SIFAT-SIFAT MAZMUMAH ATAU TERCELA | Assalamulaikum rakan-rakan pembaca hari ini Sha ingin berkongsi sesuatu yang Sha ambil dari buku hadiah perkahwinan Sha dahulu iaitu buku Indahnya Hidup Bersyariat. Mungkin korang juga mempunyai buku ini mungkin juga ada yang tidak pernah lihat buku ini jadi Sha ingin ambil bahagian yang Sha rasa amat berguna untuk dikongsikan bersama rakan-rakan semoga kehidupan kita semakin lebih baik..InsyaAllah. Menurut Imam Al-Ghazali, antara sifat-sifat mazmumah adalah :
1. Gemar Makan Dan Minum.
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud :
"Yang terlebih afdal (utama) pada Allah itu ialah orang yang banyak berlapar dan banyak takafur (berfikir sambil meneliti). Dan yang terlebih benci kepada Allah itu ialah orang yang banyak makan,banyak tidur dan banyak minum."
-Mereka yang selalu kekenyangan akibat gemar makan dan minum akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana sentiasa terdorong untuk tidur dan rehat-
2. Banyak Berkata-kata Yang Sia-sia
Mengumpat,menghina,berdusta dan bertengkar.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Tidak ada kebaikan pada kebanyakkan bisikan-bisikan mereka,kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makrfu atau mendamaikan antara manusia.
(Surah Al-Nisa' : 114)
Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud :
"Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, berkatalah yang baik atau diam sahaja"
3. Marah.
Sifat marah berpunca daripada kurang sikap sabar dalam menghadapi sebarang keadaan yang selalunya didorong oleh pengaruh syaitan yang ingin merosakkan iman dan diri.
Sifat ini beserta sifat-sifat lain seperti sombong, bongkak, tidak boleh ditegur dan lain-lain.
4. Hasad Dengki Dan Iri Hati
Sifat ini lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.
Hadis yang diriwayatkan oleh Nabi SAW yang bermaksud :
" Hasad itu memakan (memusnahkan) kebajukan, sebagaimana api memakan (membakar) kayu."
Allah SWT juga berfirman yang bermaksud :
"Sekiranya kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan berasa kurang senang , tetapi apabila kamu mendapat kecelakaan mereka bersuka ria kerananya.
(Surah Al-Imran :120)
Untuk mengelakkan perasaan hasad,dengki dan iri hati ini seseorang itu perlu selalu mengamalkan sifat tawaduk (rendah diri), mengucap puji dan syukur kepada Allah atas nikmat yang dikecapi oleh saudara seislam kita. Mudahan kita juga akan dilimpahi Allah nikmat yang serupa kelak..amin..
5. Kasih Pada Harta
Tidak Salah tapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil,tamak haloba dan membazir dibenci oleh Islam.
Agama kita menuntut orang yang kaya dan berada menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat seperti bersedekah, berzakat dan membelanjakan harta ke jalan Allah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Hai orang beriman janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaanmu dan anak pinakmu daripada mengingati Allah. Sesiapa berbuat demikian, maka tergolonglah mereka dikalangan orang yang rugi.
(Surah al-munafiqun : 9)
6. Takbur
Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Apabila dikatakan kepadanya : "Takutilah Allah,"ia lalu dipengaruhioleh kemegahan (takbur) yang membawanya kepada dosa,cukuplah neraka jahanam (sebagai balasannya)
(Surah al-Baqarah : 206 )
Antara sebab takbur : Nasab Keturunan, kuasa pemerintahan, kecantikan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.
7. Riyak
Sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik untuk mendapatkan pujian, pangkat atau kedudukan.
Sifat yang nyata menunjuk-nunjuk dalam amal ibadat dan riyak tersembunyi ialah beratnya hati untuk beramal jika bersendiri tetapi jika ramai menyaksikan dia ringan.
8. Ujub
Ertinya : berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Berkaitan rapat dengan takbur dan riyak.
Sifat ini boleh diatasi dengan sentiasa memikir bahawa tidak ada benda yang kekal di dunia ini.
Sentiasa hisab atau meneliti kekurangan diri sendiri (muhasabah) sebagai hamba Allah akan melahirkan jiwa yang murni dan bebas daripada sifat-sifat tercela ini.
9. Kasih Akan Dunia
Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takut mati.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Ketahulah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.
(Surah al-hadid : 20)
Segala yang dijadikan dimuka bumi ini adalah sebagai perhiasan dan cubaan kepada manusia untuk menilai baik buruk amalan seseorang itu. Jadi sama-samalah kita saling mengingati. Korang tau tak pentingnya buat kerja memulakan dengan Bismillah? nampak mudah tapi InsyaAllah diberkati.
27 Comments
semoga kita mengikis dan berjaya menjauhkan diri kita dari sifat mazmumah ni..InsyaAllah
ReplyDeleteYg penting sentiasa igtkn diri kita kan kak
DeletePerkongsian yang sangat bagus. Thanks for sharing dear.
ReplyDeletesama2 dear
DeleteAda gak sigat2 di atas yg masih ada dlm diri ini. Nauzubillahiminzalik...
ReplyDeleteInsyaAllah kita jadi lebih baik abe kie..cikma pun byk lg ni ade dlm diri
Deleteterimakasih ima..sudi mengingati.Kadang2 kita sebagai manusia,memang alpa.
ReplyDeletesama2 lah kita ina..cikma pon sama..
DeleteTerima kasih, di atas perkongsian dan peringatan yang diberikan...
ReplyDeletetq pokucu singgah sini
DeleteTazkirah yang bagus. Terima kasih share
ReplyDeleteKasih pada dunia tu mmg byk dlm diri kot..huhu..
ReplyDeletesama la kitee..
DeleteTerima kasih atas perkongsian
ReplyDeletesama2 awak
DeleteSifat-sifat mazmumah ini kalau dibiarkan boleh merosak diri. Malah akan mengundang banyak musibah yang lain. Kerana itu kita semua disarankan untuk saling mengingat satu sama lain, saling menasihati dan sentiasa berusaha mendekat diri padaNya
ReplyDeletebetul tuu..kite manusia kadg tahu,,tp tu la kan.,.
DeleteSama-sama kita muhasabah dab miliki sifat² mazmumah. Tq sharing.
ReplyDeleteInsyaAllah moga kita beroleh kebaikan
Deleteterima kasih sha pengkongsian ni
ReplyDeletesama2 ekin
Deletebgsnya dapt hadiah kawin buku ni... buku ni ustz ismail kamus kan tulis... byak informasi kat sini... smg kita semua dijauhi dgn sifat mazmumah ini....
ReplyDeleteyups sheila..sepupu cikma hadiah kan dulu.,.
DeleteNo.4 dan No.9 macam susah nak kikis dalam diri ini. Paling teruk yang No.4 tu. Ya Allah, semoga terhindar dari sifat mazmumah ini. Terima kasih kak Sha :)
ReplyDeletexpe..pelan2 kita didik diri kita sendiri..kadg xleh lari..huuhu
Deleteno 9 tu susahnya nak kikis :(
ReplyDeletePerkongsian yang bermanafaat...tq sha 😘
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi