JAGA KUKU KITA | Tak dapat dinafikan kuku adalah salah satu aset penting pada tubuh seseorang. Kuku ibarat gambaran awal tentang kebersihan diri sesorang dan sekali gus menjejaskan penampilan individu. Paling penting ia juga boleh menjadi punca penyakit seperti keracunan makanan. Oleh itu kuku perlu dirawat dengan baik supaya bersih dan cantik. Pengalaman sendiri bila tidak memotong kuku adalah amat mengganggu kegiatan seharian.
MASALAH-MASALAH YANG BIASA DIHADAPI.
1. KUKU KERING
Mungkin disebabkan kekurangan vitamin A,kalsium dan zat besi atau mungkin kerap berendam di dalam air. Sila perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin A,kalsium dan zat besi. Selain itu, rajin-rajinkan diri urut kuku dan jari dengan menggunakan krim pelembap atau minyak zaitun.
2. HALUS & LEMAH
Biasa terjadi kerana keturunan atau kerap guna pembersih kuku yang mengandungi bahan yang merosakkan kuku. Sila ambil makanan yang menagndungi kadar protein, kalsium dan zat besi yang tinggi.
3. MUDAH TERKOYAK.
Masalah kuturunan atau masalah kekurangan Vitamin B. Sila ambil makanan yang mengandungi Vitamin B.
4. TEBAL & KERAS
Kuku kaki macam ni sila pakai kasut saiz sendiri.
5. BERBINTIK PUTIH
Terdapat udara pada dasar kuku anda. Makin panjang kuku anda bintik putih itu akan hilang, perasan tak?? jangan risau, itu bukan penyakit dan tak perlu risau.
ANTARA MAKANAN SIHAT UNTUK KUKU
Ikan Salmon
Telur
Kekacang
Oat
Biji bunga matahari
Kacang hijau.
Jom jaga kuku kita!!
2 Comments
Betul, kuku yang elok dan bersih menggambarkan peribadi seseorang
ReplyDeletewarna kuku fae pucat je huhu
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi