Cara Gadai Emas Di Ar-Rahnu YaPEIM| Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Bila bercakap tentang emas pastinya ia sinomim dengan kaum hawa. Emas ialah unsur logam yang berwarna kuning berkilauan tetapi boleh juga berwarna seperti delima atau hitam apabila dibahagi dengan halus.
Baiklah, Sha tak nak cerita panjang tentang emas tetapi yang pasti ianya sangat berbaloi jika milikinya. Sha bukan peminat emas atau lebih tepat lagi barang kemas diperbuat daripada emas. Tetapu bukanlah bermaksud tidak ada langsung.
Barang kemas yang ada hasil dari duit hantaran semasa bernikah dahulu. Maklumlah duit hantaran memang Sha tak gunakan untuk majlis, majoritinya arwah ayah selesaikan. Jadi dengan duit hantaran yang ada Sha gunakan untuk beli emas lengkap iaitu rantai leher, gelang tangan, subang dan cincin.
Cara Gadai Emas Di Ar-Rahnu YaPEIM
Untuk pengetahuan korang, Ar Rahnu YaPEIM adalah pajak gadai islam yang dilaksankan oleh pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui insitusi pelaksana Koperasi YaPEIM Berhad.
Sha faham dengan keadaan sekarang, pelbagai cara untuk setiap orang berusaha untuk meneruskan hidup. Jadi pada Sha tidak ada salahnya jika menggadaikan barang kemas buat sementara waktu. Contohnya jika korang memerlukan modal untuk perniagaan kecil-kecilan seperti mahu menjual kuih muih atau nasi lemak.
Apa yang korang perlu tahu juga adalah jumlah pinjaman yang korang akan dapat nanti. Jika nilai emas korang tinggi, tak semestinya korang kena ambil semua. Kalau boleh korang ambil sahaja nilai jumlah yang korang perlukan sahaja. Ini dapat mengelakkan korang membuat pembaziran lain dan menanggung bayaran lebih dari kemampuan.
Syarat Kelayakan Untuk Membuat Gadaian Emas
- Warganegara Malaysia sahaja
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun
- Berakal dan tidak berada dalam keadaan ketagihan dadah atau tidak mabuk
- Tidak muflis
Jika korang lulus syarat-syarat di atas, barulah korang boleh teruskan niat korang untuk membuat gadaian emas di Ar-Rahnu.
Sha faham sangat setiap orang yang pernah dan mahu buat gadaian emas ini pastinya mempunyai sebab-sebab tersendiri. Tapi pastikanlah korang buat gadaian disaat memerlukan sahaja, kalau tidak rugilah kan kalau tak dapat tebus balik.
Macam mana cara nak gadai emas?
- Korang boleh hadir ke cawangan Ar-Rahnu YaPEIM terdekat dengan korang.
- Kemudian bila dah masuk, korang pergi ke kaunter.
- Di kaunter itu nanti korang beritahulah pegawai bertugas tujuan korang ke situ untuk buat gadaian emas.
- Untuk kali pertama korang akan dikenakan bayaran yuran sebanyak RM10.00 untuk seumur hidup.
- Yang ini korang jangan lupa pula, bawa barang kemas yang korang nak cagar pada Ar-Rahnu. Bawa kad pengenalan setiap kali korang berurusan di Ar-Rahnu.
- Memberi alamat waris yang lengkap.
- Mengisi borang permohonan gadaian yang disediakan.
Tempoh Gadaian Emas Di Ar-Rahnu
- Tempoh gadaian asas (tempoh matang) adalah selama 6 bulan.
- Tempoh lanjutan pertama adalah selama 2 bulan.
- Tempoh lanjutan kedua juga adalah selama 2 bulan.
- Jika telah melebih tempoh tersebut iaitu 10 bulan, barang gadaian akan dilelong. Pembaharuan gadaian (Gadaian semula) adalah dibenarkan tetapi perlu membuat upah simpan.
Proses Gadai Emas Di Ar-Rahnu YaPEIM
Cara Untuk Menebus Semula Barang Gadaian Di Ar-Rahnu
Mutu-Mutu Emas Yang Diterima Oleh Ar-Rahnu YaPEIM
- Barang kemas sahaja
- Mutu emas : 999, 950, 916, 875, 835 dan 750 sahaja.
- Barang-barang yang berbatu, berlian dan sebagainya adalah diterima tetapi nilai pembiayaan yang diberikan berasaskan nilai kandungan emas sahaja.
- Menerima emas putih dengan mutu 18k.
- Tertakluk kepada kandungan emas antara 70-74% emas dan kandungan perak tidak melebihi 12%.
- Bagi emas putih yang mempunyai 70-74% emas, maka dikategorikan standard emas 700 (penerimaan emas putih sahaja)
- Manakala kandungan emas melebihi 75% dikira sebagai standard emas 750.
Adakah pihak YaPEIM mengenakan caj sampingan atau "bunga'?
Tidak, penggadai hanya perlu membayar kadar upah sahaja. kadar upah simpan adalah bergantung kepada nilai emas (marhun) barang gadaian.
Tidak Rugi Memiliki Barang Kemas
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi