Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kesan Pengambilan Dadah Jenis Amphetamine Type Stimulant (ATS)

Kesan Pengambilan Dadah Jenis Amphetamine Type Stimulant (ATS) | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Rasanya dah lama Sha tak berkongsi tentang isu dadah. Kali ini Sha ingin berkongsi dengan korang salah satu jenis dadah yang ada dimuka bumi ini. Haaa gituuu atas muka bumi tau. Jenis dadah yang Sha pilih kali ini untuk kongsi dengan korang adalah Amphetamine Type Stimulant (ATS)

kesan dadah ats

 

 

Apakah Itu Dadah Jenis ATS

 

Amphetamine Type Stimulant (ATS) adalah sejenis dadah sintetik yang dihasilkan secara pemprosesan campuran bahan-bahan kimia. ATS merujuk kepada sekumpulan dadah termasuk amphetamine, methamphetamine, 3,4-methylenedioxyamphetamine (MDA) dan 3,4-Methylenedioxy methamphetamine (MDMA).

ATS boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti serbuk pelbagai warna, kapsul pelbagai warna dan kristal atau ais. ATS bertindak keatas sIstem saraf otak dengan meningkatkan penghantaran maklumat yang disampaikan oleh otak kepada organ badan. ATS mempunyai potensi membuatkan seseorang bertenaga, berkeyakinan dengan perasaan yang bersifat positif seperti cinta, kasih sayang dan kegembiraan.



 

Dadah kumpulan ini biasa digunakan oleh mereka yang ingin menari dan berpesta semalaman. Penyalahgunaan dadah ATS adalah fenomena global. Dalam beberapa tahun kebelakang ini telah terdapat peningkatan penghasilan dan penggunaan ATS sedunia.

ATS dihasilkan secara haram di makmal-makmal rahsia. Dos tidak diuji dan ianya mungkin mengandungi bahan berbahaya seperti serbuk talkum atau quinine. ATS disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mengharamkan pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaannya.


Jenis-Jenis Dadah Kumpulan ATS

Nama Jalanan

  • Amphetamine: Speed, whiz, uppers, goey, louee
  • Methylamphetamine (pepejal): Meth, speed, uppers, Chalk, Yaba, rabbit, pep pills
  • Methylamphetamine (cecair): Leopard’s blood, ox blood, red speed or liquid red
  • Methylamphetamine (kristal): Syabu, ina, Hot Ice, glass, crystal, Batu.
  • MDMA: Exstasy, XTC, X, Adam, lover’s speed, Hug.
  • MDA: Mandy, MDA, Sass, Pink, Yop, Adam

 

Kesan Pengambilan Dadah Jenis ATS

 

Kesan serta merta pengambilan bahan menyebabkan euphoria, tidak mengantuk, tidak lapar ataupun letih. Tetapi lama kelamaan menyebabkan kebergantungan yang berpanjangan yang boleh mengganggu fungsi sosial di dalam masyarakat.

Penyalahgunaan bahan ini akan mengakibatkan kesan buruk kepada siapa yang mengambilnya. Penggunaan ATS secara regular adalah berkait dengan masalah seperti dibawah :

  • Kesukaran untuk Tidur
  • Sakit kepala
  • Kehilangan selera makan dan berat badan serius yang boleh menyebabkan dehidrasi.
  • Risiko kancing gigi, sakit kepala dan sakit otot.
  • Mood berubah-ubah seperti bimbang, murung, mania dan panik.
  • Menggeletar, denyut jantung tidak stabil, sesak nafas.
  • Sukar memberi tumpuan dan mengingat sesuatu.
  • Paranoid, tingkahlaku agresif dan ganas.

Kesan jangka panjang


  • Psokisis (halusinasi) selepas mengambil dos tinggi dan berulang.
  • Tekanan darah meningkat
  • Mulut menjadi kering
  • Penglihatan kabur
  • Perubahan tingkahlaku
  • Kerosakan kekal pada sel-sel otak.
  • Kerosakan hati, pendarahan otak dan sawan
  • Kawalan emosi yang terjejas serta berkecenderungan untuk membunuh diri.
  • Kematian mengejut akibat masalah kegagalan jantung.


Cara penggunaan dadah jenis ATS

 

  • Suntikan apabila dalam bentuk cecair
  • Menghidu apabila dalam bentuk serbuk
  • Merokok apabila dalam bentuk kristal,
  • Melalui mulut apabila dalam bentuk pil


Berapa lama Amphetamines Type Stimulant mengambil masa untuk keluar dari badan

 

ATS berada dalam sistem badan sehingga dua hingga empat hari. Sekurangnya-kurangya ia akan berada dalam badan selama dua hingga empat jam dan maksimum selama empat hari. Jangkamasa ini bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Jumlah dadah yang di guna
  • Kekerapan penggunaan
  • Tahap tolerens
  • Kadar metabolisma
  • Berat badan
  • Umur
  • Tahap kesihatan

 

Metabolisma Amphetamine Type Stimulant

 

Proses metabolisme ATS berlaku dalam organ hati manusia. Kadar metabolism bergantung kepada banyak faktor seperti berat badan, umur, tahap kesihatan serta pemakanan dan minuman. Hasil dari proses metabolisme Methamphetamine akan membentuk amphetamine. Kedua-dua boleh berada dalam specimen air kencing. Hasil dari proses metabolisme 3,4-Methylenedioxymethamphetamine ( MDMA) akan membentuk 3,4-methylenedioxyamphetamine (MDA). Kedua-dua boleh berada dalam specimen air kencing. Perkumuhan Amphetamine Type Stimulant melalaui urin berlaku anatara 48 to 72 jam selepas pengambilan.

 

Pengesanan Penyalahgunaan ATS

 

Penyalahgunaan ATS boleh dikesan melalui ujian dadah. Terdapat dua kategori ujian dadah iaitu saringan dan pengesahan.

 

Ujian Saringan

 

Ujian saringan adalah ujian permulaan dan merupakan ujian kualitatif yang digunakan untuk mengenalpasti kelas dadah yang terkandung dalam urin. Teknik yang digunakan adalah immunoassay berdasarkan prinsip competitive binding.

Kit ujian saringan dadah boleh didapati dalam bentuk ujian di lokasi atau analisis di makmal. Ujian pantas biasa digunakan sebagai ujian di lokasi dan diguna di klinik, ditempatkerja atau oleh pihak berkuasa semasa melakukan operasi mengesan penyalahgunaan dadah.

Ujian saringan bergantung pada paras cut offCut-off adalah kepekatan yang digunakan untuk membezakan ujian positif dan negatif. Spesimen yang mengandungi kepekatan dadah sama atau lebih dari nilai cut-off akan dianggap sebagai positif manakala spesimen dengan kepekatan dadah kurang dari nilai cut-off akan dianggap negatif. Cut-off ujian saringan bagi ATS dalam urin adalah 1000 ng/ml. 

kes yang melibatkan perundangan, spesimen positif ujian saringan hendaklah disahkan dengan ujian pengesahan yang dilakukan oleh makma


Ujian Pengesahan  

Ujian pengesahan digunakan untuk mengesahkan keputusan positif ujian saringan. Ujian pengesahan boleh mengesan dadah dalam urin secara spesifik. Ujian pengesahan biasa dilakukan dengan menggunakan teknik kromatografi. Teknik kromatografi yang biasa digunakan untuk mengesahkan morfin adalah Gas Chromatography Mass Spectrometry (GCMS) dan Liquid Tandem Mass Spectrometry (LC/MS/MS).

Peranan AADK Dalam Pengesanan Dadah

Pihak AADK hanya dapat membuat ujian saringan sahaja setiap kali program dan operasi. Ujian pengesanan spesimen akan dihantar ke hospital besar untuk pengesahan kandungan dadah dalam air kencing. Pengesahan pengesanan ini adakan digunakan urusan mahkamah kelak.


Rujukan:

  1. http://www.adk.gov.my
  2. Garis Panduan Ujian Pengesanan Dadah Dalam Air Kencing.Pekeliling KPK Bil. 6/2002
  3. Goldberger B.A. Opiates: Abused Drugs Monograph Series, Abbott Laboratories, Diagnostic Division, Texas, 1994.
  4. Amphetamine Type Stimulants A Global Review, UNDCP
  5. http://www.myhealth.gov.my/amphetamine-type-stimulant-ats/

Post a Comment

0 Comments