Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MENU BERBUKA PUASA

MENU BERBUKA PUASA TAHUN 2018 | Sha bukan nak kongsi menu resepi tapi jadual menu apa nak makan sepanjang bulan puasa yang bakal tiba lebih kurang 2 minggu lagi. Untuk bulan mulia bulan Ramadhan 1439 H kali ini Sha akan meneruskan pemakanan mengikut keperluan harian badan Sha. Sasaran Sha sebelum puasa dapatlah berat badan 60 kg dan itulah berat badan ideal Sha untuk ketinggian yang Sha ada. Apa yang penting kita ambil peluang bulan Ramadhan ini untuk beribadah dan hidup secara sederhana dan perut pun boleh rehat.




HARI
RAMADHAN 2018
KHAMIS
1
Ikan cencaru bakar

8
Ayam Bakar

15
22
Sup ayam
29
JUMAAT
2
9
16
Kuew Teow Kung Fu
23

SABTU
3
Ikan Kerapu air asam
10
Ikan bawal bakar
17
Nasi Daging
24
AHAD
4
Nasi Ayam
11
18
Bubur Lambuk
25
Kuew Teow Goreng
ISNIN
5
Ayam Kurma
12
Roti John
19
Ikan siakap masak stim
26
Ayam Masak Cili Api
SELASA
6
Ayam Kari
13
20
Daging Bakar Air asam
27
Murtabak
RABU
7
Nasi Minyak
14
Ikan bawal goreng
21
Nasi Ayam
28
Ayam Kari


Setiap keluarga pasti ada corak pemakanan yang mungkin berlainan terutama untuk menu berbuka bulan puasa. Sha seorang yang membesar dengan makanan berat yang mana nasi dan lauk adalah wajib namun selepas nikah baru tahu encik suami tak kerap makan nasi tapi lebih kepada kuew teow goreng, murtabak, roti john manakala untuk sahur barulah makan nasi dan lauk. Korang macam mana pula yea?

Menu-menu di atas boleh juga diguna pakai sebagai menu bersahur. Walau bagaimanapun jadual menu diatas adalah fleksibal kerana dalam 1 bulan menjalani ibadah puasa pasti ada hari yang korang akan berbuka puasa di luar atau beli di bazar Ramadhan. Tapi macam biasalah masak di rumah adalah lebih jimat dan InsyaAllah bebas daripada terbeli makanan basi, lagi pula waktu bulan puasa mata cepat terpikat dengan makanan..huhuhu..

Post a Comment

6 Comments

  1. gee pun berbuka tak kisah takde nasi..nasib suami pun sama..tapi bila sahur wajib nasi! hahahahah

    ReplyDelete
  2. akak pun berbuka ngan nasi... jarang mkn benda lain dulu....

    ReplyDelete
  3. rabia suka makan bubur kalau bulan ramadhan.badan rasa segar je.

    ReplyDelete
  4. SA tak kisah tapi kalau bleh x makan nasi la time buka..maybe ada sup2 ke, mee kari mee goreng ke kan..eh...banyak plak dah tu...jemput join GA GSL Warrior
    http://www.suriaamanda.com/2018/05/grup-sisturs-lawa-warrior-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. boleh la amik idea kat sini juga nanti

    ReplyDelete
  6. Wah siap ada senarai menu... rasa lapar pula bila baca menu-menu Sha tu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi