HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Wednesday, October 25, 2017

PERATURAN MENGELUARKAN PUSAKA TABUNG HAJI




PERATURAN MENGELUARKAN PUSAKA TABUNG HAJI | Al-fatihah buat Ayahanda Mohd Yusof. Berbicara tentang perginya arwah banyak yang Sha belajar dan mula ambil tahu jika sebelum ini Sha tidak terlalu ambil tahu berkaitan pengurusan harta. Sebelum ini memanglah Sha sudah mendaftarkan penama bagi akaun tabung haji tetapi tidak terlalu ambil tahu akan kepentingan sebenar penama ini. Ingat lagi kakitangan tabung haji minta Sha kemaskini penama sambil berkata orang sekarang terutamanya isteri takut nak letak nama suami sebagai penama. 😁

Apabila meninggalnya seseorang terutamanya ketua keluarga selain sumbangan yang diberi orang ramai untuk menyelesaikan urusan-urusan yang perlu keluarga perlu tahu terutamanya isteri di mana buku akaun bank, akaun tabung haji atau mana-mana sijil saham yang si mati miliki. Bukan gila harta tapi ianya penting untuk kelangsungan hidup anak-anak jika ada juga penting untuk menyelesaikan hutang piutang si mati seperti yang kita tahu hutang amat penting perlu diselesaikan supaya tidak tergantung di alam sana. Untuk hari ini Sha nak kongsikan cara-cara mengeluarkan pusaka bagi Tabung Haji.

Korang perlu bawa buku akaun si mati ke kaunter ambil nombor untuk hal-hal lain pilih urusan pusaka. Di sana pihak tabung haji akan semak sama ada si mati mempunyai penama atau tidak. Jika ada terus boleh mengisi Borang Permohonan Pengeluaran Pusaka manakala jika tiada penama simpanan pula melebihi RM 1000 korang hendaklah mendapatkan salah satu surat kuasa seperti berikut:

1. Hukum Syarak - Surat Pembahagian Harta Pusaka mengikut Hukum faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah; atau

2. Bicara Kecil - Surat Pembahagian Harta Pusaka yang diuruskan oleh Pejabat Tanah/Daerah; atau

3. Pentadbir Pusaka - Memohon supaya Harta Pusaka ditadbir oleh Amanah Raya Berhad atau Pegawai Pentadbir Pusaka; atau

4. Surat Kuasa daripada Mahkamah Tinggi.

*Borang permohonan hendaklah diisi oleh waris yang telah ditentukan dalam mana-mana satu Surat Kuasa diatas

SYARAT-SYARAT


1. Pemohon hendaklah ahli Tabung Haji ( Bagi yang memilih kredit akaun )

2. Bayaran Perkhidmatan sebanyak RM5.00 akan ditolak daripada akaun pendeposit.

3. Sila kemukakan dokumen asal seperti berikut :

a) Kad Pengenalan Pemohon
b) Sijil Mati pendeposit
c) Surat Kuasa (jika pendeposit tiada penama/pemegang amanah)
d) Kad Pengenalan Penjaga (jika penama/pemegang amanah bawah 18 tahun)
e) Surat beranak (Jika penama/pemegang amanah bawah 12 tahun); dan
f) Sijil mati bagi penama/pemegang amanah yang telah meninggal dunia.

4. Penama/pemegang amanah yang dinamakan sahaja mengisi borang JP005 (Borang Permohonan Pengeluaran pusaka). Jika terdapat penama/pemegang amanah lebih daripada seorang, proses bayaran akan dibuat setelah semua borang permohonan diterima. Waris boleh membuat permohon secara berasingan di mana-mana pejabat TH yang berhampiran.

5. Simpanan kurang daripada RM 1000 yang tiada Penama/Pemegang Amanah, pemohon hendaklah mengisi Borang JP005 dan waris yang lain mengisi Borang JP006 (Borang Akuan Waris). Borang boleh tengok sini Borang JP005 & Borang JP006

6. Saksi hendaklah terdiri daripada salah satu daripada berikut ;

a) Anggota tabung haji; atau
b) Lain-lain Ketua Masyarakat (Sabah dan Sarawak sahaja)

7. Permohonan yang lengkap diterima akan diproses dan dibayar dalam tempoh masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.

Korang nampak tak apa kepentingan penama daripada syarat-syarat di atas? Pusaka si mati lebih cepat dicairkan berbanding tiada penama. Banyak urusan yang perlu dibuat jika tiada penama seperti perlu ke Unit Pembahagian Pusaka untuk bicara kecil dan prosesnya lebih lama kerana menunggu giliran. Bagi keluarga yang senang lenang, tiada tanggungan mungkin tiada masalah tetapi bagi keluarga yang memerlukan ianya perlu untuk meneruskan kehidupan.

Berbalik pada kakitangan Tabung Haji yang cakap isteri sekarang takut nak letak nama suami sebagai penama itu ada benarnya walaupun memang hakikatnya begitu lah, takut kita mati karang suami senang lenang dengan duit tu berbini lain pulak ke..huhuhu...ye tak..ye takk...tapi yang letak nama suami tu sebenarnya keputusan yang baik sebab kalau anak-anak budak lagi takkan budak nak urus pusaka kan.😌

Nak tahu cara memohon pembahagian pusaka di pejabat tanah Unit Pembahagian Pusaka korang boleh baca sini ---> Cara Mohon Pembahagian Pusaka moga dapat membantu pada yang memerlukan.

11 comments:

  1. Aje kuat beno mikir yg xelok ke suami.. Huhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeehhhh...suami kite komen laaaa,,,kantoi plakk

      Delete
  2. Info yang bermanfaat kak *thumbup*

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat pada pembaca..sebab dah rasa kan

      Delete
  3. tiba tiba sebak..bila baca entri ini.. teringatkn arwah aki

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kita doakan yg masih ada dan telah tiada

      Delete
  4. salam takziah sha.. masa arwah mak mama ninggal 2 tahun lepas ayah mama yg uruskan semuanya

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi