Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Menikmati Percutian Mewah Dan Damai Bersama Keluarga Besar Di The Cedar Villa Bidor Perak




Menikmati Percutian Mewah Dan Damai Bersama Keluarga Besar Di The Cedar Villa Bidor Perak | Assalamualaikum semua. Bulan November Sha agak sibuk dengan kerja hakiki, arahan pihak atasan supaya menyiapkan kerja sebelum tibanya tahun baru amat memenatkan fizikal dan mental walaupun hanya bekerja dimeja tapi agak memberi tekanan kepada Sha. Bagi menenangkan fikiran rezeki dan peluang untuk bercuti sekejap walaupun perjalanan ke tempat percutian kali ini hanya memakan masa lebih kurang 2 jam dari rumah Sha agak rugi rasanya jika dilepaskan. Kali ini Sha bersama 6 lagi keluarga daripada #teamBPT sama-sama berkumpul di The Cedar Villa Bidor, Perak. Musim yang agak sesuai untuk bercuti iaitu permulaan cuti sekolah, jadi selepas ini tak perlu fikir sangat dah untuk bercuti bersama anak-anak selain mungkin hujung-hujung cuti sekolah nanti ada perancnagan lain kan maklumlah Abang Zaryth dah nak mula sekolah darjah 1 tahun depan kena ikut cuti sekolah pula.


 

Sha dan keluarga sampai paling awal ke The Cedar Villa Bidor ini kerana terus bergerak ke sini selepas selesai membeli barangan basah untuk persediaan barbeku pada waktu malam nanti. Walaupun tinggal di Perak, kami tidak biasa ke sini dan inilah kali pertama kami bermalam di Tempat Menarik Di Bidor ini tempatnya agak ke dalam dan tidak menyangka wujudnya percutian mewah di kawasan yang dikelilingi alam semula jadi ini. Tapi jangan risau, jalan ke sini tidak jauh daripada tol Bidor dan hanya menggunakan aplikasi maps akan membawa korang terus ke sini dan akan disambut oleh pekerja yang sedia bertugas disana.

The Cedar At Bidor Villa


Sebuah Villa yang mampu memuatkan tetamu sehingga seramai 30 orang dalam suatu masa, memiliki 8 buah bilik yang selesa. The Cedar Villa dibina diatas tanah persendirian di kawasan yang berbukit menawarkan percutian yang tenang jauh dari hiruk pikuk bandar, membolehkan para tetamu berehat dengan alam semula jadi dan saling meluangkan masa bersama insan di sekeliling mereka. Dibina secara strategik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah dari kolam renang infiniti, sambil menghadap ke hutan hujan Malaysia dan Sungai Gepai. Villa ini memiliki 2 aras iaitu aras bawah dan aras 1 juga ruang aktiviti bahagian luar, jom tengok apa yang ada disini yang pastinya amat selesa buat anak-anak yang sedang membesar seperti Abang Zaryth dan  Adik Nur.

ARAS BAWAH


Ruang Utama


Pemandangan dari pintu dapur iaitu ruang utama yang Sha nampak apabila buka pintu villa ini. Yang pastinya villa ini sepenuhnya menggunakan penyaman udara , memang selesa.

Dapur



Dapur yang agak selesa dengan kelengkapan yang hampir lengkap. Disediakan air kosong, pinggan mangkuk, periuk nasi, pemanas air, dapur masak. Memandangkan disini disediakan tempat untuk barbeque jadi kami perlu menyediakan bahan basah sahaja , sementara menanti malam korang jangan risau kerana dapur juga dilengkapi 2 peti sejuk iaitu chiller dan freezer.



Meja Pool

 

Percutian di The Cedar tidak akan bosan dengan adanya aktiviti seperti permainan Snooker yang mana meja pool yang lengkap. Ini sesuai untuk tetamu yang menikmati hiburan di rumah. Para tetamu boleh menikmati penginapan sambil bermain dan juga mengeratkan silaturahim sesama sendiri terutamanya suami Sha yang mengambil peluang belajar dengan kenalan baru yang ada secara tak langsung merapatkan ukhwah yang terbina.

Bilik Mainan Kanak-Kanak

 

Percutian bersama keluarga Sha dan suami semestinya amat mementingkan keselesaan anak-anak. Apabila meneroka The Cedar At Bidor ini kami sangat lega kerana ada satu bilik mainan khas untuk kanak-kanak, memang seronoklah Abang Zaryth dan Adik Nur main dengan kawan-kawan mereka. Hati ibu ayah pun banyak senang untuk lepaskan diaorang bermain bersama.

ARAS ATAS

Ruang ke bilik masing-masing


Bilik Sha dan keluarga


Sangat selesa dengan katil bersaiz king. Lengkap dengan tandas setiap bilik dan penyidai pakaian. Jika korang perlukan tilam tambahan hanya perlu maklumkan pekerja yang menjaga villa ini dan mereka akan bekalkan tilam tambahan.


 Karaoke Lounge


Ruang tamu di tingkat atas dilengkapi dengan TV LCD, sistem bunyi dan sistem karaoke. Tetamu boleh memilih lagu kegemaran dari pemain karaoke yang disediakan dan yang lain menikmati nyanyian di sofa yang selesa dan empuk. Tapi nasib baik juga encik suami ada bawa cakera keras sendiri, lebih banyak pilihan lagu karaoke melayu untuk dipilih. Sambil menikmati karaoke, ada juga ruang untuk mengopi.

 KEMUDAHAN DI BAHAGIAN LUAR THE CEDAR @BIDOR VILLA

 Infinity Edge Swimming Pool

Kolam renang infiniti terletak betul-betul di sebelah villa dengan pemandangan hutan dan Sungai Gepai yang menakjubkan. Kolam renang adalah tempat yang ideal untuk berenang secara santai sambil menghargai pemandangan sekitarnya yang indah. Di samping kolam renang terdapat kerusi dan meja kayu, malah ada buai kayu  juga paip mandi sebelah kolam.
Ruang Makan Bahagian Luar

Meja makan 16 kaki kami yang terletak betul-betul di sebelah kolam renang infiniti dan kolam ikan, ini membolehkan tetamu menikmati hidangan dengan pemandangan kolam renang infiniti dan hutan hujan Malaysia. Meja makan yang boleh menempatkan 16 orang dalam  satu  masa dengan selesa, sesuai untuk kumpulan besar macam kami.

Kawasan Barbeku

Sumber : Web rasmi The Cedar @ Bidor

Untuk barbeku malam itu kami menyediakan bahan lebih awal selepas daftar masuk. Korang hanya perlu menyediakan bahan masakan manakala tempat, arang telah tersedia di The Cedar Villa ini.


Private Riverfront Beach


Terletak hanya beberapa minit dari villa dengan berjalan kaki . Air sejuk yang mengalir di Sungai Gepai secara semulajadi mewujudkan angin sejuk dan menyegarkan.


Belum ada rezeki suami nak menikmati Air Terjun Gepai yang merupakan antara 10 Air Terjun di Perak dengan air jernih dan sejuk. Walaupun arusnya kecil, air terjun kelihatan padu kerana air itu digerakkan melalui pembukaan sempit di dalam batu. Air terjun ini terletak hanya 5 minit memandu / 15-20 minit perjalanan hutan dari The Cedar Villa. Kalau korang nak tengok lebih boleh tengok video yang kawan-kawan lain kongsikan di youtube.

Maklumat lebih korang boleh tinjau di pautan di bawah :

Harga: Bermula daripada RM1100 semalam

Alamat: Lot 1852, Jalan Paku,
Kampung Chang, 35500
Bidor, Perak

Tel: 012-6839979

E-mel: thecedarbidor@gmail.com

Laman web: https://www.thecedarbidor.com/

Facebook: https://www.facebook.com/thecedarbidor

Instagram: https://www.instagram.com/thecedarbidor/
Uiiitttt -- berangan nak villa macam ni sebijik...tak apa...berangan tak perlu bayar kan.

Post a Comment

17 Comments

  1. Cantik!!! dah pergi sekali dan rasa nak pergi lagi berkali-kali sebab cantik sangat-sangat. dri segi harga juga berbaloi sbb leh share ramai2... one of the best holiday location in PERAK

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kawasan..bila lah nak pi berjalan2 kat perak ni

    ReplyDelete
  3. Seronok dapat bercuti kat The Cedar kan. Kitorang pun nak sebiji rumah camni..

    ReplyDelete
  4. Syoknya kalau dpt buat gathering dekat sini. Sekurangnya 2 malam baru berbaloi kan dengan view mcm tu.

    ReplyDelete
  5. aduih... masih terngiang-nging kat the cedar ni

    ReplyDelete
  6. Berapalah kadar sewa semalaman?

    ReplyDelete
  7. cantiknye...harga tu utk sebuah villa ke sebuah bilik?

    ReplyDelete
  8. cantiknya permandangan dia cik ma.. kena menabung dulu nak g villa ni tengok harga hihihi

    ReplyDelete
  9. teringinnya nak pergi.dekat sangat dengan rumah opah yang dulu.

    ReplyDelete
  10. cantiknya... sesuai sgt buat family kat situ..

    ReplyDelete
  11. Cantik sangat villa ni.. Nasib baik berangan tak perlu bayar 😂

    ReplyDelete
  12. mmg cantik betul lah dik oi villa nih,walaupun harga dia wow tp sangat2 berpuas hati tgk segala facilitinya... selesa n nampak baru
    mmg betul2 mewah ni, bila ddk ramai2 tak la rasa sgt mahal tu kan...

    ReplyDelete
  13. cantiknya! syoknye kalau umah pun konsep ala-ala gini..hehe

    ReplyDelete
  14. Cantiknya villa dia, sha.. Best sgt pi cuti rileks2, release tension kat villa ni.. Belah dalam dia pun nmpk curlass..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi