Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN PENERIMA BR1M

TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN PENERIMA BR1M | Assalamualaikum semua, seperti yang mana kita tahu sekarang pihak Kementerian Kewangan Malaysia telah membuka Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual yang bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.

KEPADA YANG INGIN MEMBUAT PERMOHONAN BARU BOLEH KLIK BANNER DI BAWAH

https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

Sha baru sahaja mengisi borang permohonan baru untuk mak Sha memandangkan sebelum ini permohonan adalah atas nama arwah ayah. Pada isi rumah penerima BR1M dan penerima telah meninggal dunia pasangan penerima boleh menuntut khairat kematian penerima BR1M.
  1. Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia.
  2. Waris perlu membawa dokumen berikut:

    1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
    2. Kad Pengenalan Asal Waris
    3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris seperti sijil nikah.
Khairat kematian ini boleh dituntut di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran anda. Untuk permohonan baru bagi pasangan yang telah meninggal dunia perlu menghantar Sijil kematian di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam masa 7 hari selepas menghantar permohonan secara online.

Semasa buat permohonan khairat kematian pastikan anda adalah waris yang didaftarkan oleh si mati. Khairat kematian ini hanya boleh dituntut oleh waris didaftarkan dan perlu hadir sendiri ke bank kerana memerlukan kad pengenalan dan pengesahan cap jari. Pembayaran khairat kematian ini berbentuk tunai RM 1000 segera. Pemberian khairat kematian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu tunggal yang kehilangan tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan.

Bagi permohonan baru BR1M secara online anda juga perlu hadir ke kaunter LHDN untuk menghantar dokumen yang diperlukan seperti jika anda seorang ibu tunggal memerlukan tarikh kematian suami dan anda perlu menghantar salinan sijil kematian ke LHDN sendiri. Petang tadi Sha hadir ke LHDN Ipoh dan proses hanya sekejap hasil usaha pihak LHDN membuka khemah khas untuk mengisi borang dan kaunter nombor disebelah luar bangunan kemudian baru dipanggil ke dalam.

Sekian perkongsian pengalaman menguruskan khairat kematian penerima BR1M dan memohon BR1M baru.

Post a Comment

5 Comments

  1. info yang bagus untuk sesiapa mendapat brim,ramai yang tak tahu pasal kemudahan ini...

    ReplyDelete
  2. ada pengalaman dengan kes begini tapi biar la tinggal kenangan sedih pulak ingat benda ni... semoga roh arwah tok ayah tenang di sana...

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan cik mar..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi