Khasiat Maajun Nenda Homemade Rahsia Bidan Istana Sejak 1928 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Jamu tradisi diakui masih menjadi pilihan hati wanita yang ingin menjaga kesihatan dalaman mereka. Penjagaan dalaman adalah penting untuk menghasilkan luaran yang bukan sahaja cantik tetapi bertenaga juga.
Salah satu jamu yang sedang meletup di pasaran iaitu Maajun Nenda juga mempunyai khasiat yang dikejar oleh para wanita di luar sana termasuk Sha sendiri. Bukan apa, sebagai wanita yang bekerja dan perlu menguruskan rumah tangga dalam satu masa memang memerlukan tenaga dan jamu yang boleh membantu menyokong dalaman wanita.
Teruskan membaca kerana Sha akan kongsikan dengan dengan korang khasiat Maajun Nenda dan cara pengambilan Maajun Nenda yang betul.'
Maajun Nenda 100% Homemade
Maajun Nenda merupakan maajun yang dihasilkan daripada resepi bidan istana sejak tahun 1928 lagi. Walaupun ianya sudah mula dikomersialkan tetapi cara pembuatannya masih dikekalkan.
Mempunyai 44 jenis herba, rempah ratus, daun dan terpilih menjadi ramuan Maajun Nenda disamping dicampur dengan madu juga minyak zaitun untuk menjadikan ianya kenyal.
Khasiat Maajun Nenda
Sha di sini sebenarnya nak kongsi dengan korang niat sebenar Sha ambil Maajun Nenda. Sha ada hari memang sibuk dengan kerja hakiki dan setiap pagi memang sibuk sediakan keperluan sendiri, suami dan anak-anak. Tambah pula sejak bertukar tempat kerja yang lebih jauh daripada biasa, memang lain macam penatnya.
Bila umur meningkat dan dah tak muda macam dulu, beza ya umur kita 20-an dengan 30-an dan menghampiri 40 ini. Balik kerja kadang sakit-sakit badan tak tahu punca. Dulu Sha rajin pergi berurut, sejak pandemik memang tak pernah pergi lagi. Setiap kali berurut memang sakit sebab badan banyak angin.
Atas sebab itulah Sha mula cuba Maajun Nenda ini. Tak tahan juga badan angin dan mula terasa lenguh-lenguh di bahagian sendi. Bila Sha tengok khasiat-khasiat Maajun Nenda seperti di bawah memang Sha tertarik. Bukan apa, orang mengurut pun selalu sarankan untuk kita wanita supaya ambil jamu sebab perempuan tak sesuai dengan benda sejuk-sejuk.
Jom baca apa kebaikan Maajun Nenda..
- Membuang angin dalam badan dengan cepat
- Mengecutkan peranakan
- Melawaskan pembuangan air besar tanpa sembelit
- Mengenyangkan dan amat sesuai untuk diet
- Membentuk tubuh yang lebih langsing
- Mengetatkan, menegang dan menganjalkan rahim
- Menegang payudara dan pinggul
- Badan jadi cergas dan ringan
- Menyihatkan badan dan otot-otot dalaman
- Mengeluarkan angin dalam badan
- Melancarkan perjalanan haid
- Hilangkan senggugut
- Hilangkan keputihan
- Awet muda dan kulit cantik dan bibir kemerahan
- Hilangkan lenguh badan
- Melancarkan peredaran darah
- Memperbanyakkan pengeluaran susu badan
- Amat sesuai untuk ibu berpantang
- Meningkatkan nafsu
Pengalaman Peribadi Selepas Mengambil Maajun Nenda
Berdasarkan kebaikan-kebaikan Maajun Nenda yang ada, adalah beberapa kesan yang Sha rasai. Masalah sakit dan lenguh-lenguh badan sudah berkurangan berkurangan. Masalah sembelit Sha pun Alhamdulillah tak perlu lama-lama dalam tandas.
Yang paling penting badan rasa ringan dan cergas. Penting sebab kita nak menguruskan keluarga dan kerja yang jarang lekat di pejabat. Kalau di pejabat pun Sha jenis tak tahan dengan penghawa dingin. Sha juga percaya dengan penjagaan dalaman dapat melahirkan kecantikan luaran.
Paling best rasa Maajun Nenda pun sedap. Bau dia memang bau jamu herba betul, tapi rasa dia peda-pedas manis sahaja. Keseluruhan bahan yang digunakan untuk membuat Maajun Nenda juga bukan bahan yang biasa-biasa. Cara buat pun masih dengan cara tradisional.
Antara Ramuan Maajun Nenda
Sudah pasti bahan yang digunakan adalah baik untuk dalaman kaum wanita. Wanita mana yang tak mahu sentiasa awet muda, cantik, sihat dan bertenaga bukan? Korang tengok sendirilah bahan-bahan yang digunakan, ada yang Sha tak pernah dengar pun.
- Manjakani
- Arabic gum
- Halia bara
- Jintan Manis
- Kunyit kering
- Akar serapat
- Jemuju
- Cabai pulas
- Akar Inai
- Daun Pecah Periuk
- Akar Gajah Beranak
- Bawang Putih
- Daun Senna Maki
- Akar Sekecut
Cara Makan Maajun
Dalam satu botol Maajun Nenda terdapat 3 boba besar, jadi kita perlu bahagikan boba tersebut kepada 8 bahagian secara sama rata. Selepas dibahagikan kita perlu gentel-gentel. Pendek kata selepas dibahagi untuk satu botol kita akan dapat 24 biji maajun.
Boleh dikunyah atau ditelan dengan air. Tetapi Sha lebih syorkan korang untuk kunyah supaya kesan lebih cepat.
Sha nak kongsi dengan korang 2 cara makan Maajun Nenda yang mana mengikut kesesuaian koranglah.
- Untuk yang kali pertama atau tiak biasa makan maajun, korang boleh ambil satu biji sehari sebelum sarapan. Jika nak makan 2 kali sehari, ambil satu biji dan jadikan dua bahagiann. Makan pagi sekali dan makan petang sekali.
- Manakala dos yang sesuai untuk yang biasa makan maajun pula maksimum 2 biji sehari. 1 biji sebelum sarapan dan 1 biji sebelum makan malam. Biasanya selepas ambil kita akan rasa kenyang dan boleh skip makan malam.
Apa yang penting korang perlulah minum air putih secukupnya iaitu 8 gelas sehari. Tips ini dapat membantu kita menurunkan berat badan jika konsisten.
Nampak tak gambar di atas, kalau korang beli di Kedai Shopee MyNenda korang akan dapat bekas berpenutup dan extra gift lain jika korang ambil 2 botol maajun.
Jika korang mempunyai persoalan lanjut tentang pengambilan Maajun Nenda ini korang boleh whatapps terus sahaja. Lagi senang untuk korang nak tahu atau mendapat nasihat atau bimbingan terus sebelum mengamalkan Maajun Nenda ini.
Info Dan Tips Extra Untuk Amalkan Maajun Nenda
- Remaja atau yang belum kahwin, tetapi mengalami senggugut atau keputihan boleh mula makan maajun 1-2 biji maajun yang bersaiz biji jagung.
- Time period boleh berhenti makan. Jika ada masalah period tidak lancar atau masalah senggugut boleh teruskan macam biasa.
Pesakit darah tinggi kena bermula dengan sebiji besar biji jagung. Dos yang berlebihan dikhuatiri akan menyebabkan pening disebabkan ramuan itu sendiri.
Pesakit yang dalam rawatan perlu menjarakkan masa 3 jam antara maajun dengan ubat.
Jangka hayat maajun adalah 24 bulan, namun digalakkan habiskan makan dalam tempoh 3 bulan setelah dibuka dari botol asal
Cara Dapatkan Maajun Nenda
Jika korang mahu dapatkan Maajun Nenda ini pastikan korang beli daripada ejen yang mudah berurusan. Macam Sha, Sha dapatkan daripada kedai shopee MyNenda .
Atau korang boleh sahaja terus whatapps : https://www.wasap.my/60136483362
Di kedai shopee ini jika korang beli 2 botol, korang akan dapat freegift bekas. Jadi korang boleh simpan Maajun Nenda dalam bekas tersebut.
1 Comments
dulu masa lepas bersalin pernah la makan maajun ni, sekarang dah tak boleh makan
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi