HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Tuesday, August 22, 2017

# RESEPI

RESEPI KARI AYAM PERANAKAN

RESEPI KARI AYAM PERANAKAN | Baru-baru ini di saat ketandusan idea nak masak, kebetulan sedang menonton rancangan masakan di televisyen jadi Sha praktis kan terus selepas itu memandangkan bahan-bahan yang digunakan memang ada stok dalam peti sejuk.

Rancangan yang Sha maksudkan itu adalah rancangan Mangkuk Tingkat Bersama Ili, episod hari tu Ili memasak untuk pelakon Keith Foo dan isterinya Kim Raymond. Memang terliur masa tuu jadi kita masak terus, rasanya lain sikit berbanding kari biasa yang Sha masak sebelum ini. Korang nak buat kelainan korang leh ambil resepi ni cubalah.

BAHAN-BAHAN

Ayam
Lobak Merah
Serai
Santan
Bawang Merah
Bawang Putih
Rempah kasar 3 sekawan
Rempah Kari
Daun kari
Daun limau purut
Garam
Gula

CARA-CARA

Ayam diperap dengan kunyit dan garam kemudian digoreng.
Masukkan sedikit minyak masak dan tumis 3 sekawan, serai dan daun kari. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih  yang telah dipotong dadu. Tumis sehingga berbau wangi dan masukkan rempah kari tumis hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air, lobak merah dan ayam yang telah digoreng tadi. Selepas itu tuang santan dan kacau sebati perasakan, akhir sekali letakkan daun limau purut.

Inilah kejadiannyaaa..Alhamdulillah boleh buat lagi selepas ini.

5 comments:

  1. wahhh nampak sedap sangat tuu kak shalimar hehe. nak tanyaa.. ayam peranakan tu maksudnya apa ? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ayam peranakan..kari ayam yg peranakan..ahhaha..style baba nyonya gituu

      Delete
    2. Bukan ayam peranakan..kari ayam yg peranakan..ahhaha..style baba nyonya gituu

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi