Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Membuat QR Code Percuma

Cara Membuat QR Code Percuma | Seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan keadaan pandemik covid-19 telah banyak mempengaruhi cara kerja setiap jabatan.


Pada bulan November 2021 yang Sha telah ditukarkan ke Unit Pendidikan Pencegahan & Kesedaran Awam atau lebih dikenali dengan Unit Pencegahan. Bila dah masuk unit ini ianya berkaitan dengan penyebaran maklumat.

 

Sejak pandemik covid-19 aktiviti pameran dan kesedaran awam amatlah terhad. Keadaan ini telah mendorong pihak agensi untuk membuat pameran secara alam maya. Cara ini adalah untuk menghadkan pameran bersemuka tetapi program perlu dijalankan.


Memandangkan di unit ini Sha ditugaskan untuk membantu pegawai menguruskan media sosial jadi laporan juga dibuat oleh Sha sendiri. Salah satu laporan adalah memerlukan kami mengadakan e-pameran sama ada menggunakan e-pamplet menggunakan qr code.

 

Oleh itu agensi perlu menggunakan sistem imbasan qr code untuk berkongsi maklumat bersama komuniti. Walaubagaimanapun bukan semua qr code generator dapat digunakan secara percuma. Atas inisiatif yang dibuat Sha mendapat satu laman web memproses qr code secara percuma.


Cara Buat QR Code Yang Ada Statistik Percuma


cara gadai barang kemas
 

Untuk percubaan pertama, Sha telah mencuba satu laman web untuk membuat qr code. Usaha ini telah berjaya tetapi ianya terhad pada satu tempoh sahaja. Kini Sha menggunakan web https://me-qr.com/ms/entry/ sebagai medium qr code generator secara percuma.


Sha suka mengingatkan bahawa jika kita menggunakan qr code generator percuma mestilah mempunyai kelemahan tersendiri. Melalui web qr code generator yang Sha gunakan, hanya satu kelemahan iaitu selepas imbasan pihak ME QR akan menunjukkan iklan (google ads). Untuk membuang iklan dan mendapatkan lebih statistik kita perlu membeli akaun premium.


Contoh Hasil QR Code Yang Berjaya Dicipta


Qr Code E-Pamplet

Qr Code diatas merupakan pamplet antidadah yang boleh dimuatnaik dengan membuat imbasan pada qr code tersebut. Pamplet ini mengandungi panduan berguna untuk ibu bapa diluar sana yang mahu meningkatkan pengetahuan tentang pencegahan dadah. Selepas membuat qr code, kod ini akan disebarkan dipelbagai media sosial yang ada iaitu facebook, instagram, twitter dan aplikasi whatapps.


Buat Qr Code Untuk E-Pamplet Pameran


E-pamplet ini sebenarnya mempunyai pamplet fizikal yang biasa diedarkan kepada komuniti setempat di suluruh negara. Tetapi dengan adanya e-pamplet sebegini edaran pemplet akan lebih meluas. Maklumlah dengan keadaan sekarang yang tidak mengizinkan program bersemuka dengan kerap.

Dengan penyebaran qr code ini diharapkan dapatlah menyampaikan maklumat kepada komuniti setempat yang memerlukan maklumat. mengikut pengalaman, pihak yang memerlukan biasanya golongan guru.


Cara Untuk Scan Qr Code


Untuk membuat imbasan qr code ada beberapa cara bergantung kepada telefon pintar yang anda miliki. Ada sesetengah telefon pintar, anda hanya perlu menggunakan kamera telefon untuk imbas. Selain itu ada yang menggunakan aplikasi facebook yang mana ada simbol scanner qr code dibahagian atas. Cara yang mungkin paling mudah adalah memuatnaik aplikasi imbas qr code.


Kesimpulan


qr code percuma
Statistik ringkas jumlah viewer
     

E-pamplet dengan cara imbas qr code atau dengan klik pada link qr code ini amat memudahkan kerja-kerja publisiti. Bukan itu sahaja, dengan ME QR kita dapat melihat jumlah imbasan yang telah dilakukan oleh pembaca diluar sana.



Post a Comment

1 Comments

  1. Kena study betul- betul la...nampak macam complicated nak buat...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi