CARA TUNTUT BAYARAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA - SHALIMAR YUSOF


Friday, February 02, 2018

CARA TUNTUT BAYARAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA



CARA TUNTUT BAYARAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA | Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua. Sebelum ini Sha ada kongsi tentang beberapa perkara yang boleh keluarga si mati uruskan selepas kematian ahli keluarga terdekat. Kali ini Sha nak kongsi tentang permohonan Bantuan Mengurus Jenazah yang boleh waris tuntut. Sebenarnya selepas ayah Sha pulang ke Rahmatullah sudah ramai yang maklumkan tentang bantuan ini, jadi seperti biasa Sha yang uruskan bagi pihak Mak Sha, bukan apa Mak tak mampu nak ke hulu ke hilir macam dulu untuk menguruskan hidup, adik-adik pula masih di bangku sekolah jadi segala kebajikan Mak akan Sha usahakan.


Arwah ayah seorang pesara jadi pewaris berhak menuntut apa yang patut jadi apa salahnya kita dapatkan apa disediakan. Jadi hari ini Sha nak kongsi Syarat-syarat permohonan Bantuan Mengurus Jenazah berpandukan Peraturan Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 tahun 2010.



1.
Siapa


Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.
(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)
2.
Amaun

RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia tiga ribu sahaja).
3.
Penerima Mengikut Keutamaan

i)      Balu/Duda;
ii)     Anak;
iii)    Ibu/Bapa
iv)    Ahli keluarga yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).
v)     Pihak yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu disertakan).
4.
Cara Memohon




Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.jpapencen.gov.my, dilengkapkan dan dikemukakan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) di alamat berikut bersama dokumen sokongan:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen)
Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W. P. Putrajaya

Malaysia
 
5.
Cara Bayaran
Penerima dalam Malaysia:
i)
      Waran
ii)
     Kredit Bank
Penerima di luar Malaysia:
i)
      Pindahan Telegrafik
ii)
     Deraf Bank

 DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN

Borang permohonan perlu dilampirkan bersama beberapa dokumen yang disahkan iaitu :

1. Salinan Sijil Kematian.
2. Salinan Kad Pengenalan Pesara.
3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
4. Salinan muka surat hadapan buku akaun bank pemohon.
5. Surat Pengesahan Jabatan Akhir atau lain-lain dokumen yang boleh mengesahkan perkhidmatan gemulah sebagai penjawat awam (bagi pesaran kerajaan di bawah Skim KWSP)
6. Dokumen yang menunjukkan hubungan antara pesara dan penerima :




Pemohon
Dokumen
Balu atau Duda
Salinan Sijil Nikah
Anak
Salinan Sijil Kelahiran
Ibu atau Ayah
Salinan Sijil Kelahiran Pesara
Lain-lain
Surat Akuan Sumpah


 *Pengesahan dokumen boleh dibuat di hadapan : - Kadi, Imam, Paderi, Penghulu, Penggawa, Ketua Kampung, Ketua Komuniti, Ketua Balai Polis, Guru Besar, Pegawai Kerajaan (Jawatan Utama, Jawatan Khas dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional) atau Ketua Anak Negeri.

Borang yang telah lengkap boleh dihantar ke alamat seperti di atas.

Sekiranya berlaku kematian ahli keluarga terdekat korang boleh juga rujuk sini :


Seperti sedia maklum urusan pusaka bukan hal main-main dan penting untuk si mati juga. Hal ini disebabkan pusaka juga melibatkan hutang piutang yang perlu dibayar (jika ada).

Semoga maklumat ini boleh membantu korang ya.
Terima Kasih.

11 comments:

  1. Great info. thank you.

    Do visit my blog : https://najwazahid94.blogspot.my/2018/01/photography-time-at-minnature-malaysia.html

    ReplyDelete
  2. info yang bagus. kadang sesetengah orang tak tahu mcm mana nk tuntut kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikma pun klu xlalui xtau jgc CR...huhhu

      Delete
  3. bagus info ni... jarang-jarang tahu... nak kena ambil tahu...

    ReplyDelete
  4. Gud info! Ciktie selalu cari maklumat pasal benda ni. Thanks ye sharing pasal benda ni

    ReplyDelete
  5. Bagus ni info cik ma tulis ni.. Eh arwah ayah cik ma pesara tentera ko..

    ReplyDelete
  6. berapa lama tempoh permohonan diluluskan?

    pihak jpa kata boleh hantar melalui emel dan saya dah hantar dokumen tersebut melalui emel

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi