Untuk menikmati keindahan negeri ini selama beberapa hari yang anda inginkan, kami sarankan anda menginap di resort bertaraf 5 bintang yang terdapat di Kedah untuk keseronokan yang maksima.
Teruskan membaca.
Pilihan Resort 5 Bintang Di Kedah Untuk Percutian Bersama Keluarga
1. Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi
Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi ini erletak benar-benar di persisiran Pantai Cenang. Dengan berkonsepkan inspirasi daripada alam semulajadi, chalet-chalet di resort ini dibina berasaskan kayu dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.
Di samping itu, setiap unit yang disediakan juga mempunyai balkoni sendiri. Ini membolehkan anda untuk menikmati keindahan kawasan pantai yang kelihatan dari bilik anda dengan lebih mudah.Anda juga boleh meluangkan masa untuk memanjakan diri di spa yang disediakan oleh Pelangi Beach Resort & Spa, Langkawi.
Bagi yang suka berenang, anda boleh berenang sepuas hati di kolam yang disediakan secara percuma. Terdapat 3 jenis kolam yang anda boleh pilih termasuklah kolam khusus untuk kanak-kanak.
2. Cinta Sayang Resort
Sekiranya anda membuat keputusan untuk bermalam di Sungai Petani, Cinta Sayang Resort adalah pilihan tempat penginapan yang paling tepat. Untuk pengetahuan anda, resort ini telah memenangi beberapa jenis anugerah seperti Hotel Terbaik 4-Star, Hotel Terbaik Untuk Keluarga dan pelbagai lagi.
Apa yang menariknya, di Cinta Sayang Resort ini, anda boleh bermain golf bersama keluarga. Selain itu, kolam renang juga disediakan untuk anda meluangkan masa berenang sepuas hati.
Untuk menjamu selera pula, terdapat dua restoran yang dibuka di resort ini. Anda boleh memilih dan pelbagai jenis masakan termasuk antarabangsa, barat dan Asia. Tak perlu susah-susah cari makanan dekat luar.
3. Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat
Sekiranya anda mahukan tempat penginapan yang memberikan ketenangan, Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat mampu memenuhi kehendak anda. Ia terletak di kawasan atas bukit dan dikelilingi hutan hijau. Memang segar je udara dekat sini.
Resort mewah ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjungnya termasuklah spa yang menyediakan perkhidmatan urutan.
Fuh, kalau nak ketenangan memang inilah tempatnya.
Sekiranya anda bercadang untuk menginap di resort ini, sebaiknya anda membawa kereta atau sewa mana-mana kereta untuk memudahkan anda bersiar-siar di sekitarnya.
4. The Ritz-Carlton
Kalau ternampak daripada luar, anda pasti teringin untuk menginap di resort The Ritz-Carlton Kedah ini. Reka bentuk luarannya memang sangat unik dan lain daripada yang lain!
Setiap unit di resort ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah ruang balkoni persendirian untuk memudahkan anda bersantai sambil menikmati pemandangan laut bersama keluarga.
Menariknya, di resort ini terdapat pusat kecergasan (gym) yang turut dilengkapi dengan jurulatih peribadi. Untuk anak-anak pula, terdapat taman permainan indoor dan outdoor dan kolam renang disediakan untuk mereka bergembira.
5. Rebak Island Resort & Marina
Rebak Island Resort & Marina ini terletak di Pulau Rebak. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot. Tetapi itulah yang menjadi keistimewaannya dan tarikan para pengunjung untuk menginap di sini.
Resort ini sangat sesuai untuk percutian privasi bersama keluarga. Anda akan ditemani dengan keindahan dan kehijauan pokok-pokok tropika di sekitar resort ini. Suasananya sangat menenangkan jiwa dan menyegarkan. Tambahan lagi, terdapat pantai yang sangat bersih di kawasan pulau ini.
Resort ini juga menyediakan kelas yoga, kelas memanah dan juga kelas memasak yang anda boleh sertai. Setiap kelas diadakan mengikut hari tertentu. Menarik kan?
–
Anda boleh buat tempahan resort pilihan anda melalui aplikasi atau laman web Traveloka pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat tempahan kapal terbang, kereta sewa dan sebagainya hanya melalui Traveloka. Tempah sekarang untuk mendapatkan tawaran hebat!
2 Comments
besttt
ReplyDeleteMenarikkk
Uii banyak tempat best ni
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi