HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Thursday, May 17, 2018

# RESEPI

RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM

RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM | Assalamualaikum kawan-kawan semua. Alhamdulillah kita yang sedang membaca ini masih diberi peluang untuk merasai bulan mulia bulan Ramadhan. Sempena 1 Ramadhan ini Sha ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang perkenalan, semoga dibulan mulia ini kita dapat memperbanyakkan ibadah dan ibadah kita diberkati selalu oleh Allah S.W.T. Tidak sah jika bulan puasa kita tak kongsikan juadah berbuka puasa dan resepi menu berbuka puasa. Hari ini Sha nak kongsikan resepi ayam masak lada hitam yang boleh dikatakan antara resepi ringkas berbuka puasa.



BAHAN-BAHAN MASAK AYAM LADA HITAM

Ayam dipotong kecil ( Sha masak 6-8 ketul ayam)
1 biji Bawang besar dihiris
3 ulas Bawang putih dihiris
1 cm Halia dihiris
1 batang Lobak merah dihiris
1 biji Tomato dipotong 6.
4 sudu besar Kicap pekat
2 sudu besar Sos tiram
Lada hitam ditumbuk (agak-agak sahaja)
2 sudu besar Tepung jagung.

CARA-CARA MEMASAK

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan ayam, goreng sehingga separuh masak. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dalam air, selepas itu masukkan kicap pekat dan sos tiram. Jangan lupa masukkan lada hitam. Bila hampir masak masukkan lobak merah dan akhir sekali tomato.

Kalau nak tahu ayam masak lada hitam ini adalah antara lauk kegemaran Sha sebab antara resepi paling ringkas untuk masak, jadi kebiasaannya menu berbuka puasa dan menu bersahur yang ringkas adalah sesuai dengan hari yang sibuk dan mengejar masa. Rutin Sha hari bekerja sampai rumah sahaja terus keluarkan bahan basah yang beku kemudian barulah berehat melayan anak-anak sementara mula menyediakan juadah.

Sekali lagi Sha memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah bicara dan tindakan sepanjang perkenalan kita. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Saat ini kawan-kawan sedang bahagi-bahagi kumpulan untuk tadarus Al-Quran seperti tahun-tahun lepas, semoga dapatlah khatam sebelum Aidifitri tiba nanti.


3 comments:

  1. ni pun menu wajib jugak dalam bulan puasa, hii tapi tak tahu nak menu hari ke berapa pose :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe..ramadhan baru mula kan k.wani..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi