Hot Posts

6/recent/ticker-posts

8 TIPS DIET MUDAH SAHUR KEVIN ZAHARI

8 TIPS DIET MUDAH SAHUR | Sempena bulan mulia bulan Ramadhan yang bakal tiba tak sah jika kita tak kongsi tips yang berguna untuk kita amalkan. Kali ini Sha nak kongsikan tips diet semasa bersahur mengikut diet kalori yang Sha amalkan. Nampaknya walaupun berpuasa makan kena cukup mengikut kalori diri masing-masing juga yea.


1. Jangan skip sahur
Penting untuk bekalan tenaga, nutrisi dan air sepanjang berpuasa. Tambah pula cuaca panas dan lembap Malaysia lagi pula adalah sunnah dalam amalan puasa.
2. 400-600 kalori
Cuba target jumlah pengambilan dalam 400 hingga 600 kcal.

3. Kompleks Karbo
Memberi tenaga yang tahan lebih lama. jadi pilih karbo yang berserat.

Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa bersahur. Kenapa? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.
Contoh sumber: Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI (glycemic indeks)

4. Protein yang bersih
Protein mengenyangkan. Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.
 
5. Elak garam
 Mempercepatkan dehidrasi. Pilih makanan yang ada potassium. Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng etc ia lagi cepatkan dehyration dan akan buat anda cepat berasa haus.

6. Elak kafein
Kafein juga mempercepatkan dehidrasi. Air gas, teh dan cholatate pun biasa mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak minum air coklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang besar tapi kalau boleh, kurangkan kuantiti pengambilan.

Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik – kualiti yang memaksa badan buang air. Ini lagi mempercepatkan dehydration semasa berpuasa. Kalau perasan minum nescafe lah menyebabkan kerap ke tandas!

7. jangan minum terlalu banyak air.
Lebih banyak minum , lebih cepat ia akan dibuang.

Sebagai panduan: Jumlah: 2-3 gelas sederhana dah cukup. Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi pagi-pagi buta, badan agak terkejut dengan air ais. Jenis? Kalau nak air manis pun, jangan lebihkan dari air kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.
8. Elak suhu melampau.
Suhu yang terlalu panas atau sejuk akan "shock" sistem penghadaman.

---------------

Yang pastinya jangan sesekali tak bersahur yea kawan-kawan. Memanglah ada yang biasa tak bersahur pun tak apa tapi seeloknya bersahurlah, terutamanya di awal Ramadhan sebabnya untuk mengelakkan perut kita terkejut.

Post a Comment

3 Comments

  1. boleh la praktik bulan posa ni...azam dari dulu2 nak kurangkan nasik...tp selalunya tinggal azam..ekekeke

    ReplyDelete
  2. Bagusnya tipa ni. Bolehla praktikkan nanti. Thanks tau share

    ReplyDelete
  3. wah nice sharing!!banyak info yang baru gee tahu ni..boleh apply sepanjang Ramadhan ni..thank you cik ma!

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi