Room Stay Sesuai Untuk Keluarga Kecil Di Seri Iskandar Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca.
Nampaknya Seri Iskandar Perak sekarang agak sibuk menerima tetamu luar ya. Bukan apa, tempahan room stay di Seri Iskandar agak mendapat sambutan setiap minggu. Antara yang mendapat perhatian adalah Studio Inap Seri Iskandar (SISI).
Studio Inap Seri Iskandar (SISI)
Untuk pengetahuan anda, SISI terletak di Seri Iskandar, Perak dan berada di Tingkat 5, Blok C Apartment IUS Lestari Seri Iskandar. Kawasan ini baru sahaja dibuka secara berperingkat sejak tahun 2022. Alhamdulillah, SISI juga telah beroperasi sejak 1 Jun 2024.
SISI adalah sejenis bilik studio apartment. Ramai yang tanya, SISI ada berapa bilik. Untuk pengetahuan anda, bilik studio apartment bermaksud apartment satu ruang yang mempunyai fungsi utama seperti bilik tidur, ruang tamu dan dapur. Hanya tandas sahaja yang terasing. Pendek kata buka pintu terus nampak dapur, katil dan sofa.
Fasiliti Tersedia Di Studio Inap Seri Iskandar
1. 1 katil saiz queen
2. 1 tilam boleh lipat saiz bujang
3. 1 sofa 2 tempat duduk
4. 1 penghawa dingin
5. 1 sejadah
6. 2 tuala mandi
7. 1 set meja makan 2 kerusi
8. 1 induction cooker
9. 1 cerek air
10. Pinggan, mangkuk, gelas, periuk disediakan
11. Seterika dan papan gosok
12. Televisyen
13. Capaian Internet
14. Lot parking percuma berhampiran lif
15. Taman permainan
Kemudahan Di Sekitar Studio Inap Seri Iskandar
Jika anda menginap di SISI, anda jangan risau tentang kemudahan asas kerana tidak jauh daripada lokasi SISI terdapat beberapa kemudahan. Apakah kemudahan yang ada berhampiran SISI? Jom kita tengok.
1. Kedai makan.
Tidak jauh daripada SISI terdapat kedai untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Ini disebabkan SISI terletak tidak jauh dari Bandar Seri Iskandar. Untuk makan malam, terdapat kedai tom yam paling dekatt iaitu Utama Tom Yam yang menyediakan masakan panas, nasi kerabu, mee celup dan sebagainya.
2. Kedai Serbaneka
Lebih kurang 400m terdapat kedai runcit dan pasaraya seperti Longwan, Mr.DIY, 7Eleven dan Gemok Grocer. Jadi untuk anda mendapatkan barang asas seperti makanan bolehlah ke kedai-kedai ini.'
3. Bengkel Kereta
Sebelum sampai di kedai makan terdapat satu bengkel kereta. Mungkin ada kecemasan pada kenderaan anda, pasti anda memerlukannya bukan?
4. Klinik 24 jam
Malang tidak berbau, tapi jangan panik. Jika berlaku kecemasan, terdapat klinik yang beroperasi 24 jam di sekitar SISI. Antara klinik yang anda boleh dapatkan perkhidmatan kesihatan adalah seperti Klinik Syifa' Seri Iskandar.
5. Masjid
Jika anda ingin menunaikan solat di masjid, masjid yang paling hampir dengan SISI adalah Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pusat Pendidikan Berhampiran Dengan SISI
Cara Untuk Membuat Tempahan Studio Inap Seri Iskandar
Airbnd Studio Inap Seri Iskandar
3 Comments
Tak pernah explore lagi Seri Iskandar ni....pernah sekalu lalu di hadapan Uitm .
ReplyDeleteWah nampak sangat selesa dan cozy! :)
ReplyDeleteNampak best je
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi