak ada biji bijan, nampak kosonglah sos korea Sha kalau ada nampaklah korea kan..ahahhaaha
 

Ayam Korea Pedas Simple


Jadi bagi yang mencari resepi ayam korea bolehlah cuba resepi sos ini. Resepi yang Sha kongsikan ini adalah resepi ayam korea pedas simple. Rasanya pedas-pedas masam gitu. Sebenarnya resepi sebenar ada madu, tapi Sha tak stok madu jadi kiranya inilah resepi ayam korea tanpa madu.

Nantilah Sha sihat sikit Sha cuba buat mengikut resepi lengkap, mungkin rasanya lebih enak daripada resepi yang Sha kongsi diatas. Apa yang penting matlamat Sha nak makan ayam goreng korea simple sudah tercapai. Bila dapat buat sendiri pastinya lebih puas kerana dapat makan banyak..huhuhu.
 
 
 
 
 

Post a Comment

11 Comments

  1. Oh, baru tahu teknik goreng ayam dia kali tu. Tq Sha share.

    ReplyDelete
  2. pinjam resepi Sha..
    semoga cepat sembuh dan boleh berjalan seperti biasa

    ReplyDelete
  3. tq atas resepi.. nnti nak try lah.. hehe. nmpak sedap..

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh Sha. Belum pernah buat sos korea. Boleh cuba resepi ni. Tq Sha. Ayam tu kalau celup dalam telur dulu sebelum celup tepung kering pun sedap. Nanti, bahagian luar ayam kerinting ala kfc.

    ReplyDelete
  5. Nanti uncle cadang aunty buat ni... hehehehe

    ReplyDelete
  6. nak balik cuba jugaklahhh buat . hee tq resepi :)

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap Sha. Semoga kaki cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. boleh cuba ni nanti.... akak biasanya pakai sos korea yang adabi, heheheh jenis malas tapi nak makan sedap

    ReplyDelete
  9. Tengok rupa ayam dah macam ayam goreng crispy kat kedai la CikMar, nampak sedap tu..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi