HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Tuesday, March 29, 2016

# RESEPI

RESEPI IKAN BAWAL EMAS BAKAR

RESEPI IKAN BAWAL EMAS BAKAR | Sebenarnya kelmarin adalah pertama kali Sha beli Ikan Bawal Emas, sebelum ini biasanya beli Ikan Bawal biasa. Memandangkan Ikan Bawal Emas lebih besar, berisi dan murah jadi Sha cuba beli dan cuba mencari dan bertanya kawan-kawan masak apa yang sedap,rata-rata mengatakan Ikan Bawal Emas Masak 3 Rasa dan Ikan Bawal Emas Masak Stim. Tapi akhirnya Sha memilih untuk buat Ikan Bawal Emas Bakar memandangkan sudah lama tidak makan ikan bakar.


BAHAN-BAHAN MASAK IKAN BAWAL EMAS BAKAR :

Ikan Bawal Emas
Cili Mesin
Bawang Besar*
Bawang Putih*
Halia*
{ bahan bertanda * dikisar}
Rempah Kari Ikan
Air Asam Jawa
Garam + Gula
Sedikit Minyak Masak Untuk Menumis
Daun Pisang 

CARA-CARA MEMASAK :

Ikan dibersihkan dan ditoskan
Tumis semua bahan kisar bersama cili mesin dan rempah kari hingga garing. Kemudian,masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa.

Lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi. Tutup ikan dengan daun pisang. Sha letak daun pisang tu dalam pemanggang ajaib yang mak hadiahkan je..bakar dalam tu je..
Bila ikan dah masak,alihkan ke dalam pinggan dan letak lebihan sambal tumis tadi di atas ikan.
Semalam Sha perah limau nipis atas ikan tu,bagi masam lagi..
Sha hidang Ikan Bawal Emas Bakar bersama Air Asam..

Kredit Kepada Blog Yg Menjadi Inspirasi Resepi Kali Ini :
memang sedap..


SEMOGA KAWAN-KAWAN ADA IDEA NAK MASAK HARI INI DAN ESOK..DAN ESOK YEAA..

3 comments:

Terima Kasih Daun Keladi