PUNCA DIET GAGAL | Setiap kali nak masuk tahun baru masing-masing akan sembang pasal azam baru. Korang rasa azam paling popular setiap tahun apa dia? Pada Sha azam paling popular rasanya azam NAK KURUS! terutamanya di kalangan wanita. Sha punya kawan-kawan yang mencapai target dan tidak mencapai target, diri sendiri? kebanyakkan sekadar dimulut sahaja kalau cerita bab diet nih..ahaha.. Tak cemburu ke pada kawan-kawan yang berjaya mencapai target berat ideal mereka? Mestilah cemburu tapi lebih kepada bangga sebab bukan senang nak menjadi seorang yang sangat berdisiplin tau. Pada yang tak berjaya mencapai target berat ideal tu boleh semak balik apa korang dah buat sebenarnya.
1. Pengaruh Kawan
Carilah kawan yang punya matlamat yang sama dalam berdiet iaitu nak menurunkan berat badan dan sihat. Jadi jangan mudah terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan yang mengidam macam-macam, tapi kebiasaanya bila kita on diet ada sahaja kawan yang bermurah hati nak belanja itu ini kan..
Macam mana? kalau korang sama dengan Sha iaitu Tak Berjaya ehhh...Belum Berjaya mencapai target apa yang membuatkan korang belum berjaya tu? Dalam 10 perkara di atas, 5 perkara Sha gagal! Mana nak berjaya kan?Ahahaha..Jom lah kita UBAH. Nampaknya kena belek balik lah tips kurus kat sini---->> NAK KURUS DAN SIHAT
2. Cheat Day di Hujung Minggu
Ini selalu lah Sha buat..eehehe... Hari kerja kononya diet keta bila hujung minggu makan tak ingat dunia. Tahu tak usaha diet 5 hari tu boleh sia-sia kerana yang 2 hari tu?3. Air Soda Berkarbonat
Yang ini paling jahat, sekali minum jangan harap 2 minggu berat akan menurun. Sila ucap selamat tinggal kerana ianya mempunyai pemanis berkalori tinggi dan boleh menyebabkan diabetes.4. Tahan Lapar
Jangan tahan lapar. Makanlah mengikut masa kerana apabila korang terlalu lapar ianya akan mendorong kita makan lebih banyak daripada biasa.5. Guna pinggan bersaiz besar
Kebiasaan di rumah kita pinggan makan adalah bersaiz besar apa kata kita ubah menggunakan pinggan lebih kecil supaya kita tak ambil makanan lebih.6. Tidak cukup tidur.
Jangan tidak percaya tidur yang cukup dan berkualiti sangat baik untuk menjaga berat badan. Kurang tidur mempengaruhi hormon penghadaman mengakibatkan korang terasa nak makan pada waktu tengah malam. Jom kita cukupkan 8 jam sehari waktu tidur untuk menjaga kualiti diet.7. Kurang Berjalan kaki
Lebihkan berjalan kaki atau menaiki tangga untuk membakar kalori. Nampaknya kena ubah parking kereta dikotak paling jauhlah lepas ini.8. Makan Sambil Beraktiviti
Makan sambil beraktiviti akan membuatkan korang tidak fokus pada hidangan dan akan makan terus menerus. Elakkan makan sambil menonton televisyen, melakukan kerja dihadapan komputer, jangan membaca buku dan jangan main telefon bimbit sambil makan. Perasan tak bila korang buat benda lain sambil makan, makan tak cukup rasanya.9. Makan Dengan Cepat
Makan dengan perlahan membuatkan kita rasa lebih cepat kenyang. Jagalah adab makan, kunyah hingga makanan hancur sebelum meneruskan suapan seterusnya.10. Mudah Dapat Bekalan Makanan
Korang kalau dirumah letak makanan kudap-kudap seperti snek dan biskut kat mana? kalau letak atas meja makan atau meja depan televisyen memang bahaya, nak mengunyah jela jawapannya kan. Kat pejabat pun sama, letak depan mata memang mulut tak berhenti lah, sila simpan dalam laci jangan sampai lupa dan terlebih tarikh luput pula.Macam mana? kalau korang sama dengan Sha iaitu Tak Berjaya ehhh...Belum Berjaya mencapai target apa yang membuatkan korang belum berjaya tu? Dalam 10 perkara di atas, 5 perkara Sha gagal! Mana nak berjaya kan?Ahahaha..Jom lah kita UBAH. Nampaknya kena belek balik lah tips kurus kat sini---->> NAK KURUS DAN SIHAT
17 Comments
haha aira pun tak pernah jadi nak diet, paling lama pun 2 minggu je. tu pun sebab ada azam yang sebenar2nya.haha, harap tahun 2018 jadiiiii >,<
ReplyDeleteSamalah,,,acah-acah diet je selalu..
DeleteNasib baik dah kurus hehe..tapi rasa cam ada terbaca kat mana tah pengambilan 2 kali ganda air kosong dari berat badan kita juga boleh membantu mereka yang nak kurus
ReplyDeletebiasa org kira 1 liter air utk 25kg berat kita cik tie..
Deleteekin fail.. hahahahha aduhhhh..
ReplyDeletecikma pon fail lg nehh...
Deletememang kena ada geng. kalau seorang diri saja memang lah ke laut dalam tak timbul timbul
ReplyDeletenk kurus pon kena ada support grup kan..hihihi
Deletepatut la failed misi kurus CR.huhu
ReplyDeleteada langgar ke CR?jomkita hapuskan apa yg salah tuu
DeleteSaya tak ada letak target nak kurus ke apa cuma badan sikit berisi la sebelum ni..saya cuba kurangkan berat sbb kesihatan n faktor usia..saya amalkan kurangkan minuman manis, detox lemon + workout..alhamdulillah..nmpk menjadi...
ReplyDeletekak fiez cantik daahh..kurus elok dh tuu..
DeleteAlhamdulillah tahun ni berjaya kurangkan berat 4kg tapi tak nampak sangat perubahan dari luaran...
ReplyDeleteHusniey selalu kalau terasa berat sangat dah mesti terlintas nak diet.. tapi selalunya tak lama pun istiqamah, huhu
ReplyDeletepart jalan kaki tu memang betul.. Husniey kalau travel memang cepat turun berat sikit sebab banyak jalan kaki nok2 masa ke Japan baru ning
Dulu masa betul2 naik badan memang disiplin betul. Now dah jadi malas nak buat semua ni. Hahaaa
ReplyDeleteerr..sume faktor tu amat mempengaruhi sy..hahaa
ReplyDeletexpe kalau gagal, kite cuba lg... insyallah boleh punya...
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi