RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI - SHALIMAR YUSOF


Tuesday, January 02, 2018

RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI

RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI | Semalam Sha cuba masak Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai yang bahan-bahannya sedikit lain daripada resepi yang biasa Sha buat. Sha mintak komen daripada Encik Suami, Encik Suami pun setuju dengan Sha resepi ikan siakap 3 rasa rasa kali ini lebih sedap berbanding resepi sebelum ini jadi nampaknya lepas ni masak ikut resepi ini jela kan. Jika resepi sebelum ini Sha ada gunakan hirisan tomato, nanas dan bawang holland yang dipotong dadu kali ini bahan-bahannya lebih ringkas.



BAHAN-BAHAN


Ikan Siakap - Ikan Sha nampak kecik sebab potong dua, letak sekor nanti tak habis makan..hihi 
Minyak Masak

Bahan Cincang

Bawang Merah - 4 biji
Bawang Putih - 2 ulas
Halia - 1 1/2 cm
Cili padi - hijau 2 biji + merah 2 biji
Hiris 2 helai daun limau purut

Bahan Kisar

Setengah biji buah tomato
2 sudu Cili boh
1 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu kicap manis
1 sudu sos ikan
1biji limau nipis perah ambil jus .

CARA-CARA MASAK

Sangat ringkas, cuma malas nak cincang-cincang bahan cincang je sebab cincang biasa pakai pisau sahaja..

1. Ikan siakap perap dengan garam dan tepung segera. Goreng hingga rangup dan masak.

2. Tumis bahan-bahan cincang dengan minyak masak sehingga cukup layu kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Kacau hingga masak dan pekat.

3. Sudah boleh makan!

Kan dah cakap kalau ikan siakap hampir 1 kg beratnya Sha perlu masak setengah sahaja yang setengah ni pun tak habis Sha perlu ratah lagi. Abang Zaryth pun suka makan ikan siakap 3 rasa ni tapi mungkin sedikit pedas untuk budak-budak tapi ambil isinya pun dah sedap.

Lupa nak cakap, resepi asal ada letak bunga kantan kat rumah Sha tak ada bunga kantan jadi tak letak kalau letak tobat sedap lagi!!

Sha ni tak adalah banyak kongsi resepi sangat tapi resepi lain yang suka adalah --> Ikan Bawal Bakar

Harap maaf gambar tak jelas sangat sebab nak cepat , dah lapar sangat masa tu sebab tak makan tengahari, hanya sarapan jadi makan petang merangkap makan malam ni masak nasi lebih sikit..hihihihi..

22 comments:

  1. lama x masak masam manis, kalo ringkas lagi sedap, asalkan cukup bahan hii..

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya terasa2 di tekak

    ReplyDelete
  3. Simple je, memang senang buat ni..

    ReplyDelete
  4. aduhhhh sedapnya ikan siakap tiga rasa ala thai cik ma buat

    ReplyDelete
  5. perghh! sedap hingga jilat jari nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasi gaul dengan nasi panas2 nii..memg umpphh

      Delete
  6. Boleh cuba ni..nk masak pun sonang je..hehe

    ReplyDelete
  7. Ringkas tapi sedap. Alhamdulillah...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi