PANDUAN MENGHADIRI PERBICARAAN PUSAKA KECIL - SHALIMAR YUSOF


Monday, March 26, 2018

PANDUAN MENGHADIRI PERBICARAAN PUSAKA KECIL



PANDUAN MENGHADIRI PERBICARAAN PUSAKA KECIL | 19 Mac 2018 [isnin] Sha pulang ke kampung untuk menghadiri bicara pusaka di Unit Pembahagian Pusaka Kecil Terengganu Utara. Memandangkan Sha tak tinggal di kampung jadi Sha mengambil langkah untuk menyelesaikan urusan pusaka secepat mungkin kerana urusannya dibuat dikampung. Kes ini telah Sha daftarkan semasa bercuti selepas pemergiaan ayah pada 13 Oktober 2017. Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan dengan kehadiran dan kerjasama daripada bapa saudara iaitu adik beradik kepada arwah ayah Sha.

Kami tiba di Pejabat Unit Pembahagian Pusaka lebih kurang pukul 8.30 pagi kerana notis dikeluarkan untuk hadir jam 8.45 pagi. Sebelum memasuki ruang bicara, kami dikehendaki menyerahkan kad pengenalan mungkin untuk pendaftaran bukti kehadiran.

Dinasihatkan supaya korang mengadakan perbincangan awal bersama ahli keluarga yang terlibat jadi apabila tiba hari bicara tidaklah korang terkulat-kulat atau baru nak bincang jawapan apabila ditanya. Sha sendiri bernasib baik kerana tidak melibatkan ramai ahli keluarga memandangkan Sha tidak mempunyai adik beradik lelaki , bapa saudara juga terlibat dalam perbicaraan. Pastikan ahli keluarga terlibat maklum apa harta yang akan dibicarakan supaya dapat melancarkan perjalanan bicara itu sendiri.

Di dalam ruang bicara korang akan mengangkat sumpah sebelum bicara dimulakan. Kemudian akan dilantik pemegang amanah bagi harta-harta yang diisytiharkan, untuk kes Sha ini semua urusan bapa-bapa saudara serahkan kepada Sha sendiri sebagai pemegang amanah memandangkan Sha adalah anak sulung daripada kami 3 beradik.

PANDUAN MENGHADIRI PERBICARAAN
AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955

Pemohon / Pempetisyen adalah bertanggungjawab ke atas perkara-perkara :

1. Tuan/Puan adalah dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen asal
  • Sijil kematian si mati / waris yang telah mati.
  • Kad pengenalan atau surat beranak semua waris.
  • Sijil kerakyatan / Surat Kelahiran, Sijil perkahwinan simati (jika ada)
  • Hak Milik Tanah / Surat Perjanjian Jual Beli
  • Sijil Pendaftaran kenderaan, sijil saham, buku akaun simpanan yang telah dikemaskini.
  • Lain-lain dokumen asal yang berkaitan dengan harta simati.

2. Tuan/Puan dikehendaki memaklumkan kepada semua waris si mati yang berhak menuntut harta pusaka tersebut supaya hadir pada tarikh perbicaraan.

3. Sila pastikan semua yang hadir berpakaian kemas dan sopan. ( Bagi waris dibawah umur 18 tahun tidak wajib hadir, hanya salinan kad pengenalan dan surat beranak sahaj diperlukan.)

4. Waris yang tidak dapat hadir pada tarikh perbicaraan, bolehlah mengemukakan SURAT PERSETUJUAN (BORANG DDA) yang boleh diperolehi di mana-mana Unit Pembahagian Pusaka Seluruh Semenanjung Malaysia atau muat turun di alamat http:www.jkptg.gov.my (ruangan Pembahagian Pusaka Kecil). PERINGATAN Borang Persetujuan ini hendaklah ditandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, majistret atau Pentadbir Tanah Daerah dan diisi dengan lengkap bagaimana harta hendak dibahagikan diruang yang disediakan. Borang Persetujuan yang tidak lengkap akan ditolak.

5. Sekiranya simati meninggalkan ibu bapa, mereka adalah waris yang berhak dan dikehendaki hadir perbicaraan atau mengemukakan surat persetujuan (BORANG DDA)

6. Jika Tuan/Puan seorang sahaja waris simati (tunggal) yang akan menghadiri perbicaraan itu, maka tuan/puan dikehendaki membawa dua(2) orang saksi bebas mengenali simati serta yang tiada pertalian persaudaraan dengan waris.

7. Sebelum menghadiri perbicaraan, waris-waris dinasihatkan supaya mengadakan perbincangan bagi menentukan cara pembahagian.

8. Sekiranya tuan/puan gagal hadir perbicaraan setelah 3 kali Seksyen 8 dan 2 kali Seksyen 17 panggilan dibuat permohonan tuan/puan akan dibatalkan.

9. Bayaran perintah hendaklah dijelaskan diakhir perbicaraan. Bayaran hendaklah dibuat di kaunter hasil dan salinan resit bayaran perlu dihantar ke Unit Pembahagian Pusaka Kecil .

Selesai perbicaraan dan pembayaran pihak Unit Pembahagian Pusaka Kecil akan menguruskan urusan seterusnya dan akan menyerahkan dokumen berkaitan untuk urusan Pemegang Amanah dalam beberapa tempoh tertentu yang akan dipos atau boleh dituntut terus di Pejabat unit Pembahagian Pusaka Kecil.

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah SWT dan keluarga yang terlibat. Semoga arwah ayah Allahyarham Mohd Yusof tenang disana.

Jika korang nak tahu perkongsian Sha tentang urusan tuntutan pusaka sebelum ini korang boleh klik link di bawah ;

1. Cara tuntut bantuan urus jenazah

2. Tuntutan khairat kematian penerima br1m

3. Peraturan Mengeluarkan Pusaka Tabung Haji

4. Cara Mohon Pembahagian Pusaka

Sekian perkongsian.

2 comments:

  1. baru jg pergi perbicaraan pusaka kecil...

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi terliba dengan perbicaraan pusaka ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi